Laungan Takbir Raya Mp3 Lafaz dan Maksudnya


Laungan Takbir Raya Mp3 serta Cara Lafaz dan Maksudnya. Gema Takbir tanda kesyukuran meraikan Hari Kemenangan, Hari Raya Aidilfitri. Apabila diumumkan Tarikh Hari Raya Aidilfitri iaitu Anak Bulan Syawwal telah nampak dilihat. Lalu Takbir Raya bergema di Angkasa dan semakin terasa kesyukuran dan Kemeriahan Suasana Hari Raya.

Download Mp3 Takbir Raya 2014 Masihi 1435 Hijrah

Hari Raya Aidilfitri adalah kurnia daripada Allah sebagai nikmat kemenangan kepada umat Islam, kerana berjaya melaksanakan Ibadah Puasa dengan menahan diri daripada hawa nafsu dan perkara-perkara yang dilarang ketika berpuasa di Bulan Ramadhan

Imam Ibnu Hajar  Rahimahullahu Ta’ala, salah seorang daripada ulama asy-Syafi’ieyyah berkata:
Sunat melaungkan takbir (Hari Raya Aidilfitri) sama ada di rumah-rumah, di jalan-jalan, di masjid-masjid dan di pasar-pasar dengan suara  jahr atau yang nyaring, bermula dari terbenam  matahari pada malam Hari Raya dan berterusan sehingga imam mengangkat takbiratulihram pada sembahyang Hari Raya. Ini kerana takbir itu adalah sebagai syi’ar bagi menandakan waktu Aidilfitri itu telah tiba maka adalah lebih awla dikerjakan atau disambut dengan takbir.

Pada hari kemenangan tersebut, kita disunatkan untuk meraikannya dengan Melaungkan Takbir. Semoga dengan Laungan Takbir Raya Aidilfitri ini, kurniaan Hari Kemenangan akan dapat dirasai dan dihayati hingga melahirkan rasa syukur atas Rahmat, Kebesaran serta Keagungan Allah.
Selari dengan Maksud Takbir Raya iaitu mengagungkan Allah  Subhanahu wa Ta’ala dengan lafazkan Kalimah Allahu Akbar.  Tafsir Firman Allah dalam al-Quran:
Dan juga supaya kamu  cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur
— Surah Al-Baqarah (185)

Takbir Hari Raya Jawi Arabic

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ.
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Takbir Hari Raya Rumi

Allaahu akbar kabiiraa walhamdulillaahi katsiiraa, wasubhaanallaahi bukrataw – wa ashillaa. Laa – ilaaha illallallahu walaa na’budu illaa iyyaahu mukhlishiina lahuddiin walau karihal – kaafiruun, walau karihal munafiqun, walau karihal musyrikun. Laa – ilaaha – illallaahu wahdah, shadaqa wa’dah, wanashara ‘abdah, – wa – a’azza – jundah, wahazamal – ahzaaba wahdah. Laa – ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil – hamd.

Erti dan Maksud Takbir Hari Raya

Allah maha besar dengan segala kebesaran, Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, Dan maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Tiada Tuhan selain Allah dan kami tidak menyembah selain kepada-Nya dengan memurnikan agama Islam meskipun orang kafir, munafiq dan musyrik membencinya. Tiada Tuhan selain Allah dengan ke Esaan-Nya. Dia menepati janji, menolong hamba dan memuliakan bala tentara-Nya serta melarikan musuh dengan ke Esaan-Nya. Tiada Tuhan selain Allah, Allah maha besar. Allah maha besar dan segala puji bagi Allah. Download Takbir Raya Mp3.

Source: Laungan Takbir Raya Mp3 Lafaz dan Maksudnya
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/laungan-takbir-raya-mp3-lafaz-dan.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s