Guna Buku Kerja Tambahan Amalan Tidak Sihat


Larangan KPM kepada yang menggunakan Buku Kerja dan Buku Latihan dari Syarikat penerbitan Tempatan/Luar. Peringatan ini merujuk Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 14 Tahun 2014 iaitu Panduan Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah. Pihak Kementerian menganggap Penggunan Buku Tambahan adalah Amalan Tidak Sihat. Oleh itu, hanya penggunaan buku teks sebagai bahan pembelajaran asas dibenarkan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Penggunan Buku Tambahan adalah Amalan Tidak Sihat

Edaran Surat Siaran Bil. 14 Tahun 2014 terbitkan oleh Jabatan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian bertujuan untuk memperingatkan pihak sekolah berkenaan penggunaan buku kerja dengan merujuk Surat Pekeliling lkhtisas Bil 1/2000: Penggunaan buku Kerja Di Sekolah Rendah bertarikh 3 Februari 2000 yang masih berluatkuasa.

Peringatkan pihak sekolah berkenaan penggunaan Buku Kerja

Rujuk Surat Siaran Bil. 14 Tahun 2014

Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah

Rujuk Surat Pekeliling lkhtisas Bil 1/2000

Buku Pelajaran Tambahan adalah Amalan Tidak Sihat

Penggunaan buku kerja dan buku latihan yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan tempatan sangat meluas dalam kalangan pihak sekolah dan ibu bapa. Kementerian Pendidikan Malaysia #KPM mendapati perkara ini merupakan suatu amalan yang tidak sihat kerana hal ini akan menyebabkan penggunaan buku teks sebagai bahan pembelajaran asas yang utama untuk murid diabaikan.
Sehubungan itu, pihak sekolah hendaklah mematuhi panduan yang telah ditetapkan berkaitan penggunaan buku kerja di sekolah seperti yang telah diarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu dapat Hootoh simpulkan disini, Guna Buku Tambahan adalah salah mengikut peraturan di sekolah.


Source: Guna Buku Kerja Tambahan Amalan Tidak Sihat
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/12/guna-buku-kerja-tambahan-amalan-tidak.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s