Panduan Pelaksanaan SPS 2015


Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 2015. Download Garis Panduan SPS 2015 yang disertakan bersama Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 21. Sistem Pengurusan Sekolah akan dilaksanakan di semua Sekolah Harian di seluruh negara bermula 1 Januari 2015. Sistem SPS  ini mengintegrasikan tiga sistem utama kementerian iaitu EMIS, e-Operasi dan APDM. Sistem Pengurusan Sekolah #SPS2015 boleh diakses melalui alamat apps4.moe.gov.my/sps.

Panduan Pelaksanaan SPS 2015
Download Garis Panduan SPS 2015 (Click Image)

Pengemaskinian Maklumat Sekolah, Guru dan Murid

Semua urusan Pengemaskinian Maklumat perlu dilakukan terlebih dahulu mengikut bahagian-bahagian yang telah ditetapkan. Sebagai panduan untuk proses kemaskini maklumat, sila rujuk tetapan berikut

Modul Pengurusan Sekolah – EMIS
Untuk Perlaksanaan Pengemaskinian Maklumat berkaitan Sekolah
Modul Pengurusan Guru – eOperasi
Untuk Perlaksanaan Pengemaskinian Maklumat berkaitan Guru
Modul Pengurusan Murid – APDM
Untuk Perlaksanaan Pengemaskinian Maklumat berkaitan Murid

Download Garis Panduan Perlaksanaan SPS 2015

Pelaksanaan SPS 2015 adalah merujuk Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21 Tahun 2014 – Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah boleh Dimuat Turun di Panduan SPS 2015 – Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. #SPS2015


Source: Panduan Pelaksanaan SPS 2015
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/12/panduan-pelaksanaan-sps-2015.html

Advertisements

Keputusan Peperiksaan UPKK 2014


Keputusan UPKK Terbaik untuk tempoh tiga tahun. Ujian Penilaian Kelas Kafa 2014 seluruh negeri mencapai keputusan cemerlang dengan Kelulusan 100 Peratus tanpa D. Keputusan peperiksaan UPKK 2014 diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia #Jakim Datuk Othman Mustapha di Putrajaya. #UPKK

Keputusan Peperiksaan UPKK 2014

Semak Keputusan UPKK Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Peperiksaan UPKK 2014 mencatatkan Sebanyak 27,614 orang calon (15.29 peratus) memperoleh agregat 8A pada tahun ini berbanding 22,608 orang calon (12.22 peratus) tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 3.1 peratus. Melaka merupakan negeri tertinggi memperoleh peratus agregat 8A iaitu 26.7 peratus, diikuti Wilayah Persekutuan (23.76 peratus) dan Sabah (21.71 peratus).

Pihak sekolah yang terlibat menjadi pusat peperiksaan UPPK 2014 boleh mengambil keputusan UPKK tersebut selepas tarikh 22/12/2014 tersebut di Pejabat Agama Daerah masing-masing.

Mata pelajaran Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 100 peratus, diikuti bidang al-Quran mencapai 99.36 peratus lulus. Tahniah kepada Guru KAFA atas kejayaan Keputusan peperiksaan UPKK 2014 yang mencatatkan pencapaian terbaik bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.


Source: Keputusan Peperiksaan UPKK 2014
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/12/keputusan-peperiksaan-upkk-2014.html

Surat Murid 9 Tahun kepada Guru yang Luar Biasa


Surat seorang murid berumur 9 Tahun kepada seorang guru (Gay) Homoseksual tersebar di internet dan menjadi popular sekelip mata. Luahan Kata-kata seorang murid yang pasti menyentuh hati gurunya. Seluruh dunia terharu dengan surat yang ditulis murid tersebut. Malah ramai yang memuji kehebatan guru tersebut dan menganggap objektif serta nilai murni yang ingin disampaikan Berjaya memupuk sikap Anti Buli dikalangan murid-muridnya.

Surat Murid 9 Tahun kepada Guru yang Luar Biasa

Dear Mr (NAME REMOVED)
Even though you’re gay, I will always treat you the same way as I do now. I still think about you the same way as I used to. You’re a great teacher and these are just some of the word’s that I would describe you as: great, amazing, fantastic, brilliant, awesome and brave.
The reason why I say brave, is because you shared a personal secret, which was very brave. You don’t have to feel scared because I know that everyone in the class feels the same way as I do.
From (NAME REMOVED)
x ❤ x
P.S. Mr (NAME REMOVED), we are all proud of you.

Segalanya bermula apabila Guru Sekolah Rendah tersebut ingin menyampaikan nilai-nilai murni dan memupuk sikap anti-buli di kalangan muridnya. Untuk memberi kesan yang mendalam, guru tersebut memutuskan untuk berdiri di hadapan kelas dan memaklumkan kepada murid-murid bahawa beliau seorang lelaki gay

Semua murid terdiam, mendengar kenyataan dari gurunya. Namun, setelah kelas berakhir, Guru yang mengaku seorang Gay itu menerima sekeping surat dari muridnya, gadis kecil yang ikhlas menyokong gurunya. A 9-Year-Old Girl Sent This Beautiful Letter To Her Teacher menjadi viral di laman maya. Surat Murid 9 Tahun kepada Guru Popular Sekelip Mata.


Source: Surat Murid 9 Tahun kepada Guru yang Luar Biasa
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/12/surat-murid-9-tahun-kepada-guru-yang.html

Rancangan Tahunan (RPT) Tahun 5 KSSR


Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR Tahun 5. Yearly Lesson Plan for year 5 (KSSR) All subject. Download RPT Tahun 5 KSSR 2015 bagi semua Mata Pelajaran Darjah 5 Tahun 2015 Sekolah Rendah Malaysia. Koleksi RPT KSSR mengikut mata pelajaran adalah ihsan dan perkongsian oleh warga pendidik seluruh Malaysia. Perkongsian bahan pendidikan dan ilmiah ini adalah berpandukan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kementerian Pendidikan. Muat Turun Rancangan Tahunan KSSR Tahun 5.
Yearly Lesson Plan for year 5 (KSSR) All subject

Rancangan Tahunan (RPT) Tahun 5 KSSR

Download RPT KSSR Tahun 5

  • Rancangan Pengajaran Tahunan Reka Bentuk & Tenologi Tahun 5
    Download Download RPT RBT Tahun 5
  • Rancangan Pengajaran Tahunan Teknologi Maklumat & Komunikasi Tahun 5
    Download Download RPT TMK Tahun 5
  • Rancangan Pengajaran Tahunan Sejarah Tahun 5
    Download Download RPT Sejarah Tahun 5
  • Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Arab Tahun 5
    Download Download RPT Arab Tahun 5
  • Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 5
    Download Download RPT Matematik Tahun 5
  • Dalam Proses Mengumpul Bahan
    Download Akan dikemaskini dari masa ke semasa
  • Rancangan Tahunan KSSR Tahun 5

    RPT BA Tahun 5.pdf
    View Download
    RPT BI (SJK) Tahun 5.doc
    View Download
    RPT BI Tahun 5 (2).doc
    View Download
    RPT BI Tahun 5.doc
    View Download
    RPT BI Year 5.docx
    View Download
    RPT Moral Tahun 5 (2).doc
    View Download
    RPT Moral Tahun 5.doc
    View Download
    RPT MT Tahun 5.doc
    View Download
    RPT MZ Tahun 5.doc
    View Download
    RPT PJ Tahun 5.doc
    View Download
    RPT PJ Tahun 5.docx
    View Download
    RPT PK Tahun 5.doc
    View Download
    RPT PSV Tahun 5.doc
    View Download
    RPT RBT Tahun 5.doc
    View Download
    RPT SEJ Tahun 5.doc
    View Download
    RPT SN Tahun 5 (2).doc
    View Download
    RPT SN Tahun 5 (3).doc
    View Download
    RPT TMK Tahun 5.doc
    View Download

    Koleksi RPT KSSR Tahun 5

    Rancangan Tahunan #KSSR ini adalah perkongsian secara percuma yang berorientasikan #Pendidikan dan tidak melibatkan apa-apa transaksi/jual beli. Ia juga Bukan Hakcipta pemilik Hootoh Pendidikan. Adalah dinasihatkan untuk menyemak semula bahan-bahan yang telah dimuat turun.

    Bahan Pendidikan di laman ini adalah yang terkini pada masa ia disiarkan dan tidak semestinya releven dan sesuai dengan kehendak semasa. Semua bahan juga bersifat umum dan mungkin tidak sesuai atau ada perbezaan mengikut kehendak Jabatan Pendidikan sesebuah negeri.

    Sekiranya terdapat ralat dan bahan yang tidak sesuai, sila maklumkan di ruangan komen. Penghargaan tidak terhingga kepada warga pendidik yang berkongsi bahan-bahan pendidikan yang telah dihumpunkan di laman ini. Semoga usaha dan jasa warga pendidik menjadi sedekah ikhlas dan Tuhan saja dapat membalasnya.


    Source: Rancangan Tahunan (RPT) Tahun 5 KSSR
    Permalink: http://www.hootoh.my/2014/12/rancangan-tahunan-rpt-tahun-5-kssr.html

    Perekodan Perkembangan Murid Gabungan Semua Mata Pelajaran


    Download Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) Gabungan Semua Mata Pelajaran. Merujuk Portal PBS Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan adalah dimaklumkan bahawa Borang Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid bagi Gabungan Semua Mata Pelajaran telah tersedia untuk kegunaan sekolah. Untuk muat turun modul perekodan, sila ke pautan di bawah 
    Modul PPPM Gabungan Semua Mata Pelajaran PBS Sekolah Rendah

    Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid

    Modul PPPM Gabungan Semua Mata Pelajaran PBS Sekolah Rendah

    Sumber Borang Perekodan merupakan pautan dari Portal Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Laman ini dibawah Tag Hootoh Pendidikan hanya berkongsi semula Modul PPPM Gabungan Semua Mata Pelajaran PBS Sekolah Rendah demi manfaat warga pendidikan semua.


    Source: Perekodan Perkembangan Murid Gabungan Semua Mata Pelajaran
    Permalink: http://www.hootoh.my/2014/12/perekodan-perkembangan-murid-gabungan.html

    Perlukah Pendapat Umum dalam Pelan Induk Pendidikan


    Apakah Rasional mendapatkan khidmat perunding dan meminta maklumbalas orang ramai sekiranya segalanya tidak akan diambil kira. Apa gunanya Pelan Induk sekiranya kelemahan tidak pernah dikenalpasti dalam sistem. Apatah mendapatkan maklumbalas bagi solusinya di masa akan datang. Kementerian Pendidikan perlu melihat segala kelemahan di dalam sistem pendidikan tinggi sedia ada sebelum mendapatkan maklumbalas orang ramai.

    Perlukah Pendapat Umum dalam Pelan Induk Pendidikan

    Kenalpasti masalah sedia ada, kemudian lihat cara mengatasi dan memperbaikinya. Mengapa berbincang soal pendidikan tinggi apabila asas keseluruhannya goyah? Sistem ini bakal runtuh akhirnya.

    Kita tak mahu ahli akademik dan pakar yang pandai membodek dan mengharapkan ganjaran kerajaan terlibat di dalamnya. Ia berlu mendapatkan pandangan para pendidik berkredibiliti yang telah bersara dan mampu berkata benar.
    – Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim Al-Haj
    Pengerusi Pasukan Tindakan Hak Pendidikan India Kebangsaan (Niat)

    Dengan keberkesanan pelan induk itu dipertikaikan serta jumlah bayaran mencecah RM20 juta dibuat kepada Firma perunding McKinsey and Co, sedangkan ia didakwa tiada kepakaran di bidang pendidikan. Adakah tidak adil ia dipertikai di peringkat permulaannya hanya kerana ia berdasarkan hasil kajian di negara Australia New Zealand dan United Kingdom.

    Berdasarkan pengalaman sedia ada, kerana ada tiga perkara yang terhasil ketika forum umum bagi Pelan Induk Pendidikan Malaysia 2013-2025, antaranya
    1. PPSMI
    2. Sekolah dengan pengantar Bahasa Inggeris
    3. Menteri pendidikan bukan dari kalangan orang politik
    Tiada satupun yang dimasukan di dalam pelan induk. Sekiranya maklumbalas orang ramai diambil kira dan disertakan, menteri tentu tidak hairan mengapa pelajar tidak mampu bertutut Bahasa Inggeris dengan baik, merujuk kenyataan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hairan dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah di kalangan graduan universiti.
    – Datin Noor Azimah Abdul Rahim. Pengerusi Badan Tindakan Ibubapa bagi Pendidikan (PAGE)

    Kerajaan telah memegang kuasa sejak 1957. Semuanya baik sehingga kita asyik mengubah dasar dengan setiap menteri pendidikan yang baru. Kajian menunjukkan di negara lain perkara ini tidak berlaku. Dalam menghadapi permasalahan yang belum ada penyelesaian, Adakah Pendapat Umum di perlukan dalam Pelan induk pendidikan.


    Source: Perlukah Pendapat Umum dalam Pelan Induk Pendidikan
    Permalink: http://www.hootoh.my/2014/12/perlukah-pendapat-umum-dalam-pelan.html

    Susunan Bilik Darjah Abad Ke-21


    Panduan Susun Atur Kelas Abad Ke-21
    21st Century classroom

    Panduan Susun Atur Kelas Abad Ke-21. Prasarana dan Susunan Bilik Darjah Abad Ke-21 perlu disediakan dengan lengkap dan kondusif dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran bercirikan Pendidikan Abad Ke-21 Malaysia. Ciri-ciri Bilik Darjah Alaf Ke-21 yang sempurna memainkan peranan besar dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Berikut merupakan Contoh susun atur Kelas Abad Ke-21.

    .embed-container { position: relative; padding-bottom: 56.25%; height: 0; overflow: hidden; max-width: 100%; height: auto; } .embed-container iframe, .embed-container object, .embed-container embed { position: absolute; top: 0; left: 0; width: 100%; height: 100%; }

    .embed-container { position: relative; padding-bottom: 56.25%; height: 0; overflow: hidden; max-width: 100%; height: auto; } .embed-container iframe, .embed-container object, .embed-container embed { position: absolute; top: 0; left: 0; width: 100%; height: 100%; }

    Gambaran Kelas Abad Ke-21

    Mengajar di bilik darjah abad ke 21 (21st Century classroom) bermakna satu transisi daripada mengajar berpusatkan guru dan kaedah hafalan kepada pembelajaran berpusatkan murid, berasaskan pengalaman dan pengetahuan serta pembelajaran kaedah pelbagai melalui media global dan keperluan teknologi terkini.


    Source: Susunan Bilik Darjah Abad Ke-21
    Permalink: http://www.hootoh.my/2014/12/susunan-bilik-darjah-abad-ke-21.html