Amalan dalam Pencarian Hakikat Rejab


Amalan dalam Pencarian Hakikat bulan Rejab. Berdasarkan kepada penyelidikan dan meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, Rejab mempunyai pengertian dan keistimewaan dalam kelasnya tersendiri. Dalam Pencarian Hakikat Rejab sebenarnya, segalanya bermula dengan kesucian hati dan ia berakhir juga dengan kesucian hati manusia. Amalan Rejab seperti Fadilat Puasa sepanjang Rejab dan Amalan Malam 27 Rejab adalah pemangkin kapada insan yang benar-benar mencari kebesaran dan keagungan Allah.

Amalan dalam Pencarian Hakikat Rejab

Alhamdulillah, tibanya 1 Rejab 1435 Hijrah. Ya Allah Berkatilah aku, ibu-bapa, keluarga, saudara dan sahabatku pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan (hidup) kami ke bulan Ramadhan. Bacaan tambahan Hadis Lemah dan Hadis Palsu pada Bulan Rejab.

Maksud dan Erti di sebalik Bulan Rejab

Istimewa Rejab kelebihan beramal, tingkat hemah diri sempena bulan mulia. Rejab bermaksud kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Rejab ertinya mulia kerana bangsa Arab dulu sangat memuliakan bulan ini. Pada 1 Rejab, mereka akan menyembelih unta sebagai korban. Selain itu, pada 27 Rejab jumhur, ulama bersepakat berlaku peristiwa penting dalam hidup Rasulullah SAW iaitu Israk dan Mikraj. Kita perlu yakin berlakunya peristiwa itu kerana ada dalil qatie dalam al-Quran dan hadis yang menceritakan peristiwa Israk dan Mikraj. Apabila diteliti kepelbagaian sumber daripada ulama, Rejab ada keistimewaannya tersendiri.

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku”
– Inti sari matan hadis yang disokong oleh ulama muktabar

Berdasarkan kepada penyelidikan dan meneliti kepelbagaian sumber, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulama salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

Tiada larangan puasa di Bulan Rejab

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa pada bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi, apa yang disunatkan ialah kerana sunnah puasa terbabit.

Isu dan Dalil mengenai Rejab

Pendidikan dan Ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, setiap isu dan dalil mengenai Bulan Rejab harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam supaya kita tidak tersasar daripada landasan yang benar. Dalil yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.

Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita? Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab.

Semoga Amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah. Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita, insya-Allah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya. Amalan dalam Pencarian Hakikat Rejab.

Source: Amalan dalam Pencarian Hakikat Rejab
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/05/amalan-dalam-pencarian-hakikat-rejab.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s