Punca Keputusan UPSR 2014 Menurun Penjelasan Menteri Pendidikan


Punca Sebenar Penurunan Pencapaian UPSR 2014, Penjelasan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh. Kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang menjejaskan kredibiliti Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan ternyata Bukan Penyebab Jatuhnya Gred Purata Nasional dan penurunan pencapaian keseluruhan UPSR 2014.

Punca Keputusan UPSR 2014 Menurun Penjelasan Menteri Pendidikan

Sungguhpun semua calon terpaksa menduduki semula kertas Peperiksaan UPSR 2014 namun ia bukan Faktor utama penurunan keputusan cemerlang semua Gred A. Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh Menjelaskan Punca sebenar Keputusan UPSR 2014 dan Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) Menurun.

Punca Penurunan Pencapaian UPSR 2014

Faktor dan Punca sebenar Penurunan Pencapaian UPSR 2014 disebabkan soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang mencabar tahap pemikiran calon. Peperiksaan UPSR kali ini dimuatkan soalan-soalan KBAT sebanyak 40 peratus berbanding 25 peratus pada tahun sebelumnya. [sumber]

Analisis Kementerian Pendidikan menunjukan penurunan keputusan cemerlang semua Gred A ini adalah kerana adanya soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan kesilapan jawapan banyak dilakukan (calon UPSR) dalam soalan KBAT berbanding soalan lain. Penurunan 0.02 mata Gred Purata Nasional (GNP) itu tidak begitu ketara kerana ia masih berada di bawah penanda aras GNP iaitu 0.05 mata.


Source: Punca Keputusan UPSR 2014 Menurun Penjelasan Menteri Pendidikan
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/11/punca-keputusan-upsr-2014-menurun.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s