Status (T) Calon Tidak Hadir Penjadualan Semula UPSR 2014


470 000 Murid perlu menduduki Penjadualan semula Kertas Soalan Bocor Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil pada 30 September dan 9 Oktober. Calon UPSR 2014 yang tidak menduduki semula akan dinilai sebagai ‘T’ untuk Tidak Hadir. Badan peperiksaan itu menjelaskan bahawa calon yang tidak menduduki semula peperiksaan UPSR 2014 bagi empat mata pelajaran itu tidak akan diberikan gred tetapi direkodkan sebagai ‘T’ iaitu ‘Tidak Hadir’ bagi mata pelajaran terbabit. Ini selari dengan peraturan peperiksaan yang berkuat kuasa bahawa calon hendaklah menduduki semua kertas peperiksaan bagi setiap mata pelajaran berkenaan.

Peperiksaan Semula UPSR bagi Kertas Soalan Bocor

Hootoh Tudia ingin mengucapkan Jutaan Tahniah atas Persediaan yang dilakukan pihak sekolah bagi menghadapi Peperiksaan Semula UPSR bagi Kertas Soalan Bocor pada 30 September dan 9 Oktober ini. Segala pengorbanan yang dilakukan hanya Allah yang mampu membalasnya. Rahmat ke atas mu sepertimana yang dijanjikan oleh Allah yang Maha Mengetahui.

Guru besar dan guru sekolah telah melakukan tugasan sewajarnya termasuk penyediaan bilik peperiksaan supaya calon dapat menduduki peperiksaan itu dengan baik dan selesa. Demi anak bangsa, Warga Pendidik ini tidak pernah henti memberi Motivasi dan Galakan kepada murid. Ketika situasi sukar sekalipun Guru terus melakukan pelbagai program untuk membantu anak didik negara.

Berdasarkan beberapa perbualan dengan Murid Sekolah, rata-ratanya  telah bersedia untuk menduduki peperiksaan ulangan dan berazam mendapat keputusan yang baik.

Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan memahami kesukaran yang dihadapi Guru dan Ibu-Bapa bagi memastikan Calon UPSR bersedia menghadapi Peperiksaan Semula UPSR setelah berlakunya Kes Kebocoran Soalan yang mengejutkan seluruh negara baru-baru ini. tetapi penjadualan semula itu perlu bagi memastikan kredibiliti dan integriti peperiksaan UPSR iaitu Peperiksaan Awam yang bertujuan untuk menilai Pencapaian Pelajar pada Akhir Pendidikan Sekolah Rendah berjaya dikekalkan.

Polis akan menyiasat lebih jauh Kes Kebocoran UPSR 2014 berikutan Peguam Negara memerlukan lebih maklumat untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

Source: Status (T) Calon Tidak Hadir Penjadualan Semula UPSR 2014
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/09/status-t-calon-tidak-hadir-penjadualan.html

Advertisements

Zaman Berubah Lalu Cuba Menahan Matahari


Terlalu banyak perlu diubah! kata mereka kerana zaman telah berubah. Puluhan modul yang tercipta dari kaji selidik pakar bijak pandai hingga yakinlah lalu ia diatur hingga ke 2025. Bagai Musim Tengkujoh Hujan panduan dan perintah pun mencurah-curah. Mereka senyum dari kejauhan, pastinya sedang merancang modul untuk Kemajuan 500 Tahun akan datang. Umpama Shih Huang Ti lagaknya. Tentu kerana apa saja peraturan dan arahan ia diaturkan untuk yang menurut perintah. Setia, Taat dan Patuh. Apa Pendidikan Lakukan Untuk Masa Depan.

Zaman Berubah Lalu Cuba Menahan Matahari

Seandainya Manusia Mampu Menahan Matahari

Aku mengeluh mungkin kurang Tabah. Pernah juga tertanya-tanya, Sedarkah mereka 24jam sehari semalam itulah masa yang ada. Tidak pernah pertambah sesaat sekalipun, sejak mula terciptanya dunia. Namun kami tetap tersenyum. Syukurlah mereka tiada Mukjizad seperti Nabi Yusya’ Jika tidak mungkin mereka CUBA MENAHAN MATAHARI supaya siang menjadi lebih panjang. Sungguh! Zaman telah Berubah.

Source: Zaman Berubah Lalu Cuba Menahan Matahari
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/09/zaman-berubah-lalu-cuba-menahan-matahari.html

Pelajar Perempuan Dibuli Zahir dan Batin di Tandas Awam


Membela Mangsa Buli dan Mengasihani Si Pembuli. Tonton Video Pelajar Perempuan Dibuli Zahir dan Batin di Tandas Awam. Kenapa Perlu Membuli dan Apakah Maksud Tersirat di Sebalik Buli. Buli bermaksud tindakan agresif samaada secara fizikal atau psikologi yang dilakukan secara berulang kali ke atas seseorang mangsa. Kebanyakan Laporan Kes Buli di Sekolah melibatkan Membuli secara berkumpulan dan Mangsa Buli selalunya seorang diri.

Pelajar Perempuan Dibuli Zahir dan Batin di Tandas Awam
Pelajar Perempuan Dibuli Zahir dan Batin di Tandas Awam

Maksud Tersirat di Sebalik Buli

Kenapa Perlu Membuli. Maksud di sebalik tingkah laku agrasif pembuli, hakikat sebenarnya mereka seorang individu yang lemah dan kewujudannya diabaikan oleh persekitaran. Oleh itu, tidak hairanlah Aktiviti Buli ini dilakukan secara berkumpulan dengan Membuli seorang mangsa. Mangsa Buli berbadan kecil dan Pembuli-pembuli kebanyakannya berbadan besar. Tujuan dan Maksud Tersirat di sebalik prilaku Buli adalah untuk menunjukkan kekuatan untuk mendapat penghormatan dari mangsa buli. tindakan agresif samaada secara fizikal atau psikologi yang dilakukan secara berulang kali kepada mangsa yang sama sehinggalah mangsa sedar dan memberi perhatian akan kewujudan mereka selama ini. 

Video Pelajar Perempuan Dibuli Zahir dan Batin

Video Pelajar Perempuan Dibuli Zahir dan Batin di Tandas Awam sesuai ditonton oleh insan berfikiran positif dan berhati bersih. Bimbingan ibu bapa diperlukan untuk tontonan kanak-kanak bawah umur 13 tahun. Tetapi Media mungkin dianggap mengandungi kandungan lebih dewasa atau menyentuh unsur sensitif  bagi masyarakat yang masih berpegang erat amalan Kebudayaan Hati Gadis.

Membela Mangsa Buli dan Mengasihani Si Pembuli

Bukan sekadar mangsa Buli yang perlu dibela. Si Pembuli sebenarnya lebih menyedihkan. Sebagai manusia, mereka juga perlukan perhatian dan kasih sayang. Bila kewujudannya bagai tidak disedari dan diabaikan, apatah lagi jika mereka tiada apa-apa kelebihan lainnya untuk ditonjolkan. Tekanan Melampau sehinggakan terpaksa bertindak agrasif / membuli demi meraih secebis penghormatan kepada diri mereka seperti insan-insan lain.

Video Buli Pelajar Perempuan di Tandas tidak bermaksud Menghina atau Cinta pada Keganasan. Semoga ia menjadi pengajaran demi kebaikan sesama manusia.

Source: Pelajar Perempuan Dibuli Zahir dan Batin di Tandas Awam
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/09/pelajar-perempuan-dibuli-zahir-dan.html

Aplikasi SPS Lite Modul Kehadiran Murid


Panduan SPS Lite Android / IOS dan Modul Kehadiran Murid #SPS Sistem Pengurusan Sekolah sebagai Panduan Merekod Kehadiran Murid menggunakan SPS Lite Online. Apa itu SPS dan Fungsinya. Bagaimanakah Cara merekod kedatangan murid Menggunakan SPS Lite ke Sistem SPS pusat. Merujuk Pekeliling Bahagian Teknologi Pendidikan Kemenlerian Pelajaran Malaysia, Sistem Pengurusan Sekolah Modul Kehadiran Murid akan beroperasi sepenuhnya pada Oktober 2014.

Aplikasi SPS Lite Modul Kehadiran Murid
Panduan Aplikasi SPS Lite Android / IOS – Modul Kehadiran Murid #SPS

Download Modul Kehadiran Murid dan Panduan Menggunakan SPS Lite bagi memudahkan Guru Kelas Pengurus, Mencatat dan Merekod Kehadiran Murid ke Sekolah. Click Aplikasi SPS Lite Android / IOS untuk Muat Turun Aplikasi ke Smartphone Peranti Android / IOS

Apa itu SPS Lite

  • SPS Lite menyediakan pelantar mudah alih supaya guru mudah mengambil kedatangan  pelajar.
  • Guru boleh mengambil kehadiran murid menggunakan peranti android atau ios.
  • SPS Lite merupakan pilihan merekod kehadiran murid selain daripada menggunakan buku kehadiran murid.

Fungsi SPS Lite

  • SPS Lite berhubung terus dengan sistem SPS pusat.
  • Terdapat beberapa modul yang berada di dalam SPS Lite namun buat masa ini hanya modul kehadiran sahaja boleh digunakan.
  • SPS Lite adalah satu aplikasi yang ringan dengan hanya menjalankan beberapa fungsi sahaja berbanding sistem SPS pusat.
  • SPS Lite boleh digunakan di dalam talian dan di luar talian internet.

Download Panduan dan Aplikasi SPS Lite

Bahagian Teknologi Pendidikan #KPM memperkenalkan Aplikasi SPS Lite yang bertujuan Memudahkan Guru Kelas mencatat kehadiran murid yang akan bermula sepenuhnya mulai Bulan Oktober 2014.

Panduan Sistem Pengurusan Sekolah

Sistem Pengurusan Sekolah Pusat Sukacitanya dimaklumkan bahawa guru-guru Malaysia boleh menggunakan aplikasi SPS Lite di peranti android yang berhubung terus dengan sistem SPS pusat untuk merekod kedatangan murid secara online di Sistem Pengurusan Sekolah. Aplikasi SPS Lite adalah satu aplikasi yang ringan dengan hanya menjalankan beberapa fungsi sahaja berbanding sistem SPS pusat. Muat Turun Aplikasi SPS Lite ke Peranti Android / IOS. #BTP Kemenlerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan SPS Lite bagi Memudahkan guru mencatat kehadiran murid yang akan bermula sepenuhnya mulai bulan Oktober 2014 ini. Muat Turun Aplikasi SPS Lite ke Peranti Android / IOS.

Source: Aplikasi SPS Lite Modul Kehadiran Murid
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/09/aplikasi-sps-lite-modul-kehadiran-murid.html

VLE Frog bukan Katak Bawah Tempurung


Anugerah untuk Pendidikan. Projek 1Bestarinet VLE Frog bukan Katak Bawah Tempurung. Mereka memiliki Kemampuan Pemikiran Aras Tinggi, oleh itu golongan bawahan tidak mungkin memahami Stategi Komplek apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) “lebih senang” memilih YTL daripada yang lain untuk melaksanakan Projek 1Bestarinet iaitu menghubungkan 9924 sekolah satu Malaysia yang bernilai RM1.5 bilion. Projek 1Bestarinet ini akan menyediakan saluran internet dan pembelajaran virtual (internet acces and virtual learning) VLE Frog Asia selama 15 tahun. [credit]

VLE Frog bukan Katak Bawah Tempurung

Setelah sesetengah pihak tersenyum puas dan sesetengah pihak lainnya menanggung azab derita. Apa yang terjadi, satu ketentuan Ilahi. Abaikan saja suara sumbang, kerana masih ada Katak Bawah Tempurung yang setia mengabdikan diri. Akhir-akhir ini banyak masalah dilaporkan. Malaysia di sinilah bermulanya sebuah cinta dan Kementerian Pelajaran Malaysia umpama tidak bersalah lalu kelihatan seakan berusaha mencari syarikat baharu dalam meneruskan Projek jutaan ringgit demi Memajukan Pendidikan Malaysia. YES 4G dan 1BestariNet by YTL Communications, Harapan demi Harapan.

Ada golongan yang bukan Katak Bawah Tempurung. Apa yang menjadi kemusykilan dan kerisauan sekarang ini pastilah melibatkan data-data yang diperolehi dan dikumpul selama ini. YTL mampu menembusi maklumat-maklumat strategik mengenai diri pelajar, ibu bapa, tempat kerja, pendapatan ibu bapa dan apa-apa perkara yang berkaitan soal keselamatan, demografi dan politik negara. Abaikan saja, bukankah masih ada mereka yang dicucuk hidungnya dengan “aku janji”, merekalah golongan menurut perintah. Gayanya, sungguh Hang Tuah sekali.

Source: VLE Frog bukan Katak Bawah Tempurung
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/09/vle-frog-bukan-katak-bawah-tempurung.html

Pelajar Lemas menanti UPSR 30 September


Sementara menunggu tarikh ulangan UPSR 30 September, seorang calon UPSR lemas ketika berkelah bersama keluarganya di Air Terjun Belukar Bukit dan tidak mungkin menduduki Kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 Sep ini yang ditunda apabila wujudnya Kes Kebocoran Soalan UPSR 2014. Kejadian Malang berlaku kira-kira pukul 11.00 pagi, Amir Ashari Mohd. Ariffin, 12, dipercayai tergelincir ketika berjalan di atas batu di kawasan berkenaan. Al-Fatihah

Pelajar Lemas menanti UPSR 30 September
Gambar Hiasan

Calon UPSR Tewas menanti 30 September

Murid tahun 6 tersebut bersama 10 lagi anggota keluarga tiba di lokasi air terjun itu pada kira-kira pukul 10.00 pagi. Setelah selesai mandi, mereka berehat di atas batu sebelum mangsa memaklumkan ingin melihat pemandangan menarik di kawasan berhampiran. Semasa pelajar malang tersebut berjalan di atas batu, tiba-tiba terjatuh dan menjerit meminta tolong dengan tangan terkapai-kapai sebelum tenggelam. Sumber: Kosmo.

Pelajar Lemas menanti UPSR 30 September. Hootoh Tudia mengharapkan Ibu-bapa dan murid Tahun 6 lebih berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian. Peperiksaan UPSR masih belum selesai. Masih ada 2 kertas perlu dijawab oleh calon UPSR 2014 iaitu Kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 Sep ini.

Source: Pelajar Lemas menanti UPSR 30 September
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/09/pelajar-lemas-menanti-upsr-30-september.html

Kesilapan Menguruskan Kertas Soalan UPSR


Fokus Terbaru Siasatan Kertas UPSR Bocor. Pasukan Khas Menyiasat Kesilapan Lembaga Peperiksaan dalam Menguruskan Kertas Soalan Peperiksaan Rasmi dan Keterangan 4 Pegawai Kementerian Pendidikan dijadikan justifikasi dan hala tuju Siasatan Kes Kebocoran Kertas Sains dan Bahasa Inggeris UPSR 2014 dimana telah menjejaskan Prestasi dan Intergriti Lembaga Peperiksaan yang sangat penting bagi pembangunan pelajaran dan pendidikan Negara.

Kesilapan Menguruskan Kertas Soalan UPSR

Tiada tangkapan yang dibuat setakat ini. Pihak polis sedang mengumpul keterangan juga meneliti kesilapan menguruskan kertas soalan peperiksaan dengan kerjasama oleh Lembaga Peperiksaan dan agensi-agensi terbabit. Ibu bapa dan Murid Tahun 6 yang tidak berpuas hati dengan situasi ini diharap bertenang dan memberi laluan kepada polis untuk melaksanakan siasatan. Sesiapa yang mempunyai maklumat yang mampu membantu siasatan polis, diharap menyalurkan informasi itu kepada balai-balai polis berdekatan.

Hanya 4 Pegawai Kementerian Disoal Siasat

Terkini, Empat Pegawai Kementerian termasuk Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Nai’mah Ishak telah diambil keterangan sejurus polis mendapat maklumat berhubung kebocoran kertas soalan berkenaan. Tiga lagi individu terbabit ialah dua pegawai kanan Lembaga Peperiksaan di Putrajaya serta seorang lagi pegawai khas kementerian tersebut di Johor yang paling awal membuat laporan polis berhubung kes UPSR Bocor.

Fokus Terbaru Siasatan Kertas UPSR Bocor

Fokus Siasatan Kes Kebocoran Kertas UPSR, mengambil kira semua aspek termasuklah di kilang percetakannya di luar negara. Selain berpandukan rakaman percakapan pihak-pihak tertentu yang dapat membantu polis untuk memastikan dalang bertanggungjawab membocorkan kertas UPSR.

Kesilapan Menguruskan Kertas Soalan UPSR

Tan Sri Muhyiddin Tampil Memikul Tanggungjawab

Dari Kejauhan Tan Sri Muhyiddin Yassin Tampil Memikul Tanggungjawab yang diamanahkan serta mengambil ‘accountability’ atas Tragedi Kebocoran Kertas Peperiksaan UPSR. Demi amanah dan Intergriti  yang tinggi, Muhyiddin telah umumkan Penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysa (LPM), Dr. Naimah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr. Wan Illiyas Wan Salleh berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai siasatan mengenai kebocoran kertas soalan Sains dan bahasa Inggeris UPSR 2014.

Source: Kesilapan Menguruskan Kertas Soalan UPSR
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/09/kesilapan-menguruskan-kertas-soalan-upsr.html