Jika Mahu Bonus dan Naik Elaun Sokonglah GST


Jika Mahu Bonus atau Naik Elaun Sokonglah GST. Terima Kasih GST kerajaan Malaysia boleh menimbangkan pelbagai permintaan termasuk kenaikan elaun dan bonus penjawat awam. Melaksanakan GST adalah Pengorbanan Kerajaan untuk Rakyat. Itulah sebabnya Kenapa Rakyat Mesti Sokong GST. Semakin bertambah hasil negara daripada Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), semakin kaya dan mewahlah kehidupan rakyat Malaysia. Berdebar dan Tak Sabar pula rasanya, chewah..
Jika Mahu Bonus dan Naik Elaun Sokonglah GST
Terima Kasih kerana melaksanakan GST di Malaysia
Adakah ini bermaksud GST dilaksanakan bagi memenuhi bermacam-macam permintaan oleh rakyat Malaysia. GST perlu dilihat sebagai satu pengorbanan besar yang dilakukan para menteri untuk rakyat Malaysia. Hanya Allah saja dapat membalas Jasa dan Pengorbanan para menteri di Malaysia. Jasamu akan dikenang selam-lamanya

GST diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2014 di Parlimen Oktober tahun lepas dan akan dilaksanakan mulai 1 April 2015, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan. Malaysia berharap Sistem GST dapat menampung hutang negara yang semakin meningkat yang berpunca dari ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran dan sistem ekonomi negara.

Kenapa Rakyat Mesti Sokong GST

Apabila Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam) meminta tambahan elaun, bonus dan sebagainya, Kerajaan perlu laksanakan GST sebagai hasil pendapatan tambahan baharu negara. Barulah kerajaan akan pertimbangkan dan memenuhi permintaan seluruh rakyat untuk menjadi kaya raya. Extra: Keanehan GST Malaysia Semakin Nanar.

GST Pengorbanan Kerajaan untuk Rakyat

Para menteri pentadbiran berusaha keras meningkatkan ekonomi negara. Namun sistem cukai lama banyak berlaku masalah wang yang tidak diketahui puncanya. Oleh itu dengan terlaksananya Sistem GST yang lebih telus serta efisien ini dapatlah kerajaan menguruskan wang hasil cukai itu untuk diagihkan kepada rakyat jelata. GST patut dilihat sebagai satu pengorbanan besar yang dilakukan para menteri untuk rakyat Malaysia.

Rasional GST Malaysia

Rasional pelaksanaan GST perlu difahami masyarakat di setiap peringkat sebagai suatu sistem yang mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat. Pelaksanaan GST Bukan untuk membebankan Rakyat sebaliknya untuk memperkukuhkan hasil negara yang kemudian diagihkan kembali kepada rakyat. Segala yang dilakukan hanya untuk rakyat semata-mata. #GST

Source: Jika Mahu Bonus dan Naik Elaun Sokonglah GST
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/jika-mahu-bonus-dan-naik-elaun.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s