Persoalan MH370 Bermain di Benak Fikirku


Persoalan MH370 bermain di benak fikiran rupanya memiliki berat yang berbeza-beza. Rahsia MH370 di sebalik Misteri Kehilangan Boeing 777-200ER Malaysia Airlines yang ghaib di angkasaraya, timbulkan banyak kekeliruan sejak 8 Mac 2014 hari pertama tragedi malang ini berlaku. Secara pribadi, aku sekadar berteka-teki dan cuba menginsafi diri di sebalik dugaan Allah yang mencipta alam ini. Tanpa henti berdoa agar Malaysia diberi petunjuk dari-Nya. In Sya Allah

Persoalan MH370 Bermain di Benak FikirkuPersoalan MH370 Bermain di Benak Fikirku

Ketidakselarasan maklumat yang dikeluarkan, kesahihan maklumat diragui dan percanggahan maklumat pula sentiasa berlaku. Kadangkala mengundang rasa sangsi aku dengan kecekapan negara sendiri. Kredibilti maklumat Malaysia dalam isu ini mudah dipertikai dan secara terang ditegur oleh pihak berkuasa AS dan China, Sakit hati pula melihat negara asing mempersendakan Malaysia Tanah Tumpah Darahku ini.

Fenomena MH370 Luar Biasa

Nak dibiarkan saja, ia berlaku di negara sendiri. Nak difikirkan, ada masanya terlalu berat untuk difahami. Serba tak kena pula rasanya. Berdoa sudah tentu saban harinya. Memetik ungkapan “Biarlah setiap kali sidang media, pihak kita kelihatan tidak meyakinkan atau ‘bodoh-bodoh’ asalkan rahsia negara terjaga“, benar-benar telah menjadi dinding untuk aku bersandar dalam suasana serba tak kena ini.

  • Adakah membebankan diri memikirkan Tragedi MH370 satu kesalahan?
  • Adakah mengikuti perkembangan MH370 satu pembaziran masa?

Insiden MH370 Mengejutkan Jiwa yang Terlena. Ujian Allah Menduga Keimanan Hambanya. Tanpa abaikan norma yang ada aku cuba menunjukkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan saudara mara penumpang MH370 pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 ER (9M-MRO) yang Ghaib di sempadan 3 buah negara.

Source: Persoalan MH370 Bermain di Benak Fikirku
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/03/persoalan-mh370-bermain-di-benak-fikirku.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s