Melihat Panda secara Percuma! Terima Kasih Malaysia


Terima Kasih Malaysia! Melihat Panda Fu Wu dan Feng Yi secara Percuma. Satu peluang yang tidak ternilai harganya telah diberikan kepada Rakyat Malaysia oleh Pihak Kerajaan. Tahniah! Setelah bertungkus lumus Para Pemimpin negara berbincangan bersama Duta China ke Malaysia. Akhirnya kita berpeluang Melihat Panda di Zoo Negara secara Percuma. Terbuktilah kebenaran slogan “Rakyat Didahulukan“. Tidak sia-sia RM25 Juta dihabiskan demi 2 ekor Panda.

Melihat Panda secara Percuma Terima Kasih Malaysia

Ini semua adalah hasil dari Kerja Keras Para Menteri sehinggalah kita semua dibenarkan Melihat Pasangan Panda Fu Wu dan Feng Yi dengan lebih dekat secara Percuma selama sebulan di Zoo Negara. Bercukurlah kita kerana Negara ditakbir oleh Kerajaan yang bertanggungjawab. Mungkin ada yang tidak percaya pada hebahan ini. Sebagai buktinya rujuk peluang lihat panda secara percuma sumber dari Kosmo.

Melihat Panda secara Percuma Terima Kasih Malaysia

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Pasangan panda tersebut berada dalam keadaan sihat serta bersedia untuk dipertontonkan kepada orang ramai dan tidak menghadapi masalah makanan sejak ia tiba di Malaysia pada 21 Mei lalu. Wahai Pak Menteri, samalah juga dengan rakyat Malaysia, tiada langsung yang menghadapi masalah makanan dalam hidupan mereka seharian. Semuanya hidup senang lenang.

Nama Baharu Pasangan Panda oleh Najib Tun Razak

Tarikh 25 Jun merupakan tarikh bersejarah dimana Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi nama baharu kepada pasangan Panda Fu Wu dan Feng Yi bersempena Majlis Pembukaan Rasmi pasangan Panda di Zoo Negara. Setakat ini, ada tiga nama yang telah disenaraikan setelah dipersetujui oleh Dr. Huang Huikang  setelah proses perbincangan ketika Lawatan Duta China ke Malaysia baru-baru ini. 

Tanggungjawab Ibu dan Bapa menamakan Anak-anak mereka

Telah menjadi amalan di Malaysia apabila Ibu dan Bapa akan memilih nama untuk anak-anak mereka. Malah, mungkin senarai nama diperolehi setelah melakukan berbincang dengan para alim dan ulama. Segala usaha keras ibu-bapa itu, semata-mata untuk mendapatkan nama-nama yang baik  maksudnya untuk diberikan kepada anak-anak mereka. Hormatilah nama yang diberikan oleh Ibu Bapa anda.

Pasangan Panda Fu Wu dan Feng Yi di Zoo Negara Malaysia

Walaupun pihak Zoo Negara belum memberi sebarang kata putus mengenai Kunjungan Percuma rakyat melihat Fu Wu dan Feng Yi. Pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta para menteri terlibat lainnya akan berusaha keras demi memastikan Rakyat Malaysia berpeluang melihat panda secara Percuma! diulangi, Melihat Panda secara Percuma! Yah.. Semangat membara. Malaysia Tanah tumpah darahku. Sesungguhnya Usaha keras dan pengorbanan ini menjadi bukti pihak Kerajaan amat memahami dan cuba menyelesaikan setiap permasalahan rakyat sehingga ke akar umbi.

Source: Melihat Panda secara Percuma! Terima Kasih Malaysia
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/melihat-panda-secara-percuma-terima.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s