Guru Besar Printis Flexi dan Sistem Gaji Sebaris


Perlaksanakan Gred Flexi bagi Guru Besar. Sistem Naik Pangkat dan Sistem Gaji Sebaris. Sistem Flexi pengisian Guru Besar DG41/DG42/DG44/DG48. Dasar dan kaedah serta syarat baru permohonan dan pemilihan Guru Besar dan Pengetua dilaksanakan oleh KPM bersesuaian dengan PPPM 2013-2025 bagi memilih pemimpin sekolah yang Dinamik dan Berkualiti. #e-Pangkat #Flexi
Guru Besar Printis Flexi dan Sistem Gaji Sebaris

Tranformasi kepada sekolah dan pendidikan di Malaysia. Calon Guru Besar Printis Flexi yang berkelayakan dalam permohonan akan ditaksir oleh pentaksir khas di bawah pimpinan IAB. Calon yang berjaya akan dinilai melalui temuduga dan berbagai lagi dalam empat kreteria utama:

  1. Penyediaan Portfolio yang terdiri dua aspek iaitu peribadi dan program inovasi/penambahbaikan (15%)
  2. Perbincangan Kumpulan Tidak Terpimpin (PBTT) dengan masa 30 minit (30 %)
  3. Temuduga Berstruktur (TDB) 45 minit (35 %)
  4. LNPT tiga tahun terakhir (20%)

Penilaian berkaitan dilaksanakan dalam sesi temuduga oleh ahli panel khas yang dilatih oleh IAB. Urusan permohonan, temuduga dan Mesyuarat Panel diurusetiakan oleh Unit Naik Pangkat Jabatan. Ini bermakna calon bukan sekadar mengisi permohonan dan dokumen berkaitan sahaja seperti dahulu tetapi mesti juga melalui proses temuduga di atas, tapisan panel jabatan dan kelulusan oleh Lembaga Naik Pangkat KPM sebelum ditawarkan ke sekolah.
Pengisian dan Penempatan pertama Guru Besar DG41/DG42/DG44/DG48 di bawah Sistem Flexi. Satu Majlis penyerahan Watikah Pelantikan Guru Besar Sistem Flexi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah berlangsung buat pertama kali selepas kaedah dan syarat baru diperkenalkan buat pertama kali dibawah Sistem Flexi pengisian Guru Besar DG41/DG42/DG44/DG48 oleh Kementerian Pelajaran.

Enam daripada sembilan calon flexi yang diluluskan telah ditempatkan di sekolah baru pada 1 November dan tiga lagi akan ditempatkan pada 1 Disember 2014 depan. Berikut adalah senarai Penempatan Guru Besar Printis Sistem Flexi pada 1 November 2014

  1. En. Kamal bin Abdullah, Penolong Pengarah  Guru, Unit Sekolah Rendah, JPNT sebagai Guru Besar, SK Seri Nilam, Kuala Terengganu.
  2. En. Salleh @ Mokhtar bin Ismail, PK Pentadbiran, SK Teluk Ketapang, Kuala Terengganu sebagai Guru Besar, SK Kampung Tengah, Kuala Terengganu.
  3. En. Mohd Bokhari bin Omar, PK Pentadbiran, SK Kg Baru Tok Dor, Besut sebagai Guru Besar, SK Anak Ikan, Besut.
  4. En. Mohd Azam bin Kassim, PK SK Pereh, Hulu Terengganu sebagai Guru Besar, SK Sungai Berua, Hulu Terengganu
  5. En. Mustapah bin Omar, PK Pentadbiran, SK Tapu, Hulu Terengganu sebagai Guru Besar, SK Tanggol, Hulu Terengganu
  6. En. Mohd Sarif bin Shafie, PK Pentadbiran, SK Guntong Luar, Setiu sebagai Guru Besar, SK Sungai Tong, Permaisuri

Kesemua guru besar baru ini berada pada gred DG41/DG44, memiliki NPQEL dan lulus ujian taksiran dan temuduga, mempunyai pengalaman tiga tahun pengurusan dan diperakukan oleh Panel Naik Pangkat negeri dan disahkan oleh #KPM. Pengarah Pendidikan Negeri dalam ucapan ringkas berharap Guru Besar Printis Flexi dapat membawa tranformasi kepada sekolah dan pendidikan selaras dengan kreteria pemilihan mereka yang ketat. Tahniah kepada Cikgu Mohd Sarif bin Shafie, Guru Besar Printis Flexi Terengganu. Warga Sokesto mengalu-alukan dan amat berbesar hati. Guru Besar Printis Flexi dan Sistem Gaji Sebaris.


Source: Guru Besar Printis Flexi dan Sistem Gaji Sebaris
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/11/guru-besar-printis-flexi-dan-sistem.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s