Bajet 2015 Tema Ekonomi Keperluan Rakyat


Intipati Bajet 2015 dari Perbentangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini. Perancangan Belanjawan Negara 2015 adalah bersifat Pro-Rakyat dan akan mengurangkan kebimbangan mengenai kos sara hidup yang meningkat. Bertemakan Ekonomi Keperluan Rakyat, maka dalam National Budget 2015, Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM273.9 bilion bagi Budget 2015, peningkatan sebanyak RM9.8 bilion berbanding Bajet Tahun 2014. RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM50.5 bilion untuk pembangunan pembangunan. RM4.9 bilion disalurkan untuk Keperluan Rakyat melalui Pakej-Pakej Bantuan (Tambahan BRIM dan sebagainya).

Bajet 2015 Tema Ekonomi Keperluan Rakyat

Tujuh Strategi Bajet 2015

  1. Memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi
  2. Memantapkan tadbir urus fiskal
  3. Mengupaya modal insan dan keusahawanan
  4. Memperkasa agenda Bumiputera
  5. Memartabatkan peranan wanita
  6. Membangunkan program transformasi belia negara
  7. Mensejahtera rakyat

Peruntukkan Mengurus (RM223.4 bilion)

  • RM65.6 bilion untuk emolumen
  • RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan
  • RM116.54 bilion untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap
  • RM1.5 bilion bagi pembelian aset
  • RM1.8 bilion bagi perbelanjaan lain

Peruntukan Pembangunan (RM50.5 bilion)

  • RM29.3 bilion untuk  sektor ekonomi
  • RM12.6 bilion bagi sektor sosial
  • RM4.9 bilion untuk sektor keselamatan
  • RM1.7 bilion untuk sektor pentadbiran am
  • RM2.0 bilion bagi simpanan luar jangka

Yakin Malaysia Boleh Mencapai Pertumbuhan Ekonomi Kukuh

Menteri Kewangan Malaysia iaitu Najib Razak Yakin Malaysia boleh mencapai Pertumbuhan Ekonomi kukuh pada kadar antara 5.5 peratus dan 6.0 peratus tahun 2014 yang akan meningkatkan defisit fiskal. Defisit Fiskal dijangka berkurangan daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.9 peratus pada tahun 2013. Dijangka akan terus berkurangan kepada 3.5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada tahun 2014 ini.

Prestasi Malaysia Paling Tinggi di Asean

Ekonomi negara tumbuh dengan amat positif dalam semua sektor dan mencatatkan KDNK sebanyak 6.3 peratus. Pertumbuhan Luar Biasa ini menjadikan Prestasi Malaysia adalah yang paling tinggi dalam kalangan negara Asean dalam tempoh separuh pertama 2014.

Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2015

Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST serta Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan berjumlah RM13.8 bilion. Manakala Kutipan Hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak RM235.2 bilion, peningkatan sebanyak RM10.2 bilion dengan RM690 juta berbanding Jumlah Kutipan melalui (GST) Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan.

Belanjawan Negara 2015

Bajet 2015 Bertemakan Ekonomi Keperluan Rakyat. Perancangan Belanjawan Negara 2015 bersifat Pro-Rakyat dan akan mengurangkan kebimbangan rakyat mengenai kos sara hidup yang meningkat. #Budget2015

Source: Bajet 2015 Tema Ekonomi Keperluan Rakyat
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/10/bajet-2015-tema-ekonomi-keperluan-rakyat.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s