Tertib Menyusun Buku-Buku Ilmiah Cara Islam


Teknik dan Cara menyusun buku dan bahan ilmiah mengikut Tradisi ilmuan Islam. Tertib Menyusun Buku-Buku Ilmiah Cara Islam. Motivasi dan Panduan Pelajar Islam Cemerlang dalam Pelajaran. Adab menjaga bahan dan sumber ilmu serta Menghormati bahan ilmiah seperti Buku, Risalah dan Manuskrip. Amalan menuntut ilmu dan belajar Cara Ilmuan Islam. Adab Menguruskan Bahan Ilmu oleh Musa al-Amawi dan Perincian Susunan Buku oleh Ibnu Jamaah.

Tertib Menyusun Buku-Buku Ilmiah Cara Islam

Adakah kita menghormati ilmu? Cuba perhatikan sejenak almari atau rak buku milik anda. Bagaimana anda menyusun koleksi buku-buku yang pernah menjadi teman setia kita di satu masa dahulu. Adakah susunannya bercampur aduk dan tunggang terbalik sesuka hati. Mungkin ada yang menyusun koleksi buku-buku mereka mengikut sistem yang berpandukan aturan atau tertib tertentu.
Sistem susunan buku yang baik akan memudahkan kita untuk mengesan dan mendapatkan kembali buku yang disusun itu? Mungkin cara menyusun buku ini tidak menimbulkan masalah jika jumlah koleksi buku itu sedikit. Tetapi ia akan menimbulkan masalah besar jika koleksi buku yang dimiliki terlalu banyak.

Sistem Susunan Buku Dewey Decimal Classificatio (DDC)

Sistem menyusun buku bedasarkan klasifikasi tertentu seperti Dewey Decimal Classificatio (DDC). DDC ialah sistem utama pengelasan buku yang digunakan oleh perpustakaan di seluruh dunia, yang diperkenalkankan pada tahun 1873 oleh Melville Dewey, seorang pustakawan dari Amerika.

Cara Ilmuan Islam Menghormati Ilmu

Sekiranya anda tidak bedasarkan klasifikasi tertentu, anda perlu memiliki tertib sendiri yang sistematik, yang mana dalam jangka masa panjang tidak akan menyusahkan. Khususnya apabila koleksi buku dan bahan ilmiah semakin bertambah. Keperluan pada mengklasifikasikan buku atau bahan ilmiah mengikut standard sebenarnya merupakan satu adab untuk menjaga dan menghormati buku.

Teknik Betul Menyusun Buku Ilmiah Cara Islam

Tidak hairanlah dalam Tradisi Ilmu Islam, adab menjaga dan menghormati buku amat di tekankan sebagaimana saranan Musa al-Almawi seperti mana yang dikutip oleh Franz Rosenthal dalam buku klasiknya The Techniques and Approach of Muslim Scholarship (1974). Menurutnya, buku-buku harus diklasifikasikan atau disusun mengikut subjek. Buku yang lebih penting harus ditempatkan paling atas. Sepertimana Tradisi Ilmuan Islam, berikut ialah Tertib Susunan Bahan-Bahan Ilmu
  • Al-Quran
  • Tafsir al-Quran
  • Kitab Hadith
  • Komentar terhadap kitab Hadith
  • Kitab-kitab usuluddin
  • Kitab-kitab Feqah
  • Buku-buku tatabahasa, puisi, dan ilmu yang lain-lain

Perincian Susunan Buku oleh Ibnu Jamaah

  • Jika ada dua buku tentang subjek yang sama, maka buku yang lebih banyak mengandungi kajian al-Quran atau Hadith hendaklah ditempatkan di sbelah atas. 
  • Jika dalam hal itu kedua-duanya sama, maka sejauh mana pentingnya pengarang buku tersebut mesti dipertimbangkan. 
  • Jika dalam hal itu kedua-dua pengarang sama tersohor, maka pengarang yang lebih tua umurnya dan lebih diperlukan ilmunya ditempatkan lebih atas. 
  • Kalaupun dalam hal ini kedua-duanya sama, maka buku yang lebih benar atau diyakini penulisannya harus ditempatkan di atas.

  • Buku-buku berukuran besar tidak sewajarnya diletakkan di atas buku-buku berukuran kecil, agar longgokkan buku tidak sering roboh.
  • Judul buku hendaklah ditulis pada pinggiran luarnya. 
  • Sebuah daftar judul bab harus ditulis dalm sampul yang berhadapan dengan ‘lidah jilidan’. 
  • Jika tidak, maka penulisan daftar tersebut akan terbalik.

Adab Menguruskan Bahan Ilmu oleh Musa al-Amawi

  • Buku tidak boleh dijadikan tempat menyimpan lembaran-lembaran kertas atau benda-benda lain yang serupa.
  • Buku tidak boleh dijadikan bantal, dijadikan kipas, sandaran punggung atau alasan berbaring, atau digunakan untuk membunuh lalat.
  • Untuk menanda halaman yang sdang dibaca,pinggir atau sudut halaman buku tidak boleh dilipat. Orang bodoh sahaja yang sering melakukan hal itu.
  • Penanda bacaan selembar kertas atau yang menyerupainya harus diguna, tetapi tidak boleh bahan daripada potongan kayu atau apa pun bahan yang diperbuat daripada bahan yang keras.

Menyalin Buku dan Mengulang Siar Bahan Ilmiah

Seorang penyalin yang menyalin halaman-halaman daripada buku haruslah suci daripada hadas dan menghadap kiblat. Badan, pakaian, tinta serta kertas yang digunakan haruslah bersih.
Setiap manuskrip harus bermula dengan bismillah. Jika pengarang asalnya terlupa, si penyalin harus membuat penambahan. Selanjutnya si penyalin hendaklah menuliskan:
“Telah berkata Syeikh…” atau “pengarang mengatakan….” Selanjutnya dia harus menyalin teks buku sebagaimana yang ditulis oleh pengarangnnya
Setelah ditulis, buku atau jilid buku harus disudahi dengan puji-pujian kepada Allah SWT dan selawat kepada Rasullullah SAW.

Adab Menjaga dan Menghormati Buku Ilmu

Tertib Menyusun Buku-Buku Ilmiah Cara Islam. Dalam sejarah tradisi ilmu silam, sama ada kebudayaan ilmuan Islam, Yunani ataupun China, terdapat amalan tradisi iaitu adab menghormati buku. Melalui tradisi, kita diajar adab menghormati ilmuan seperti guru, orang bijak pandai dan alim ulama. Secara logiknya ia juga menggambarkan perlunya penghormatan terhadap bahan-bahan ilmiah samaada buku ataupun risalah. Buku di hormati bukan kerana fizikalnya tetapi kandungan dan isinya yang menyimpan ilmu-ilmu secara bertulis sebagai rujukan dan bahan bantu dalam ibadah menuntut ilmu.

Source: Tertib Menyusun Buku-Buku Ilmiah Cara Islam
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/08/tertib-menyusun-buku-buku-ilmiah-cara.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s