Pembaharuan dalam PBS 2014 oleh KPM


Sistem Aplikasi PBS yang Baharu akan beroperasi 1 April setelah KPM melakukan Kajian dan Penambahbaikan sejak 11 Februari lalu. Pemberitahuan Perlaksanaan PBS Bentuk Baru ini merujuk pada Kenyataan Media Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Apakah Penambahbaikan Sistem Aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah 2014 berbanding yang terdahulu. Rujuk Beza PBS Baru dan PBS Lama.

Pembaharuan dalam PBS 2014 oleh KPM

Ciri Pembaharuan PBS 2014

Sistem Aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bentuk Baharu beroperasi pada 1 April 2014. Kementerian Pendidikan Malaysia amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru. Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1 dangan beberapa pembaharuan seperti
  • Deskriptor dan Evidens dikurangkan
  • Rekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline
  • Wujudkan Ujian Bulanan dan Peperiksaan
  • Memperkenalkan Pelaporan Pencapaian Peperiksaan dan Ujian Bulanan untuk ibu bapa

Empat Komponen Pentaksiran PBS bentuk Baharu

PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi Empat Komponen Pentaksiran Baru iaitu
  • Pentaksiran Sekolah (PS)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Pentaksiran Pusat (PP)

Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.

Penangguhan dan Kajian semula PBS

Pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya. Dalam kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru  untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Tiga Isu Utama Pelaksanaan PBS

Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah. Melalui PBS 2014 Berbentuk Baru, KPM telah menyenaraikan penambahbaikan dan pembaharuan yang yang dilakukan bagi mengatasi Tiga Isu Utama PBS yang Utama.

Isu PBS Pertama

Penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.

Penambahbaikan

Bagi Menangani Isu PBS ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah. Rujuk Pelaporan Pencapaian Ujian Bulanan dan Pelaporan Pencapaian Peperiksaan.

Isu PBS Kedua

Pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.

Penambahbaikan

Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru. Rujuk Pelaporan Perkembangan Pembelajaran Murid Pentaksiran Sekolah.

Isu PBS Ketiga

Perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.

Penambahbaikan

Deskriptor dan Evidens dikurangkan
Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.  
Rekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline
Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah 2014

Untuk memastikan PBS yang di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.

Source: Pembaharuan dalam PBS 2014 oleh KPM
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/04/pembaharuan-dalam-pbs-2014-oleh-kpm.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s