Keanehan GST Malaysia Semakin Nanar


GST Malaysia Semakin Nanar. Keanehan Pengakuan GST Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan dan Timbalan Menteri Kementerian Kewangan berbeza dan tidak sama. Adakah mereka memperkatakan GST yang berbeza atau mungkin Malaysia melaksanakan GST mengikut Kasta yang berbeza. Harga Barang Dan Inflasi Akan Naik atau Semakin Turun. Ada sesiapa boleh bagi Hint untuk soalan Teka teki GST yang semakin mencabar ini..

Keanehan GST Malaysia Semakin Nanar

Adakah GST Malaysia Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan itu GST yang berbeza. Semakin hari GST semakin Nanar. Harga Barang akan Meningkat selepas GST dilaksanakan kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan. Manakala Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan pula menyatakan Harga Barang di Malaysia akan turun disebabkan GST. Siapa Benar dan Siapa Tipu perihal Kesan GST kepada Harga Barang di Malaysia. TBN:Tahun Barang Naik – Bukan Cerita orang Dewasa.
Keanehan GST Malaysia Semakin Nanar
Antara kata-kata Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan. Dari segi sejarah, Timbalan Menteri Ahmad Maslan lebih Berkualiti Kemelayuannya dan amat berpujangga ketika berkata-kata. Hootoh masih ingat kata-kata beliau seketika dahulu
Tiga peratus adalah mereka yang pemalas. Mereka lebih buruk dari sekadar malas. Terdapat 300,000  yang hanya duduk dan tidak melakukan apa-apa. Kesimpulannya rakyat Malaysia pemalas.
— Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan

GST Siapa Benar dan GST Siapa Tipu

Memandangkan Otak dan Akal yang dianugerahkan Allah kepada kita semua berada dalam keadaan sihat. Sudah tentu kita faham, tidak pernah sekalipun Cukai diperkenalkan akan menguntungkan rakyat. Namun begitu ada sekejap-sekejapnya manusia juga boleh jadi bodoh-bodoh comel gitu, haa… Insaflah Extra: Kesan GST dalam Kenduri Kahwin
Mungkin Cukai GST Aneh kepada Hootoh yang bukannya dari bidang ekonomi rumahtangga! Walaupun mereka-mereka agak nanar namun Syukur Alhamdulillah kerana Kenaikan Harga Barang secara terus menerus ini tidak terlalu tinggi setelah setahun GST dilaksanakan. Ketika itu, Malaysia mungkin akan berjaya mengatasi Singapura dan Australia dalam Peningkatan Inflasi. Ada yang meramalkan kadar inflasi akan meningkat ke 6%. Usaha untuk menyelamatkan ekonomi negara akan menjadi semakin rumit apabila Malaysia melaksanakan pengurangan subsidi secara berperingkat dan menaikkan harga petrol secara diam-diam di saat rakyat berusaha untuk terus hidup bersama cukai-cukai sampingan yang perlu ditanggung.

Malaysia Nombor 1 Hebat hingga ke akhir hayat

Jika melihat pada keadaan yang sentiasa tidak menyebelahi Malaysia. Para pemimpin negara akan terus berusaha meningkatkan motivasi rakyat dangan menggunakan perkataan-perkataan baharu dan beraras tinggi yang sukar difahami oleh semua bagi memaklumkan kejayaan Malaysia di peringkat antarabangsa. Selain Malaysia sentiasa nombor 1 di mata dunia, negara-negara maju lainnya berpusu-pusu ingin melabur di Malaysia kerana kekayaan negara dan kestabilan ekonomi yang sentiasa Hebat hingga ke akhir hayat.
Selepas melakukan perkiraan yang mengutamakan rakyat memandangkan Petrol tidak dikenakan GST. Maka Petrol berkemungkinan diperkenalkan Cukai Kepenggunaan. Rakyat Malaysia akan mendapat untung apabila semakin banyak penggunaan petrol maka semakin banyak cukai akan dibayar oleh rakyat. Apabila beberapa perkiraan menggunakan formula rumit dilakukan, ia menunjukkan Rakyat Malaysia akan Kaya Raya. Sungguh, tolonglah percaya. Katanya rakyat yang tak padai kira-kira tak boleh faham formula rumit ini.

Source: Keanehan GST Malaysia Semakin Nanar
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/keanehan-gst-malaysia-semakin-nanar.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s