Jika Malaysia seorang Manusia


Jika Malaysia seorang Manusia dan Kita Sahabat Baiknya. Ketahuilah Si Malaysia sekarang ini berada dalam keadaan kemurungan. Hatinya Gundah, Perasaannya agak beragam dan jiwanya sangat sensitif sekali. Semakin hari Si Malaysia menjadi cepat terguris. Sungguh sensitif hatinya. Andai mendengar dan melihat perbuatan atau kata-kata yang menyentuh keperibadiannya, lalu akan terguris luka hatinya. Mungkin dia selalu mendustai persahabatan, namun maafkan dia. Jagalah hatinya selalu.

Jika Malaysia seorang Manusia dan Kita Sahabat Baiknya

Jadilah Sahabat Malaysia yang Prihatin. Oleh itu, sebagai Sahabat Malaysia, kita perlu menjaga sensitivity orang lain yang berada disekeliling kita. Seboleh-bolehnya try not to hurt people, whatever u do, please make sure that u dont hurt others feelings. Always put yourself in others’ shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the other person too.

Iktibar dari Kes ugutan Bom Malindo Air

Seorang wanita ditahan oleh polis selepas mencetuskan kekecohan di dalam pesawat Malindo Air penerbangan OD1622 ke Kuching, Sarawak. Siasatan awal polis mendapati wanita berusia 41 tahun yang berasal dari Kuching dan bekerja di Semenanjung itu dalam perjalanan pulang ke kampung atas urusan keluarga.

Kekecohan dan aksi cemas berlaku pada jam 2.20 petang ketika kru penerbangan sedang menyiapkan penumpang sebelum pesawat berlepas. Pada ketika itu seorang Pramugari telah menegur wanita terbabit agar meletakkan beg yang berada di hujung kakinya di tempat menyimpan barang di bahagian atas, namun wanita itu terus memarahi pramugari tersebut dengan mengeluarkan perkataan ugutan terdapat bom di dalam pesawat itu. Disahkan oleh Ketua Pegawai Komunikasi Malindo Air Raja Sa’aadi Raja Amrin
Dalam keadaan ketakutan yang amat sangat Pramugari memaklumkan perkara itu kepada juruterbang lalu menghubungi pihak keselamatan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk mengeluarkan wanita itu dari pesawat.

Kata-kata Tanpa Niat yang Mengguris Hati

Mungkin ada antara kita yang tak sedar apa yang kita lakukan dan tuturkan mengguris dan menimbulkan bahaya kepada orang lain. Jika Malaysia seorang Manusia dan Kita Sahabat Baiknya. Maka, berhati-hatilah. Please do mind your words. They also have feeling. At least, appreciate them as a human being

Source: Jika Malaysia seorang Manusia
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/05/jika-malaysia-seorang-manusia.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s