3 Permintaan Puan Lolo kepada Jin Ikan


Kisah kehidupan malang Puan Lolo, seorang Isteri yang selalu didera oleh suaminya. 3 Permintaan Puan Lolo kepada Jin Ikan. Sebaik sahaja berkahwin, Puan Lolo diperlakukan seperti hamba oleh suaminya. Seperti biasa setiap pagi Puan Lolo pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor ikan yang Gelepor Tuktah Tuktah di atas batu. Puan Lolo menghampirinya lalu melepaskan ikan itu ke dalam air. Tiba-tiba ikan itu bersuara, rupa-rupanya itu adalah Jin Ikan.

3 Permintaan Puan Lolo kepada Jin Ikan

Wahai Puan Lolo! Oleh kerana puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati. Tetapi hanya 3 Hajat sahaja yang dapat dipenuhin dan setiap kalinya permintaan puan ditunaikan, suami puan yang kejam itu pula akan mendapat 10 kali ganda.
Puan Lolo: Baiklah, Permintaan Pertama saya ialah mahu kelihatan cantik.
Jin Ikan: Tetapi suami puan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini. Tentunya dia semakin angkuh dan hidup puan semakin sengsara nanti. Saya sekadar menasihati saja.
Puan Lolo: Itu Tiada masalah.
Lalu Puan Lolo menjadi wanita yang paling cantik di kampung itu. Memandangkan GST akan dilaksanakan pada tahun hadapan, Permintaan Kedua Puan Lolo ialah ingin menjadi kaya raya.
Jin Ikan: Ingat! suami puan akan jadi 10 kali lebih kaya daripada puan, saya sekadar menasihati sahaja.
Puan Lolo: Tidak mengapa. Tidak lama lagi, wang miliknya akan menjadi milik aku juga dan ketampanannya pun tidak akan bertahan lama.
Maka jadilah Puan Lolo wanita kaya raya dan sangat cantik pula. Emas dan Berlian memenuhi tubuhnya. “Permintaan Ketiga Puan Lolo pula?” Tanya Si Jin Ikan. Lalu dengan santai Puan Lolo menyatakan hajat terakhirnya “Aku nak serangan jantung yang ringan“. Kali ini Jin Ikan tidak lagi membuka mulut untuk menasihati Puan Lolo. Bijak! dan Kemah Kemim perancangan hidup Puan Lolo.

Source: 3 Permintaan Puan Lolo kepada Jin Ikan
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/07/3-permintaan-puan-lolo-kepada-jin-ikan.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s