Laporan Penyiasatan MH370 Malaysia Penuh Semangat


Pengesahan Laporan Penyiasatan Kerajaan Malaysia mengenai Kedudukan Terkini pesawat MH370 Boeing 777-200 ER (9M-MRO) memberi semangat baru kepada semua pihak. Sidang Media Datuk Seri Najib Tun Razak melegakan keresahan masyarakat dunia, terutama keluarga mangsa. Fasa Kedua Operasi Mencari Pesawat MH370 itu juga telah membangkitkan semangat seluruh negara yang membantu Misi mencari dan menyelamat MH370. Tentera Laut Thailand Hentikan Operasi dan Kerajaan India Tangguhkan Misi mencari dan menyelamat MH370. Malah maklumat MH370 dipegang erat dan Malaysia tidak berkongsi apa-apa dengan Menolak Bantuan Interpol dan FBI.

Laporan Penyiasatan MH370 Malaysia Penuh Semangat

Keluarga penumpang Penerbangan MH370 melahirkan rasa puas hati dengan kesungguhan kerajaan Malaysia yang mengambil masa lebih seminggu sehingga akhirnya memasuki fasa baharu dalam usaha mencari pesawat Boeing 777-200ER yang hilang itu.
Media Malaysia
Laporan Penyiasatan MH370 Malaysia Penuh Semangat
Fasa Kedua operasi mencari pesawat MH370 itu juga telah membangkitkan semangat seluruh negara yang membantu misi mencari dan menyelamat MH370. Malaysia yakin Kehilangan MH370 pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 ER (9M-MRO) akan ditemui tidak lama lagi dan meminta semua pihak supaya terus berusaha, berdoa dan memberi sokongan. Datuk Seri Najib Tun Razak mengakhiri sidang media Operasi Fasa Dua MH370 dengan penuh bergaya.

Tentera Laut Thailand Hentikan Operasi

Tentera Laut Thailand menghentikan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Teluk Thailand dan Laut Andaman selepas kerajaan Malaysia memaklumkan misi pencarian akan tertumpu di dua lokasi baharu. Komander Tentera Laut Thailand, Adm Narong Pipattanasai mengarahkan misi pencarian dihentikan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengesahkan pesawat itu menukar haluan ke lokasi lain termasuk Kazakhstan dan selatan Laut India. Laporan Utusan.

Kerajaan India Tangguhkan Misi

Kerajaan India pula menangguhkan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 selepas kerajaan Malaysia mahu menilai semula operasi itu ekoran mendapat petunjuk kemungkinan pesawat itu dirampas. Jurucakap tentera laut, Komander Babu berkata, misi mencari ditangguhkan buat sementara dan mungkin akan bersambung semula, bergantung kepada tiadanya mpercanggahan maklumat dan permintaan dari kerajaan Malaysia. Laporan Firstpost.

Malaysia tolak Bantuan Interpol dan FBI

Polis Malaysia dilaporkan beberapa kali menolak bantuan polis antarabangsa Interpol bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)  MH370. Pegawai penguatkuasaan undang-undang kini bimbang masa yang kritikal terbuang begitu sahaja dan sumber maklumat mungkin sudah hilang setelah Misteri Kehilangan MH370 pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER (9M-MRO) berlanjutan selama seminggu. FBI juga tidak diundang oleh kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pencarian pesawat MH370. Laporan ABC News.

Source: Laporan Penyiasatan MH370 Malaysia Penuh Semangat
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/03/laporan-penyiasatan-mh370-malaysia.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s