Perlukah Pendapat Umum dalam Pelan Induk Pendidikan


Apakah Rasional mendapatkan khidmat perunding dan meminta maklumbalas orang ramai sekiranya segalanya tidak akan diambil kira. Apa gunanya Pelan Induk sekiranya kelemahan tidak pernah dikenalpasti dalam sistem. Apatah mendapatkan maklumbalas bagi solusinya di masa akan datang. Kementerian Pendidikan perlu melihat segala kelemahan di dalam sistem pendidikan tinggi sedia ada sebelum mendapatkan maklumbalas orang ramai.

Perlukah Pendapat Umum dalam Pelan Induk Pendidikan

Kenalpasti masalah sedia ada, kemudian lihat cara mengatasi dan memperbaikinya. Mengapa berbincang soal pendidikan tinggi apabila asas keseluruhannya goyah? Sistem ini bakal runtuh akhirnya.

Kita tak mahu ahli akademik dan pakar yang pandai membodek dan mengharapkan ganjaran kerajaan terlibat di dalamnya. Ia berlu mendapatkan pandangan para pendidik berkredibiliti yang telah bersara dan mampu berkata benar.
– Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim Al-Haj
Pengerusi Pasukan Tindakan Hak Pendidikan India Kebangsaan (Niat)

Dengan keberkesanan pelan induk itu dipertikaikan serta jumlah bayaran mencecah RM20 juta dibuat kepada Firma perunding McKinsey and Co, sedangkan ia didakwa tiada kepakaran di bidang pendidikan. Adakah tidak adil ia dipertikai di peringkat permulaannya hanya kerana ia berdasarkan hasil kajian di negara Australia New Zealand dan United Kingdom.

Berdasarkan pengalaman sedia ada, kerana ada tiga perkara yang terhasil ketika forum umum bagi Pelan Induk Pendidikan Malaysia 2013-2025, antaranya
  1. PPSMI
  2. Sekolah dengan pengantar Bahasa Inggeris
  3. Menteri pendidikan bukan dari kalangan orang politik
Tiada satupun yang dimasukan di dalam pelan induk. Sekiranya maklumbalas orang ramai diambil kira dan disertakan, menteri tentu tidak hairan mengapa pelajar tidak mampu bertutut Bahasa Inggeris dengan baik, merujuk kenyataan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hairan dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah di kalangan graduan universiti.
– Datin Noor Azimah Abdul Rahim. Pengerusi Badan Tindakan Ibubapa bagi Pendidikan (PAGE)

Kerajaan telah memegang kuasa sejak 1957. Semuanya baik sehingga kita asyik mengubah dasar dengan setiap menteri pendidikan yang baru. Kajian menunjukkan di negara lain perkara ini tidak berlaku. Dalam menghadapi permasalahan yang belum ada penyelesaian, Adakah Pendapat Umum di perlukan dalam Pelan induk pendidikan.


Source: Perlukah Pendapat Umum dalam Pelan Induk Pendidikan
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/12/perlukah-pendapat-umum-dalam-pelan.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s