Ulama Pengayak Tepung! Adakah masih wujud?


Ulama Pengayak Tepung Adakah masih wujud
Adakah masih wujud Ulama Pengayak Tepung di Malaysia. Wahai orang-orang alim dan para ulama. Jangan sekali-kali engkau jadikan dirimu seperti pengayak tepung yang Halus-Halus Keluar yang Kasar-Kasar Tinggal
Kata dan Kisah yang dipetik dari Kitab Karangan Paduka Seri Sultan Alang Iskandar. Bagaimana para ulama dan ustaz-ustaz hari ini. Pada pandangan anda, Adakah wujud Ulama Pengayak Tepung di Malaysia pada hari ini.

Menguji Keberanian Ulama sebagai Penasihat Agama

Kisah Almarhum Paduka Seri Sultan Alang Iskandar dan Ulama Penasihat Agama Perak Haji Nawawi Bin Haji Mohd Tahir. Demi menadi seorang Muslim yang sebenar, ilmu Agama dan teguran dari seorang guru atau orang yang lebih tahu amat diperlukan.

Kisah Almarhum Paduka Seri Sultan Alang Iskandar

Pada suatu hari Paduka Seri Sultan Alang Iskandar telah memanggil para ulama Perak untuk berbuka puasa di Istana. Ketika tempoh berbuka semakin hampir namun masih belum tiba waktunya. Tiba-tiba Baginda telah berdiri dan menyeru kepada semua para para ulama dan tetamu yang hadir supaya menjamah juadah makanan yang tersedia itu.
Adakah masih wujud Ulama Pengayak Tepung di Malaysia
Makan pun Menunduk Malu – Gambar Hiasan

Para tetamu yang hadir tergamam dan ada sedikit riak terkejut pada wajah mereka. Namun semuanya tetap diam tidak berani membantah apa yang didengarnya. Dalam suasana janggal itulah, Haji Nawawi Bin Haji Mohd Tahir bangun lalu memberitahu baginda Sultan Alang Iskandar dengan kata-kata;

“Kalau Tuanku hendak masuk neraka masuklah seorang”

Baginda tersenyum lalu memuji sikap Berani kerana Benar Haji Nawawi yang yakin dan lantang menegur Baginda. Manakala tetemu dan ulama-ulama lain hanya membisu dan menunduk malu.  Paduka Seri Sultan Alang Iskandar lalu berkata;

“Nasib baiklah di Negeri Perak ini Masih ada orang yang berani menegur Beta”

Kata-kata Sultan Alang Iskandar dalam kitab karangannya

Hai orang-orang alim, tolong doakan oleh mu kaum kita mudah-mudahan supaya di bukakan oleh Allah hati mereka itu membuat yang disuruh dan berhenti daripada tegahan yang ditetahkan oleh Tuhannya dan tegur ajar oleh mu akan mereka itu. Hai orang-orang alim, jangan sekali-kali engkau jadikan dirimu seperti Pengayak Tepung yang halus-halus keluar yang kasar-kasar tinggal.

Source: Ulama Pengayak Tepung! Adakah masih wujud?
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/ulama-pengayak-tepung-adakah-masih-wujud.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s