Program OSH di Sekolah Persekitaran Selamat dan Kondusif


Malaysia Gempar dengan beberapa Tragedi di Sekolah melibatkan pelajar sehingga membawa maut. Program OSH In SchoolKesihatan dan Keselamatan di Sekolah. Kini tiba masanya, aspek keselamatan di sekolah diberi perhatian khusus oleh semua pihak. Adakah Sekolah tidak lagi Selamat untuk Murid dan Guru. Sekolah-sekolah di seluruh Malaysia juga seperti tempat bekerja lainnya, tentunya memerlukan Iklim dan Persekitaran Selamat dan Kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Program OSH di Sekolah Persekitaran Selamat dan Kondusif
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negara (Niosh), Tan Sri Lee Lam Thye menyelar Pihak Pentadbiran sekolah agar lebih peka dengan kewujudan Program OSH In School Malaysia atau Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan di Sekolah. Inisiatif untuk mempromosi OSH di Sekolah telah dijalankan oleh NIOSH dengan kerjasama badan-badan korporat sejak 2009. Sumber: Kosmo.

Program 3K KPM vs Program OSH In School NIOSH

Adakah ini bermaksud Program 3K (Keselamatan, Kesihatan serta Keceriaan) yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran Malaysia tidak mencapai matlamat dan objektif sebenar. Program 3K KPM vs Program OSH In School NIOSH.

Program 3K (Keselamatan, Kesihatan serta Keceriaan)

Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K). Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Rujuk Program 3K KPM.

Apa itu Program OSH in School

Occupational Safety and Health (OSH) in School Programme ini diwujudkan untuk memberikan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan dan kesihatan di sekolah. Program ini akan menjadi platform bagi penerapan dan penekanan aspek keselamatan dan kesihatan di sekolah-sekolah sekaligus memupuk budaya selamat dan sihat di kalangan pelajar-pelajar dan guru-guru di seluruh negara. Rujuk Program OSH In School Malaysia.

Apa itu Program OSH in School

Kesihatan dan Keselamatan di Sekolah

Matlamat utama Program OSH in School ialah memupuk budaya selamat dan sihat dikalangan pelajar sekolah sejak awal lagi supaya mereka akan menjadi sumber tenaga manusia yang prihatin terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Program OSH In School Malaysia

Maka, adalah perlu Pihak sekolah menganjurkan Program Kesihatan dan Keselamatan di Sekolah berikutan seluruh Rakyat Malaysia dikejutkan dengan dua insiden melibatkan keselamatan yang berlaku di sekolah dalam tahun ini. Program OSH di Sekolah khas untuk guru-guru dan para pelajar yang bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan diri di dalam dan luar sekolah.#OSH

Source: Program OSH di Sekolah Persekitaran Selamat dan Kondusif
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/10/program-osh-di-sekolah-persekitaran.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s