Gubal Akta Baharu Rokok dan Peraturan Produk Tembakau


Akta Baharu Untuk Perokok dan Hasil Produk Tembakau akan diperkenalkan tidak lama lagi. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggubal Akta Baharu ini mungkin kerana Akta sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983 di dapati tidak lagi menguntungkan Kerajaan Malaysia yang bakal melaksanakan GST tidak lama lagi.
Gubal Akta Baharu Rokok dan Peraturan Produk Tembakau
Tergiang lagu perihal rokok, Longview dari Album Dookie oleh Band Green Day
I’m so damn bored, I’m going blind and I smell like shit
I’ve got no motivation. Where is my motivation?
No time for the motivation. Smoking my inspiration 

Itulah rangkap lagu yang selalu tergiang apabila Isu Rokok diperkecohkan oleh pihak-pihak tertentu yang kononnya mementingkan kesihatan lebih dari segala-galanya. Sedangkan poster Kempen Anti Rokok pun masih bergambar sama untuk beberapa tahun. Tagline “Katakan Tak Nak” pun sudah mula lusuh ditelan masa. I’ve got no motivation. Where is my motivation?

Kenaikan Harga Minyak, Penghapusan Subsidi dan Menaikkan Cukai Tembakau mungkin tidak mampu menampung ketirisan yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Berlakunya perubahan pasitif tabiat perokok biasa ke rokok elektronik sepatutnya mendapat sokongan Kementerian Kesihatan sekiranya mereka jujur dan ikhlas memikirkan keadaan kesihatan masyarakat Malaysia. Malangnya Kumpulan kecil perokok elektronik ini ditentang pula oleh Pengamal Perubatan di Malaysia.
Gubal Akta Baharu Rokok dan Peraturan Produk Tembakau
Peningkatan penyeludupan rokok akibat kenaikkan harga yang dilakukan sewenang-wenangnya di Malaysia mula memberi kesan buruk. Hasil Cukai Rokok tidak seperti diharapkan. Situasi semakin mendesak setelah diduga dengan Tragedi MH370. Demi menjaga kesinambungan plot-plot manggis, serpihan, aksi bomoh, kotak hitam, signal ping, ribut taufan, konsert liar dan berbagai-bagai lagi. Malaysia terpaksa membelanjaan sejumlah yang amat besar wang dalam Misi SAR mencari dan menyelamat MH370. Oleh itu, setiap sektor mesti bertindak.
Gubal Akta Baharu Rokok dan Peraturan Produk Tembakau
Kementerian Kesihatan sedang menggubal Akta Baharu khusus untuk Perokok dan Hasil Produk Tembakau supaya Tabiat Merokok dapat dikurangkan dalam kalangan masyarakat. Draf Akta Baharu Untuk Perokok kini diteliti oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam dan akan dibawa ke Jabatan Peguam Negara dan Jemaah Kabinet sekiranya bersesuaian. Secara peribadi, Akta baharu ini mungkin isyarat awal untuk kenaikan harga rokok dan seterusnya barangan-barangan lain.

Gubal Akta Baru demi Kurangkan Tabiat Merokok

Kementerian Kesihatan sedang menggubal Akta Baharu khusus untuk Perokok dan Hasil Produk Tembakau supaya Tabiat Merokok dapat dikurangkan dalam kalangan masyarakat. Sempena Kempen Tak Nak Merokok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) timbalan menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya masih tetap mengulangi kata-kata yang sama sejak bertahun dahulu
Akta Baharu Rokok dan Peraturan Produk Tembakau
Di Malaysia, 10 hingga 12 peratus punca kematian di Malaysia adalah akibat amalan merokok, dengan anggaran 10,000 kematian setahun. Enam juta kematian direkodkan di seluruh dunia pada setiap tahun akibat wabak tembakau dan dijangka boleh membunuh lapan juta orang setiap tahun menjelang 2030.
Tersentuh dengan kata-kata itu. In Sya Allah, sebagai hamba Nya, Hootoh sentiasa mengingati mati setiap masa dan ketika. Malah ketika menaiki Kapal Terbang pun maut boleh datang menjemput. Ilmu pengetahuan yang ada pada manusia adalah amat sedikit. Hanya Allah maha mengetahui akan segala-galanya.

Source: Gubal Akta Baharu Rokok dan Peraturan Produk Tembakau
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/04/gubal-akta-baharu-rokok-dan-peraturan.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s