Tanda-Tanda El Nino dan Musim Kering Monsun Barat Daya


Kenali Tanda-Tanda El Nino dan Bagaimana Berlakunya Fenomena El Nino. Musim Kering akibat Monsun Barat Daya merupakan sebahagian Proses Pembentukan kejadian El Nino. Apakah Musim Monsun Barat Daya. Ketahui Sejarah Musim El Nino dan tahap Cuaca paling panas yang pernah direkodkan di Malaysia.

Tanda-Tanda El Nino dan Musim Kering Monsun Barat Daya
Fenomena El Nino Malaysia Musim Kemarau

Musim Kering Monsun Barat Daya dan Cuaca panas di Malaysia sejak bulan Mei lalu adalah sebahagian proses pembentukan Fenomena El Nino yang dijangka melanda negara akhir bulan ini sehingga September depan. Walaupun cuaca panas, purata suhu di kebanyakan tempat masih kekal pada paras normal, dengan tertinggi mencecah 35 darjah Celsius.

Bagaimana Berlakunya El Nino

El Nino terjadi apabila berlaku peningkatan lebih tinggi daripada biasa suhu air di permukaan Lautan Pasifik berdekatan Garisan Khatulistiwa, iaitu melebihi 0.5 darjah Celsius.

Musim Kering Angin Monsun Barat Daya

Malaysia kini sedang mengalami Musim Kering disebabkan Monsun Barat Daya. Monsun Barat Daya yang bermula sejak 15 Mei lalu, turut menyumbang kepada peningkatan suhu. Dalam tempoh ini, taburan hujan berkurangan secara mendadak dan ini menyebabkan cuaca menjadi panas. Musim Kering melanda Malaysia baru-baru Ini masih bukan disebabkan Fenomena El Nino kerana peningkatan suhu dan musim kering memang akan berlaku pada Musim Monsun Barat Daya ini. Selain cuaca yang amat kering, musim Monsun Barat Daya juga boleh menyebabkan berlakunya kebakaran hutan di Sumatera dan Semenanjung Malaysia, sekali gus akan menyebabkan berlakunya jerebu.
Ketika Negara dilanda Musim Kering Monsun Barat Daya, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya dilanda El Nino dalam kategori kuat yang boleh menyebabkan jerebu lebih teruk dan tebal. Ini akan memberi kesan terutama kepada kesihatan, sektor pertanian, sektor penerbangan dan aktiviti luar. Rujuk: Penyakit Suhu Panas Luar Biasa Strok Haba (Heat Stroke).

Kenali Tanda-Tanda El Nino

Kesan dan Tanda-Tanda El Nino boleh diukur mengikut 3 kategori utama, iaitu Tahap Lemah, Sederhana dan Kuat. Setiap kategori ditentukan berdasarkan Tahap Kenaikan Suhu Air di Lautan Pasifik. Apabila El Nino melanda, maka berlakunya peningkatan suhu yang menyebabkan kekeringan melampau, sehingga membawa kepada ancaman jerebu. Malaysia pernah dilanda El Nino sebanyak 12 kali sebelum ini, dengan yang terburuk pada tahun 1982, 1983, 1997 dan 1998. Cuaca paling panas yang pernah direkodkan di negara ini ialah 40.1 darjah Celsius iaitu ketika El Nino pada tahun 9 April 1998 di Chuping, Perlis. MetMalay-sia akan terus memantau peningkatan suhu sepanjang masa dan akan mengambil tindakan termasuk melakukan pembenihan awan sekiranya keadaan memerlukan.

Entri Tanda-Tanda El Nino dan Musim Kering Monsun Barat Daya adalah merujuk artikel Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail yang dipetik dari Bharian. Info selengkapnya di Apakah Fenomena El Nino.

Source: Tanda-Tanda El Nino dan Musim Kering Monsun Barat Daya
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/tanda-tanda-el-nino-dan-musim-kering.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s