Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM)


Aplikasi Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia e-SSeM. Apa itu Sekolah Seni Malaysia (SSeM). Konsep dan Definisi, Visi dan Misi, Objektif, Falsafah dan Syarat Kemasukan Sekolah Seni Malaysia. Maklumat selengkapnya mengenai Penubuhan, Sejarah dan Latarbelakang Sekolah Seni Malaysia sila ke SSeM. Permohonan Sekolah Seni Malaysia Sesi 2015. Update

Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia

    Pemberitahuan KPM mengenai Sistem Permohonan Murid ke Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2015. Sila ke e-SSeM 2015. SSeM Ambilan 2015 Tempoh Permohonan: 26-5-2014 hingga 5-9-2014 

      Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM)
      Permohonan Sekolah Seni Malaysia Sesi 2015
      Perkhidmatan bantuan dan sebarang pertanyaan dan masalah mengenai Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia, sila hubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Unit Pengurusan Sekolah Seni di Talian 03-88721620 Ext 1647.

      Apa itu Sekolah Seni Malaysia (SSeM)

      Peranan seni dalam mewujudkan masyarakat dan negara yang bertaraf tinggi atau bertamadun telah diakui dan diiktiraf oleh negara. Seni merupakan manifestasi tamadun kehidupan sesebuah negara. Teater, Seni Tari, Muzik, Seni Halus, Sinematografi, Seni Halus dan sebagainya adalah prinsip asas yang diamalkan dalam seni dan pelengkap kepada kehidupan berkualiti. Semua negara maju di dunia menegaskan tentang pentingnya latihan dan galakan seni sama ada melalui latihan formal mahupun galakan lain di kalangan masyarakatnya. Pencapaian, kualiti serta kemudahan untuk kegiatan kesenian sering dikaitkan dengan taraf hidup dan turut dijadikan salah satu daripada kayu pengukur antarabangsa dalam penentuan tahap kemajuan sesebuah negara. Pada masa ini peranan seni telah diterima sebagai salah satu daripada elemen pembangunan negara yang berkemampuan menjana kehidupan yang berkualiti. Melalui latihan seni yang berteraskan pendidikan sesuatu masyarakat akan mampu menjelmakan modal insan yang berhemah dan bertamadun. Perkara ini telah diinsafi oleh pelbagai pihak dan melalui jentera kerajaan, mereka telah pun mengambil tindakan dalam bidang kuasa masing-masing.

      Konsep dan Definisi Sekolah Seni Malaysia (SSeM)

      Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

      Falsafah Sekolah Seni Malaysia (SSeM)

      Suatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.

      Visi Sekolah Seni Malaysia (SSeM)

      Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.

      Misi Sekolah Seni Malaysia (SSeM)

      • Memupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian di kalangan murid.
      • Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kesenian.
      • Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai institusi dan penggiat seni.

      Objektif Sekolah Seni Malaysia (SSeM)

      • Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
      • Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
      • Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
      • Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
      • Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.

      Tiga buah Sekolah Seni Malaysia yang telah di tubuhkan

      Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM)

      SEKOLAH SENI MALAYSIA KUCHING
      Jalan Demak
      93050 Kuching
      Sarawak

      Tel: 082-449586
      Faks: 082-449605
      Web / Blog: sskuching.blogspot.com
      E-Mel: sskuching@yahoo.com

      Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM)

      SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR BAHRU
      Jalan Abdul Samad,
      80100 Johor Bahru
      Tel: 07 2262100
      Fax: 07 2263100
      Web / Blog: sekolahsenijohorbahru.webs.com

      Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM)

      SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR
      d/a Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam
      Jalan Persiaran Anjung Seri
      U8/80, Bukit Jelutong Timur
      40000 Shah Alam
      Selangor

      SSeM Sekolah Seni Malaysia

      Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai SSeM atau sebarang mengumuman semasa mengenai Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia sila kemaskini di  Laman Rasmi Sekolah Seni Malaysia.

      Source: Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM)
      Permalink: http://www.hootoh.my/2014/05/permohonan-ke-sekolah-seni-malaysia-ssem.html

      Leave a Reply

      Fill in your details below or click an icon to log in:

      WordPress.com Logo

      You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

      Twitter picture

      You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

      Facebook photo

      You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

      Google+ photo

      You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

      Connecting to %s