Bunga Maut yang Pupus ditemui Semula


Aneh! Bunga Maut yang pupus tiba-tiba wujud semula. Bunga Agrostemma Githago Cantik tapi Membunuh. Toksid Bunga Beracun ini sangat Bahaya dan dinasihati jangan menyentuhnya. Wangi dan Cantik oleh itu Bunga selalu dikaitkan dengan Kejelitaan dan Kelembutan Wanita. Siapa sangka setiap bahagian Bunga ini dipenuhi Racun. Adoyai! Kenapa tiba-tiba #Hootoh teringat Aksi Amuk Kiki Kamaruddin Peugeot CDM25. Hehehe..

Bunga Maut yang Pupus ditemui Semula

Bunga Pupus ditemui Semula

Bisa berbisa! Toksid sejenis Bunga Beracun boleh membawa maut. Bunga Agrostemma Githago ini suatu ketika dahulu tumbuh secara meliar di semua tanah lapang. Namun Bunga Maut ini jarang ditemui setelah pertanian moden dan racun serangga dikatakan telah menghapuskan bunga tersebut lalu diisytiharkan Bunga Pupus di Britain. Tetapi Benih Bunga Beracun ini mampu kekal dorman (pendam) selama bertahun-tahun sebelum menemui masa yang sesuai untuk tumbuh.

Setiap Bahagian Bunga dipenuhi Racun

Sesiapa yang memegangnya perlu membasuh tangan mereka dengan sempurna untuk mengelakkan keracunan. Setiap bahagian pada tumbuhan tersebut dipenuhi dengan ‘glycoside githagin’ dan ‘agrostemnic acid’ yang boleh menyebabkan sakit perut yang kronik, muntah, cirit birit, rasa meloya, lemah badan, kesukaran bernafas dan dalam kes yang ekstrem, membawa maut. Info Kesihatan: Ubat Tradisional Beracun Majun Burung Unta.
Sejenis bunga beracun yang hanya tumbuh di Britain dan dipercayai telah pupus telah ditemui semula di sini oleh seorang renjer berhampiran sebuah rumah api. Renjer Dougie Holden, yang bertanggungjawab menjaga rumah api yang digazet sebagai Khazanah Negara itu secara tidak sengaja menemui bunga beracun tersebut. Sungguh Aneh! Bunga yang dianggap pupus itu untuk sekian lamanya tidak dilihat di Britain dan ia sangat berbahaya kepada orang ramai.

Asal Usul Agrostemma Githago

Agrostemma Githago, bunga berwarna ungu yang berasal dari benua Eropah dipercayai dibawa ke kepulauan British pada era Zaman Besi oleh para petani secara tidak sengaja. Bunga Maut yang pupus ditemui semula. Persatuan Hortikultur Diraja dengan segera mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya jangan memetik atau memegang mana-mana bahagian bunga yang jarang ditemui itu kerana toksid yang terkandung bukan sahaja beracun malah boleh membawa maut.

Source: Bunga Maut yang Pupus ditemui Semula
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/07/bunga-maut-yang-pupus-ditemui-semula.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s