Tarikh Keputusan UPSR 2014 Seluruh Malaysia


Hari Keputusan Peperiksaan UPSR 2014 akan dikeluarkan pada Tarikh 26 November oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sekitar hari keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, keresahan pada wajah guru, ibu-bapa dan murid tahun 6 amat jelas sekali. Tidak dinafikan memang UPSR juga penting, namun ia tidak lebih dari menilai dan menguji kemampuan seseorang murid selama 6 tahun belajar di sekolah rendah.

Suka duka di sekitar Hari Keputusan UPSR

Debaran Wajah suka duka di sekitar hari keputusan UPSR 2014. Peperiksaan #UPSR hanyalah sekadar permulaan. Semua sedia maklum, Sijil UPSR tidak mempunyai kelayakan untuk memohon apa-apa pekerjaan atau sebarang jawatan. Tekanan melampau demi Keputusan 5A UPSR akan memberikan “kesan gelap” di jiwa kanak-kanak. Allah lebih mengetahui dan menentukan yang terbaik untuk hambanya. Manakala Manusia hanya merancang dan amat sedikit pengetahuannya.

Tarikh Keputusan UPSR 2014 Seluruh Malaysia

Dunia sudah berubah, jauh berbeza sepertimana Tahun 50an dahulu. Ketika itu Sijil Lulus Darjah 6 membolehkan sesorang menjadi seorang guru. Sejarah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diperkenalkan pada tahun 1987 untuk menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima.

Sekiranya mendapat Result UPSR 5A dan cemerlang, Alhamdulilillah. Namun belum tentu melayakan seseorang mendapat peluang ke sekolah yang lebih baik, kerana seiring dengan kemajuan negara, masyarakat hari ini lebih menilai seseorang itu pada “siapa kita” dan “siapa yang kita kenal”.

Seandainya kita hanya rakyat biasa, maka akan sukarlah untuk mendapatkan hak yang sepatutnya. Jalan kehidupan akan lebih berliku berbanding mereka yang “tahu melaburkan wang ringgit”, mempunyai kedudukan dan mengenali orang yang berpengaruh. Pengumuman Keputusan #UPSR2014 Seluruh Malaysia.


Source: Tarikh Keputusan UPSR 2014 Seluruh Malaysia
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/11/tarikh-keputusan-upsr-2014-seluruh.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s