Tiada sekatan Facebook dan Twitter di Sekolah Seluruh Malaysia


Tiada lagi sekatan Facebook dan Twitter di Sekolah-sekolah Seluruh Malaysia. Syarat dan Peraturan penggunaan laman sosial di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Perkara ini merujuk Surat Pekeliling, Pemberitahuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam Malaysia. Penggunaan Facebook, Twitter dan media jaringan sosial lainnya tidak lagi disekat  penggunaannya di Sektor Awam Malaysia. Warga pendidik tidak lagi sukar berkongsi bahan ilmiah dan proses muat turun bahan-bahan pendidikan menjadi lebih pantas. Terima kasih KPM atas sikap terbuka dan membenarkan penggunaan laman Facebook dan Twitter di sekolah-sekolah seluruh Malaysia
Tiada sekatan Facebook dan Twitter di Sekolah Seluruh Malaysia

Pada akhir 2013, sempena meningkatan pengunaan VLE Frog 1Bestarinet oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, penggunaan media jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter telah disekat oleh KPM di seluruh kementerian pelajaran, sekolah-sekolah dan sektor awam yang menggunakan perkhidmatan 1Bestarinet umpama dipaksa menggunakan media Frog VLE yang tidak mesra pengguna. Sekatan mengejut itu memberi impak yang merumitkan dalam perkongsian bahan ilmiah antara warga pendidik di Malaysia. Pelbagai masalah timbul akibat sekatan penggunaan media jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter yang dilakukan itu.

KPM tidak lagi menyekat Facebook dan Twitter

Setelah menyedari tindakkan yang dilakukan itu amat merugikan, pihak KPM telah mengeluarkan satu pekeliling yang merupakan Pemberitahuan mengenai Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam.
Setelah Mesyuarat  Jawatankuasa   IT  dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 2 Tahun 2009 bertarikh 6 Ogos 2009 telah  memutuskan  bahawa  penggunaan media   jaringan  sosial dalam sektor  awam tidak disekat  penggunaannya, namun begitu ia perlulah dikawal dengan memberi perhatian kepada  perkara¬≠ perkara berikut:
  • Mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Silo 1 Tahun 2003 “Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Keraiaan.
  • Sebarang bentuk maklumat yang dikongsi dan disebar melalui media sosial tidak menjejaskan kepentingan perkhidmatan awam dan kedaulatan negara.
  • Tidak melibatkan penyebaran maklumat dan dokumen terperingkat.
Kakitangan Sektor Awam hendaklah memastikan    semua   maklumat  Kerajaan  hendaklah  dikendalikan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.   Sebarang perbuatan mendedahkan  maklumat jabatan adalah bertentangan dengan    Pekeliling  Am   Bil.  3  Tahun  2000  iaitu  Rangka  Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan juga Arahan Keselamatan.
Perubahan yang dilakukan dalam Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam ini amatlah dinantikan kerana penyekatan penggunaan teknologi ini telah memberi kesan yang amat ketara kepada komunikasi berkesan antara kakitangan kerajaan.Tiada sekatan Facebook dan Twitter di Sekolah Seluruh Malaysia.

Source: Tiada sekatan Facebook dan Twitter di Sekolah Seluruh Malaysia
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/04/tiada-sekatan-facebook-dan-twitter-di.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s