Cara Atasi Kesesakan di Pasar Ramadhan


Cara Atasi Kesesakan di Pasar Ramadhan

Teknik dan Panduan Bijak Berbelanja di Bulan Ramadhan. Cara Mengatasi Kesesakan di Pasar Ramadhan. Terutamanya ketika membeli juadah berbuka di Bazar Ramadhan ketika waktu puncak. Pastinya keadaan sesak menyukarkan anda bergerak. Panduan ini sesuai digunakan untuk mereka yang ingin membeli juadah berbuka puasa secara bersendirian.

Pilih Laluan Bijak Pintu Bazar Ramadhan

Kebiasaan sebuah Pasar Ramadhan Popular pastinya agak sesak. Oleh itu untuk kelancaran dibuka dua pintu untuk keluar masuk. Satu di hujung sebelah kiri, satu di hujung sebelah kanan. Jika diperhatikan ramai orang masuk dari pintu kiri, mungkin disebabkan berdekatan jalan utama, dekat dengan stesen minyak atau sebagainya. Pastinya ia menjadi laluan masuk yang sesak.
Maka, sila gunakan pintu sebelah kanan agar dapat elakkan aliran pergerakan terlalu sibuk dan terhenti-henti. Walaupun akan mengalami kesukaran untuk bergerak, namun disebabkan pintu kiri ini digunakan pengunjung untuk pulang. Maka alirannya lebih lancar dan pastinya menjimatkan masa anda untuk membeli juadah berbuka.

Ekori Laluan Pengunjung Menguntungkan

Ikut belakang pengunjung yang datang bawa anak kecil atau warga emas. Ia merupakan teknik yang licik namun amat bijaksana. Ekori Laluan Pengunjung Menguntungkan. Apabila seseorang membawa anak ke Pasar Ramadhan, semestinya keselamatan anak adalah paling utama. Kalau boleh hendak anak mereka akan sentiasa berada di sisi mereka. Kebanyakkan pengunjung di kawasan pasar yang sesak, mereka akan memberi ruang apabila melihat kanak-kanak ada di hadapan.
Maka, berada di belakang pengunjung beranak kecil akan membuka peluang untuk berjalan dengan lebih selesa. Kemungkinan ruang yang luas dan lancar terbuka untuk anda. Dengan santai anda boleh berjalan perlahan-lahan di belakang mereka tanpa gangguan aliran manusia.

Panduan di Pasar Ramadhan

Perkongsian tips membeli juadah berbuka ini merupakan perkongsian Admin Tutorialuntukblog berdasarkan pengamatan beliau sendiri. Tips dan Teknik yang amat diperlukan Cara Atasi Kesesakan di Pasar Ramadhan.

Source: Cara Atasi Kesesakan di Pasar Ramadhan
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/cara-atasi-kesesakan-di-pasar-ramadhan.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s