Matematik Israel vs Matematik Malaysia


Matematik Israel vs Matematik Malaysia

Apakah Perbezaan Pelajaran Matematik di Israel dan Matematik di Malaysia. Cuba bandingkan pula Soalan Matematik Israel dan Soalan Matematik Malaysia. Sistem Pendidikan Israel bukan mendidik rakyatnya sekadar mendapat kerja yang baik yang bergaji besar. Semenjak  kecil, anak-anak Israel diberi ilmu praktikal yang amat luas. Corak Pendidikan Israel lebih sistematik dan terancang dalam menyediakan modal insan yang berkemahiran dan berdisiplin demi Misi Zionis Menawan Dunia.

Matematik Israel vs Matematik Malaysia

Contoh soalan Matematik di Israel

Yvon mengetuai satu peperangan terhadap 10 daerah orang Arab. Yvon mengetuai lima platun tentera termasuk platunnya sendiri. Maka, Yvon membahagikan serangannya terhadap 10 daerah orang Arab tadi kepada semua platunnya secara sama rata. Maka, berapa daerah orang Arabkah yang perlu dimusnahkan oleh semua platun termasuk platun Yvon?

Contoh Soalan Matematik di Malaysia

Ahmad ada 10 biji epal. Ahmad ada empat orang kawan. Semuanya mahu makan epal. Maka Ahmad membahagikan 10 biji epal tadi kepada dirinya dan empat orang kawan secara sama rata. Maka berapa biji epalkah yang akan dapat di makan oleh setiap seorang termasuk Ahmad?

Kibutsats Sistem Tarbiyah Israel

Sungguh Berbeza Matematik Israel vs Matematik Malaysia. Jika merujuk Contoh soalan dan (Gambar) buku sekolah di Israel ia mengenai Sistem Kibutsats yang diamalkan bagi membagunkan bandar-bandar di sekitar sempadan Israel. Kibutsats adalah salah satu sistem Tarbiah Israel. Dr. Ala Hilat, iaitu pensyarah yang amat arif tentang Israel menyatakan Sistem Kibutsats merupakan salah satu ilmu yang perlu diberi perhatian demi mengenali Siapa Zionis Sebenar. Entri ini merujuk Israel, Palestin, Sistem Kibutsats oleh Amirul Faiz. Manakala pautan Kibutsats: Sistem Tarbiyah Israel pula dimana Hilal Asyraf menerangkan lebih lanjut Apa itu Kibutsats.

Palestin teraniaya bukan di tangan Israel hakikatnya, tetapi di tangan kita yang meninggalkannya
— Hilal Asyraf

Kita sebagai umat Islam sentiasa berdoa supaya Allah menghancurkan Israel, memusnahkan jentera perang dan Tentera-Tentera Zionis dan menurunkan bantuan kepada Palestine dan kita sendiri. Namun, doa tanpa usaha tidak akan membawa apa-apa makna (sekadar memperingati). Dalam usaha untuk mengalahkan Israel kita perlu kembali kepada Islam sejati. Matematik Israel vs Matematik Malaysia #PrayForGaza

Source: Matematik Israel vs Matematik Malaysia
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/07/matematik-israel-vs-matematik-malaysia.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s