Kerana itu Kerana ini Pesawat MH370 Akhirnya Begitu dan Begini


Hampir sebulan MH370 Hilang dalam keadaan penuh misteri. Kerana itu Kerana ini Pesawat MH370 Jadi Begitu Juga Begini. Operasi SAR Misi pencarian pesawat MH370 saban hari bersimpang siul tiada hala tuju yang pasti. Hasil siasatan demi siasatan dilaporkan setiap hari yang akhirnya tergantung tanpa pasti sebelum disambung pada keesokan hari. Cara Malaysia menagani Tragedi MH370 khabarnya setiap hari dipuji dunia. Setiap kata mereka sentiasa benar tanpa pernah sekali merahsiakan sesutu yang tersembunyi. In Sya Allah, Sesungguhnya Allah berada disisi orang-orang yang benar dan tidak mendustai agamanya.

Kerana itu Kerana ini Pesawat MH370 Akhirnya Begitu dan Begini

Bermula 8 Mac 2014 Hari berlaku Bencana MH370 Tragedi di Malaysia, pemusatan fikiran kita bukan hanya kepada banyak mana kemalangan jiwa atau kerugian harta benda yang terlibat, malah kepada sebab musabab yang membawa kepada bencana tersebut. Persoalan MH370 bermain di benak fikirku Apakah bencana ini merupakan fenomena alam semulajadi atau ianya suatu Bala yang ditimpakan ke atas manusia.

Firman Allah SWT bermaksud: Dan nescaya Kami (Allah) akan menguji (ibtila’) mereka dengan sedikit rasa ketakutan, kelaparan, dan kekurangan harta benda dan nyawa
Al-Baqarah: 155

Tragedi MH370 Membuka Kekufuran

Tragedi MH370 Dugaan Berkala Panjang yang membuka kekufuran satu persatu yang selama ini tidak diketahui adalah semata-mata untuk membuka akal (minda) lubuk hati Ummat Muhammad daripada maksiat yang berleluasa, menyanjung pemimpin yang menyeleweng dan membenarkan maksiat berleluasa serta mematuhi selain dari Hukum Allah di negara yang ditadbir pemerintah yang jahil. Insafilah kenyataan Bala Allah seperti yang dapat kita lihat pada hari ini.
Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda
Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara’) dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara’). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat. Para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?” Sabda Rasulullah SAW, Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat
Pemimpin yang arahannya menyeleweng daripada ajaran Allah tidak wajib dipatuhi tetapi tidak boleh diperangi selagi dia mendirikan solat. Janganlah kamu meredhai perbuatan jahat, jika kamu redha maka kamu dianggap berkongsi didalam mengerjakannya. Setiap orang yang bertaraf pemimpin hendaklah menyedari tanggungjawabnya dan bersedia melaksanakan hukum-hukum Allah didalam pemerintahannya.
Pada kebiasaannya sesuatu gejala buruk itu berpunca dari kehidupan yang mewah di sesebuah Negara yang tidak Berhukum dengan Hukum Allah. Apabila menusia tidak mempunyai akidah yang betul dan tidak pula berakhlak, kehidupan yang mewah mudah mengheret mereka melakukan segala bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Mereka sudah hilang sifat kemanusiaan dan bertukar kepada sifat kebinatangan, bahkan lebih dahsyat dari binatang.

Source: Kerana itu Kerana ini Pesawat MH370 Akhirnya Begitu dan Begini
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/04/kerana-itu-kerana-ini-pesawat-mh370.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s