1BestariNet YTL untung atas angin RM570 juta


Kelemahan dan Kecuaian Projek 1BestariNet oleh Kementerian Pendidikan, YTL Communications Sdn Bhd, YTL untung atas angin mencecah RM570 juta. Kontraktor projek 1BestariNet tersenyum lebar apabila unjuran keuntungan YTL tersebut dijangka dalam tempoh 15 tahun berdasarkan pendedahan dari siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara 2013 (LKAN). Berikut ialah ulasan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

1BestariNet YTL untung atas angin RM570 juta

Kecuaian Projek 1BestariNet oleh Kementerian Pendidikan

Akibat Kelemahan KPM dalam Kontrak 1BestariNet yang berat sebelah, YTL akan memperolehi keuntungan hampir RM50 juta setahun. Selama tempoh 15 tahun projek ini, YTL bakal mendapat keuntungan tambahan RM750 juta, itu tidak termasuk keuntungan penggunaan komersil menara 1BRIS.

Kontroversi VLE Frog 1BestariNet

Kontroversi pemasangan menara 1BestariNet Receiver Integrated System (1BRIS) yang berfungsi menerima dan menghantar isyarat tanpa wayar berkelajuan tinggi, di sekolah yang tidak mempunyai struktur LAN (Rangkaian Kawasan Tempatan) yang sesuai untuk isyarat tersebut. Melalui input Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Pendidikan disyorkan mengenakan sewa bulanan keatas YTL berjumlah RM1,200 bagi setiap tapak 1BRIS. Walaubagaimanapun, YTL enggan membayar jumlah ini malah menyatakan sebaliknya bahawa syarat kontrak membenarkan mereka untuk memasang menara secara percuma.

Pada 14 Februari 2014, Kementerian memutuskan untuk mengenakan sewa token sebanyak RM1,000 setahun bagi setiap tapak 1BRIS. Berdasarkan jumlah baru ini, YTL membayar jumlah yang tertunggak, iaitu RM2,416.67 bagi setiap tapak dari 1 Mei 2012 hingga 30 Jun 2014 termasuk deposit tiga bulan. Kadar RM1,000 setahun itu sememangnya tidak munasabah berbanding kadar RM1,200 sebulan yang disyorkan, seperti yang dinyatakan dalam laporan audit itu.

Kerajaan Tanggung Caj Utiliti 1BestariNet

Semua caj utiliti berkaitan 1BestariNet dan 1BRIS ditanggung kerajaan sepanjang tempoh kontrak, sementara kontraktor hanya bertanggungjawab untuk kos berkaitan pemasangan, penyelenggaraan dan pengurusan 1BRIS. Ini kecuaian serius dalam perjanjian kontrak, seperti diakui kementerian kepada Pejabat Ketua Audit Negara bahawa pemasangan menara 1BRIS meningkatkan kos elektrik sekolah daripada RM150 hingga RM180 sebulan. Dengan 3,203 tapak 1BRIS di seluruh negara yang meningkatkan caj elektrik antara RM5.77 juta hingga RM6.92 juta setahun, ia juga menjadi subsidi kerajaan untuk kepentingan YTL.

Merujuk Kenyataan pengarah YTL Yeoh Seok Hong pada pada 10 Mei 2013, bahawa menara di sekolah-sekolah bukan hanya menyediakan sambungan internet tanpa wayar, tetapi untuk sekitar kawasannya. Dengan kata lain, menara 1BRIS juga menyediakan perkhidmatan komersial jalur lebar YES 4G kepada penduduk sekitarnya, sekaligus memungkinkan YTL meraih keuntungan tambahan. [fz.com]

Sebanyak 3,203 menara 1BRIS dipasang di seluruh negara ini, pendapatan sewa pada harga RM1,200 sebulan atau RM14,400 setahun adalah RM46.12 juta setahun. Pada masa ini YTL hanya membayar RM3.2 juta setahun, bersamaan kerugian pendapatan sebanyak RM42.92 juta setahun bagi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sumber: roketkini[dot]com1BestariNet YTL untung atas angin RM570 juta.


Source: 1BestariNet YTL untung atas angin RM570 juta
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/11/1bestarinet-ytl-untung-atas-angin-rm570.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s