Girlfriend Gila Shopping Boyfriend Bunuh Diri


Gara-gara Girlfriend yang Gila Shopping, akhirnya Boyfriend Bunuh Diri. Gambar Bunuh Diri seorang lelaki terjun dari pasaraya kerana tidak tahan dengan sikap teman wanitanya yang Shopaholic. Satu tragedi dan penyakit membeli-belah yang melampau.

Girlfriend Gila Shopping Boyfriend Bunuh Diri

Sepatutnya kaum lelaki harus sedar, kebanyakan wanita akan mengambil masa lebih dari 4 jam ketika membuat keputusan untuk membeli sesuatu barang. Jumlah masa ini akan berganda ketika adanya jualan murah atau sempena musim perayaan. Oleh itu ada baiknya, kaum lelaki membuat persiapan awal sebelum melangkah keluar ke pusat membeli-belah bersama insan tersayang.

Usah biarkan isteri atau teman wanita mengetahui membeli belah bersamanya merupakan dugaan getir dalam hidup seseorang lelaki. Itulah pengorbanan besar yang terpaksa dilakukan kebanyakan lelaki demi keseimbangan emosi seorang wanita.

Shopaholic penyakit membeli-belah melampau

Girlfriend Gila Shopping Boyfriend Bunuh Diri

Seorang lelaki mati selepas terjun dari tingkat tujuh sebuah pusat membeli-belah di Bandar Xuzhou di Jiangsu, China, pada 7 Disember 2013. Ketahanan mental Lelaki tersebut tidak lagi mampu untuk meneruskan aksi pegang, cuba, bertanya harga, tawar menawar dan beredar ke premis lain secara berulang-ulang ketika menemani teman wanitanya membeli-belah. Selepas lima jam, menempuh aksi berulang-ulang itu dari sebuah kedai ke kedai yang lain, akhirnya dia mahu pulang ke rumah tetapi teman wanitanya masih bertenaga super dan terus membeli-belah tanpa menghiraukannya.
Akhirnya, Satu pertengkaran berlaku dan ia disahkan oleh Video keselamatan CCTV. Menurut saksi yang ada ketika itu Lelaki itu menjerit, “Anda mempunyai kasut yang lebih dari cukup untuk dipakai untuk sepanjang hayat. Kenapa masih mahu ke kedai kasut yang lain?”. Wajah lelaki itu sungguh marah dan tertekan. “Ah! Lelaki yang tiada gaya. Jangan cuba musnahkan semangat Krismas aku” balas teman wanitanya ringkas. 
Siapa sangka itulah kata-kata yang terakhir yang telah diucapkan kepada teman lelakinya yang sudah 6 Tahun bersabar dengan karenah membeli belahnya. Girlfriend Gila Shopping Boyfriend Bunuh Diri
Lelaki itu sangat marah dan benar-benar kecewa sekali dengan tabiat buruk kekasihnya. Lalu menghempaskan semua beg membeli-belah teman wanitanya yang dibawa itu ke lantai dan melompat ke atas pagar tingkat tujuh pusat membeli-belah itu. Langsung tidak menoleh kepada teman wanitanya, lelaki itu terus terjun yang akhirnya bunyi hentaman telah mengejutkan pelanggan tingkat pertama yang sesak itu. Seorang lelaki dengan darah merah mengalir dari kepala didapati terbaring berhampiran hiasan Krismas dan dia telah mati.

Girlfriend Gila Shopping Boyfriend Bunuh Diri

Shopaholic Penyakit Membeli-belah Melampau

Hidup merupakan gabungan Tragedi dan Komedi. Dalam kelangsungannya ada ketika kita terpaksa melalui masa-masa yang banyak tekanan. Bukan aksi Bunuh Diri yang HT utamakan dalam entri Girlfriend Gila Shopping Boyfriend Bunuh Diri ini. Sikap bertolak-ansur dan hormat menghormati merupakan nilai murni yang mesti ada dalam dalam diri manusia. Itu nilai pengajaran utama yang mungkin diabaikan ketika ghairah shopping menyala pada seseorang wanita dan disaat Ego seorang lelaki mengeras seperti batu. Kedua duanya ada tahap tersendiri. Membakar diri dan Pecah berkecai. Sila bertenang apabila membeli-belah.

Source: Girlfriend Gila Shopping Boyfriend Bunuh Diri
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/04/girlfriend-gila-shopping-boyfriend.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s