Tidak Mungkin Ranking Universiti Tempatan Top 100


Usah Mimpi Ranking Universiti Tempatan Top 100! Tidak Mungkin. Kebebasan autonomi akademik merupakan asas universiti yang cemerlang. Universiti di Malaysia sepatutnya bebas daripada campurtangan politik secara langsung dalam penyelidikan yang dilakukan. Namun hal ini gagal difahami pihak kementerian dan kerajaan Malaysia. 
Tidak Mungkin Ranking Universiti Tempatan Top 100
Merujuk Isu Jawatan Dekan UM Redzuan yang tidak dilanjutkan merupakan bukti campurtangan daripada pihak politik adalah satu Punca universiti di Malaysia sukar untuk maju. Siapakah Prof Redzuan  Extra: Muhyiddin should resign, not Prof Redzuan.
Oh Tidak! Muhyiddin telah banyak cemerlangkan pendidikan di malaysia dengan dasar yang bijaksana. Hootoh Blog sentiasa menyokong Kerajaan Malaysia.

Jangan memandai-mandai menyentuh perihal kecemerlangan akademik. Usah mimpi ranking Universiti Tempatan Top 100! tidak mungkin. Sekalipun benar wujudnya tekanan daripada Kementerian Pendidikan, namun sangat jelas kerajaan tidak mementingkan kebebasan akademik dan membuat keputusan berasaskan politik.
— Presiden PKAUM Prof Madya Dr Azmi Sharom
Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman diarahkan Kementerian Pendidikan supaya meletakkan jawatannya sebagai Pengarah UMcedel malah jawatan dekannya juga tidak diperbaharui. Difahamkan, Putrajaya tidak senang dengan Hasil kajian UMcedel apabila dilihat lebih selari dengan menifesto pihak pembangkang. Walaupun Hasil kajian itu terbukti apabila Pembangkang mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional. Namun kebenaran terabai kerana ia tidak menguntungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun 2013 lalu. – Merujuk The Malaysian Insider.

Kebebasan Autonomi Akademik Dicemari

Apabila Kebebasan Autonomi Akademik Dicemari. Satu Kajian dan metodologi oleh Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya yang telah terbukti kebenarannya telah membawa padah apabila hasilnya dilihat tidak menguntungkan Kerajaan Malaysia. Ia merupakan Kajian dan metodologi mengikut peraturan akademik, malah hasilnya terbukti benar sepertimana yang dijangkakan. Fakulti Sastera dan Sains Sosial dilihat berani membentangkan hasil kajian yang akan memberi masalah kepada pihak kerajaan demi Kebebasan Autonomi Akademik yang diamalkan selama ini.
Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) kecewa dengan tindakan Putrajaya memberikan tekanan kepada Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sehingga beliau meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Isu jawatan dekan Redzuan yang tidak dilanjutkan

Hari terakhir Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) sebelum jawatan dekan diambil alih secara rasmi oleh timbalannya, Prof Dr Md Sidin Ishak bermula Julai 2014. Majlis penyerahan tugas antara Redzuan dan Md Sidin diadakan dalam mesyuarat tertutup di pejabat pentadbiran FSSS. Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam responnya terhadap nasib Redzuan turut mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Felo Penyelidik Kanan UM. Saifuddin mengumumkan perletakan jawatan atas alasan prinsip kebebasan akademik dan solidariti terhadap Redzuan melalui akaun sosial miliknya.

Kesan Memalukan Universiti sebagai Institusi Pendidikan

Pihak Universiti menghormati prinsip dan keputusan yang dilakukan. Namun Apakah kesan kepada UM hanyalah memalukan Universiti sebagai institusi pendidikan. Lebih baik hanya menurut sahaja, kerana akhirnya mereka akan tunduk kepada arahan kementerian juga. kata Azmi. – 30 Jun, 2014.

Source: Tidak Mungkin Ranking Universiti Tempatan Top 100
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/tidak-mungkin-ranking-universiti.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s