Guru Malaysia vs Guru Mexico


Guru Malaysia vs Guru Mexico. Demonstrasi Guru di Mexico. Bila guru berdemonstrasi menentang pembaharuan pendidikan. Guru Malaysia Berhemah Tinggi. Entri ini bukan untuk membanding-bandingkan tugas seorang guru di sesebuah negara. Ketika terbaca mengenai Beribu-ribu guru Mexico melancarkan demonstrasi, ia amat mengejutkan. Tetapi HT agak biasa dengan cara sesuatu berita ditulis, selalunya ia lebih sensasi dari yang sebenar.

Guru Malaysia vs Guru Mexico

Di Malaysia, belum pernah berlaku peristiwa Demonstrasi Guru sebegini, tidak mungkin akan berlaku. Walau apa jua perbezaan sisitem pendidikan sekalipun, tugas guru yang tabah mendidik anak bangsa tetap HT hormati dan hargai. Bila terbaca isu-isu mengenai guru yang mula di umumkan oleh pihak akhbar, HT sentiasa ingatkan diri sendiri dengan pantun

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Demonstrasi Guru Mexico

Beribu-ribu guru Mexico melancarkan demonstrasi demi menggagalkan pembaharuan pendidikan dengan menghalang laluan utama ke lapangan terbang antarabangsa Mexico City. Polis terpaksa dikerah untuk menghalang perarakan tersebut setelah para guru berikrar untuk merampas terminal itu.
Beratus-ratus guru itu pada bertempur dengan polis di bangunan Kongres sebelum menyekat beberapa laluan di sekitar bangunan itu, sekali gus memaksa anggota Parlimen mengadakan mesyuarat di tempat lain bagi mengundi rang undang-undang pembaharuan pendidikan yang telah diluluskan di dewan rendah. Sumber

Guru Malaysia vs Guru Mexico

Guru Malaysia Berhemah Tinggi

Guru Malaysia Berhemah Tinggi. Guru Malaysia vs Guru Mexico. Jika dibandingkan dengan guru-guru di Malaysia, tidak pernah berlaku peristiwa dimana para guru atau warga pendidik menentang dasar yang diputuskan oleh pihak atasan mereka. Mereka akur dengan Aku Janji dan sentiasa dengan Kami Menurut Perintah. Warga Pendidik Malaysia sentiasa akur dan tabah memikul segala tanggung jawab untuk semua perubahan dan pembaharuan pendidikan, ia merangkumi kesan dan akibatnya sekali.
Cuma mungkin ada sedikit luahan dari para guru mengenai sistem yang berkaitan dasar baru pendidikan KSSR seperti SPPBS Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Itupun disebabkan para guru amat khuatir dan bimbang mengenai pembelajaran murid mereka. Guru-guru ini mulai risau bila fokus dan tumpuan mereka mengajar murid di dalam kelas terjejas kerana menguruskan dasar KSSR yang baru diperkenalkan itu.

Read More
Original Article: Guru Malaysia vs Guru Mexico
Permalink: http://www.hootoh.my/2013/08/guru-malaysia-vs-guru-mexico.html

Leave a comment