Tidak Mungkin Ranking Universiti Tempatan Top 100


Usah Mimpi Ranking Universiti Tempatan Top 100! Tidak Mungkin. Kebebasan autonomi akademik merupakan asas universiti yang cemerlang. Universiti di Malaysia sepatutnya bebas daripada campurtangan politik secara langsung dalam penyelidikan yang dilakukan. Namun hal ini gagal difahami pihak kementerian dan kerajaan Malaysia. 
Tidak Mungkin Ranking Universiti Tempatan Top 100
Merujuk Isu Jawatan Dekan UM Redzuan yang tidak dilanjutkan merupakan bukti campurtangan daripada pihak politik adalah satu Punca universiti di Malaysia sukar untuk maju. Siapakah Prof Redzuan  Extra: Muhyiddin should resign, not Prof Redzuan.
Oh Tidak! Muhyiddin telah banyak cemerlangkan pendidikan di malaysia dengan dasar yang bijaksana. Hootoh Blog sentiasa menyokong Kerajaan Malaysia.

Jangan memandai-mandai menyentuh perihal kecemerlangan akademik. Usah mimpi ranking Universiti Tempatan Top 100! tidak mungkin. Sekalipun benar wujudnya tekanan daripada Kementerian Pendidikan, namun sangat jelas kerajaan tidak mementingkan kebebasan akademik dan membuat keputusan berasaskan politik.
— Presiden PKAUM Prof Madya Dr Azmi Sharom
Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman diarahkan Kementerian Pendidikan supaya meletakkan jawatannya sebagai Pengarah UMcedel malah jawatan dekannya juga tidak diperbaharui. Difahamkan, Putrajaya tidak senang dengan Hasil kajian UMcedel apabila dilihat lebih selari dengan menifesto pihak pembangkang. Walaupun Hasil kajian itu terbukti apabila Pembangkang mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional. Namun kebenaran terabai kerana ia tidak menguntungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun 2013 lalu. – Merujuk The Malaysian Insider.

Kebebasan Autonomi Akademik Dicemari

Apabila Kebebasan Autonomi Akademik Dicemari. Satu Kajian dan metodologi oleh Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya yang telah terbukti kebenarannya telah membawa padah apabila hasilnya dilihat tidak menguntungkan Kerajaan Malaysia. Ia merupakan Kajian dan metodologi mengikut peraturan akademik, malah hasilnya terbukti benar sepertimana yang dijangkakan. Fakulti Sastera dan Sains Sosial dilihat berani membentangkan hasil kajian yang akan memberi masalah kepada pihak kerajaan demi Kebebasan Autonomi Akademik yang diamalkan selama ini.
Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) kecewa dengan tindakan Putrajaya memberikan tekanan kepada Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sehingga beliau meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Isu jawatan dekan Redzuan yang tidak dilanjutkan

Hari terakhir Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) sebelum jawatan dekan diambil alih secara rasmi oleh timbalannya, Prof Dr Md Sidin Ishak bermula Julai 2014. Majlis penyerahan tugas antara Redzuan dan Md Sidin diadakan dalam mesyuarat tertutup di pejabat pentadbiran FSSS. Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam responnya terhadap nasib Redzuan turut mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Felo Penyelidik Kanan UM. Saifuddin mengumumkan perletakan jawatan atas alasan prinsip kebebasan akademik dan solidariti terhadap Redzuan melalui akaun sosial miliknya.

Kesan Memalukan Universiti sebagai Institusi Pendidikan

Pihak Universiti menghormati prinsip dan keputusan yang dilakukan. Namun Apakah kesan kepada UM hanyalah memalukan Universiti sebagai institusi pendidikan. Lebih baik hanya menurut sahaja, kerana akhirnya mereka akan tunduk kepada arahan kementerian juga. kata Azmi. – 30 Jun, 2014.

Source: Tidak Mungkin Ranking Universiti Tempatan Top 100
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/tidak-mungkin-ranking-universiti.html

Lagu Tema Hari Kemerdekaan 57 Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


Download Lagu Tema Hari Kemerdekaan ke-57 Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Lirik Lagu Tema Hari Kebangsaan Ke-57 ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya manakala Lagu adalah ciptaan Sharon Paul. Penyanyi Lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta ialah Bob Yusof iaitu Penyanyi Lagu Patriotik Malaysia yang tidak asing lagi. Untuk Download Lagu Hari Kebangsaan ini sila Click pilihan Muat Turun Format MP3 Audio atau MP4 Video.

Lagu Hari Kemerdekaan 57  Tema Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dan Logo Hari Kebangsaan 2014
Sambutan Hari Kebangsaan 2014 iaitu Hari Kemerdekaan ke-57 dengan Tema Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Kepada yang ingin Download Logo Merdeka 2014, Sila ke pautan Logo Tema Hari Kebangsaan Ke-57. Sebagai usaha menghayati jiwa merdeka, berikut Hootoh Tudia sertakan Sarikata Lagu Tema Hari Kebangsaan 57 Malaysia. Jom nyanyi penuh semangat wahai blogger semua.

Video Lagu Tema Hari Keebangsaan 2014

Audio Lagu Tema Hari Keebangsaan 2014

Lirik Lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

Lagu Tema Hari Kemerdekaan 57 Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Sumber Lirik dan Lagu Hari Hari Kebangsaan Ke-57 merujuk (RTM) Radio Televisyen Malaysia. Lagu: Sharon Paul. Lirik: Ahmad Fedtri Yahaya. Penyanyi: Bob Yusof. Penyelaras: Bhg Perkhidmatan Muzik. Pemilik laman Hootoh.my tidak terlibat dalam mana-mana atau sebarang proses kerja atau hakcipta Lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Lagu Tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 ini.Semoga bermanfaat untuk semua.

Source: Lagu Tema Hari Kemerdekaan 57 Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/lagu-tema-hari-kemerdekaan-57-di-sini.html

Barakah Ramadan The doors to Everything Good


Salam Ramadhan Al Mubarak 1435 Hijrah. Tiada Kata-Kata Inspirasi atau Ucapan Ramadhan yang lebih istimewa dari Doa Kejayaan sesama Islam dalam mencari Barakah Ramadan The doors to Everything Good dan Malam Lailatul Qadar the Night of Destiny, Night of Power, Night of Value, the Night of Decree or Night of Measures (Lail al-Qadr). Ya Allah! Open for me The doors to everything Good. In Sya Allah.

Barakah Ramadan The doors to Everything Good

Ya Allah! Open for me the doors to everything good..
The doors to peace and secyourity, The doors to knowledge, The doors to health and wellness, The doors of YOUR barakah, The doors to strength and perseverance, The doors to YOUR blessings, The doors to YOUR forgiveness, The doors to love and care, The doors to YOUR mercy, The doors to YOUR sustenance, The doors to Jannah! Oh Allah! The Most Gracious! The Most Merciful!
Ameen..

Ahlan wa Sahlan wa Marhaban yaa Ramadhan

Welcome Ramadan Al Mubarak 2014, the Islamic holy month of fasting. Much more respect to all Muslims who look forward to the Holy month of Ramadan which is full of goodness and blessings. Both Muslim and Muslimah start to fast a little earlier than sunrise and break it at sunset and also stop themselves from all the evil and bad things and habits throughout the fast.

Rich people get a chance to realize what hunger and thirst is and at the same time come forward to help the poorer. We can make Allah happy in various ways in the month of Ramadan as we fast for Allah and He will give us reward for our fasting. Be really good not only this month but at all the time. In Sya Allah

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Ceriakan Bulan Ramadahan ini dengan perkongsian pautan bermanfaat seperti berikut

As the Pelita 7 Likur light flame, Your life may always be happiness claim.
As the mountain high, You move without sigh. Like the white linen flair, Purity is always an affair. As sunshine creates morning glory, fragrance fills years as flory. With the immaculate eternal smile, attached to u mile after mile. All darkness is far away, as light is on its way.

Hootoh Blog Wish all of u a Barakah Ramadan The doors to Everything Good and very Happy Salam Ramadan Al-Mubarak.

Source: Barakah Ramadan The doors to Everything Good
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/barakah-ramadan-doors-to-everything-good.html

Waktu Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 1435H/2014M


Waktu Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 1435H/2014M
Jadual Waktu Berbuka Puasa 1435H/2014M bagi Negeri-negeri seluruh Malaysia dan Waktu Imsak. Welcome Ramadhan, the Islamic holy month of fasting.

The Blessed Month of Ramadan the best season for offering good deeds and gaining reward. Syukur Alhamdulillah! tentunya para muslim telah mempersiapkan diri dan jiwa untuk menyambut ketibaan bulan kesempatan yang tiada taranya, Ramadhan serba istimewa dan amat dirindui ini.

Di kesempatan ini juga Hootoh Tudia ingin berkongsi Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Malaysia 1435H/2014M sebagai rujukkan kita bersama.

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Seluruh Malaysia 1435H/2014M (Mengikut Negeri)

*Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
*Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Jadual Berbuka Puasa Malaysia 2014M/1435H

Download Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak mengikut negeri-negeri di seluruh Malaysia bagi Tahun 1435H/2014M. Puasa itu adalah Ramadhan, Ramadhan itu nikmat, nikmat itu rahmat, rahmat itu berkat, berkat itulah ikhlas, ikhlas itu berserah diri, berserah diri itu, mengembalikan segala kenikmatan nikmat diri kepada Allah s.w.t. “Aku tidak ada, tidak punya dan tidak memiliki sesuatu selain Allah“. Terimalah Ibadah Hambamu di Bulan Penuh Berkaat ini dan dipertemukan kami dengan Malam Lailatul Qadar 1435H.

Source: Waktu Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 1435H/2014M
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/waktu-berbuka-puasa-seluruh-malaysia.html

Tema dan Logo Kemerdekaan 57 Malaysia Tahun 2014


Tema dan Logo Kemerdekaan 57 Malaysia Tahun 2014

Logo dan Tema Kemerdekaan ke 57 Malaysia Tahun 2014 dengan Tema Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Logo Kemerdekaan 57 Tahun 2014 Malaysia ini merujuk Laman Web Rasmi dan disebarkan melalui Facebook Jabatan Penerangan Malaysia. Sambutan Hari Kemerdekaan 57 Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Click Banner untuk Download Logo Kemerdekaan Malaysia.

Source: Tema dan Logo Kemerdekaan 57 Malaysia Tahun 2014
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/tema-dan-logo-kemerdekaan-57-malaysia.html

Cara Atasi Kesesakan di Pasar Ramadhan


Cara Atasi Kesesakan di Pasar Ramadhan

Teknik dan Panduan Bijak Berbelanja di Bulan Ramadhan. Cara Mengatasi Kesesakan di Pasar Ramadhan. Terutamanya ketika membeli juadah berbuka di Bazar Ramadhan ketika waktu puncak. Pastinya keadaan sesak menyukarkan anda bergerak. Panduan ini sesuai digunakan untuk mereka yang ingin membeli juadah berbuka puasa secara bersendirian.

Pilih Laluan Bijak Pintu Bazar Ramadhan

Kebiasaan sebuah Pasar Ramadhan Popular pastinya agak sesak. Oleh itu untuk kelancaran dibuka dua pintu untuk keluar masuk. Satu di hujung sebelah kiri, satu di hujung sebelah kanan. Jika diperhatikan ramai orang masuk dari pintu kiri, mungkin disebabkan berdekatan jalan utama, dekat dengan stesen minyak atau sebagainya. Pastinya ia menjadi laluan masuk yang sesak.
Maka, sila gunakan pintu sebelah kanan agar dapat elakkan aliran pergerakan terlalu sibuk dan terhenti-henti. Walaupun akan mengalami kesukaran untuk bergerak, namun disebabkan pintu kiri ini digunakan pengunjung untuk pulang. Maka alirannya lebih lancar dan pastinya menjimatkan masa anda untuk membeli juadah berbuka.

Ekori Laluan Pengunjung Menguntungkan

Ikut belakang pengunjung yang datang bawa anak kecil atau warga emas. Ia merupakan teknik yang licik namun amat bijaksana. Ekori Laluan Pengunjung Menguntungkan. Apabila seseorang membawa anak ke Pasar Ramadhan, semestinya keselamatan anak adalah paling utama. Kalau boleh hendak anak mereka akan sentiasa berada di sisi mereka. Kebanyakkan pengunjung di kawasan pasar yang sesak, mereka akan memberi ruang apabila melihat kanak-kanak ada di hadapan.
Maka, berada di belakang pengunjung beranak kecil akan membuka peluang untuk berjalan dengan lebih selesa. Kemungkinan ruang yang luas dan lancar terbuka untuk anda. Dengan santai anda boleh berjalan perlahan-lahan di belakang mereka tanpa gangguan aliran manusia.

Panduan di Pasar Ramadhan

Perkongsian tips membeli juadah berbuka ini merupakan perkongsian Admin Tutorialuntukblog berdasarkan pengamatan beliau sendiri. Tips dan Teknik yang amat diperlukan Cara Atasi Kesesakan di Pasar Ramadhan.

Source: Cara Atasi Kesesakan di Pasar Ramadhan
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/cara-atasi-kesesakan-di-pasar-ramadhan.html

Jika Mahu Bonus dan Naik Elaun Sokonglah GST


Jika Mahu Bonus atau Naik Elaun Sokonglah GST. Terima Kasih GST kerajaan Malaysia boleh menimbangkan pelbagai permintaan termasuk kenaikan elaun dan bonus penjawat awam. Melaksanakan GST adalah Pengorbanan Kerajaan untuk Rakyat. Itulah sebabnya Kenapa Rakyat Mesti Sokong GST. Semakin bertambah hasil negara daripada Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), semakin kaya dan mewahlah kehidupan rakyat Malaysia. Berdebar dan Tak Sabar pula rasanya, chewah..
Jika Mahu Bonus dan Naik Elaun Sokonglah GST
Terima Kasih kerana melaksanakan GST di Malaysia
Adakah ini bermaksud GST dilaksanakan bagi memenuhi bermacam-macam permintaan oleh rakyat Malaysia. GST perlu dilihat sebagai satu pengorbanan besar yang dilakukan para menteri untuk rakyat Malaysia. Hanya Allah saja dapat membalas Jasa dan Pengorbanan para menteri di Malaysia. Jasamu akan dikenang selam-lamanya

GST diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2014 di Parlimen Oktober tahun lepas dan akan dilaksanakan mulai 1 April 2015, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan. Malaysia berharap Sistem GST dapat menampung hutang negara yang semakin meningkat yang berpunca dari ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran dan sistem ekonomi negara.

Kenapa Rakyat Mesti Sokong GST

Apabila Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam) meminta tambahan elaun, bonus dan sebagainya, Kerajaan perlu laksanakan GST sebagai hasil pendapatan tambahan baharu negara. Barulah kerajaan akan pertimbangkan dan memenuhi permintaan seluruh rakyat untuk menjadi kaya raya. Extra: Keanehan GST Malaysia Semakin Nanar.

GST Pengorbanan Kerajaan untuk Rakyat

Para menteri pentadbiran berusaha keras meningkatkan ekonomi negara. Namun sistem cukai lama banyak berlaku masalah wang yang tidak diketahui puncanya. Oleh itu dengan terlaksananya Sistem GST yang lebih telus serta efisien ini dapatlah kerajaan menguruskan wang hasil cukai itu untuk diagihkan kepada rakyat jelata. GST patut dilihat sebagai satu pengorbanan besar yang dilakukan para menteri untuk rakyat Malaysia.

Rasional GST Malaysia

Rasional pelaksanaan GST perlu difahami masyarakat di setiap peringkat sebagai suatu sistem yang mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat. Pelaksanaan GST Bukan untuk membebankan Rakyat sebaliknya untuk memperkukuhkan hasil negara yang kemudian diagihkan kembali kepada rakyat. Segala yang dilakukan hanya untuk rakyat semata-mata. #GST

Source: Jika Mahu Bonus dan Naik Elaun Sokonglah GST
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/jika-mahu-bonus-dan-naik-elaun.html

Keanehan GST Malaysia Semakin Nanar


GST Malaysia Semakin Nanar. Keanehan Pengakuan GST Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan dan Timbalan Menteri Kementerian Kewangan berbeza dan tidak sama. Adakah mereka memperkatakan GST yang berbeza atau mungkin Malaysia melaksanakan GST mengikut Kasta yang berbeza. Harga Barang Dan Inflasi Akan Naik atau Semakin Turun. Ada sesiapa boleh bagi Hint untuk soalan Teka teki GST yang semakin mencabar ini..

Keanehan GST Malaysia Semakin Nanar

Adakah GST Malaysia Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan itu GST yang berbeza. Semakin hari GST semakin Nanar. Harga Barang akan Meningkat selepas GST dilaksanakan kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan. Manakala Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan pula menyatakan Harga Barang di Malaysia akan turun disebabkan GST. Siapa Benar dan Siapa Tipu perihal Kesan GST kepada Harga Barang di Malaysia. TBN:Tahun Barang Naik – Bukan Cerita orang Dewasa.
Keanehan GST Malaysia Semakin Nanar
Antara kata-kata Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan. Dari segi sejarah, Timbalan Menteri Ahmad Maslan lebih Berkualiti Kemelayuannya dan amat berpujangga ketika berkata-kata. Hootoh masih ingat kata-kata beliau seketika dahulu
Tiga peratus adalah mereka yang pemalas. Mereka lebih buruk dari sekadar malas. Terdapat 300,000  yang hanya duduk dan tidak melakukan apa-apa. Kesimpulannya rakyat Malaysia pemalas.
— Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan

GST Siapa Benar dan GST Siapa Tipu

Memandangkan Otak dan Akal yang dianugerahkan Allah kepada kita semua berada dalam keadaan sihat. Sudah tentu kita faham, tidak pernah sekalipun Cukai diperkenalkan akan menguntungkan rakyat. Namun begitu ada sekejap-sekejapnya manusia juga boleh jadi bodoh-bodoh comel gitu, haa… Insaflah Extra: Kesan GST dalam Kenduri Kahwin
Mungkin Cukai GST Aneh kepada Hootoh yang bukannya dari bidang ekonomi rumahtangga! Walaupun mereka-mereka agak nanar namun Syukur Alhamdulillah kerana Kenaikan Harga Barang secara terus menerus ini tidak terlalu tinggi setelah setahun GST dilaksanakan. Ketika itu, Malaysia mungkin akan berjaya mengatasi Singapura dan Australia dalam Peningkatan Inflasi. Ada yang meramalkan kadar inflasi akan meningkat ke 6%. Usaha untuk menyelamatkan ekonomi negara akan menjadi semakin rumit apabila Malaysia melaksanakan pengurangan subsidi secara berperingkat dan menaikkan harga petrol secara diam-diam di saat rakyat berusaha untuk terus hidup bersama cukai-cukai sampingan yang perlu ditanggung.

Malaysia Nombor 1 Hebat hingga ke akhir hayat

Jika melihat pada keadaan yang sentiasa tidak menyebelahi Malaysia. Para pemimpin negara akan terus berusaha meningkatkan motivasi rakyat dangan menggunakan perkataan-perkataan baharu dan beraras tinggi yang sukar difahami oleh semua bagi memaklumkan kejayaan Malaysia di peringkat antarabangsa. Selain Malaysia sentiasa nombor 1 di mata dunia, negara-negara maju lainnya berpusu-pusu ingin melabur di Malaysia kerana kekayaan negara dan kestabilan ekonomi yang sentiasa Hebat hingga ke akhir hayat.
Selepas melakukan perkiraan yang mengutamakan rakyat memandangkan Petrol tidak dikenakan GST. Maka Petrol berkemungkinan diperkenalkan Cukai Kepenggunaan. Rakyat Malaysia akan mendapat untung apabila semakin banyak penggunaan petrol maka semakin banyak cukai akan dibayar oleh rakyat. Apabila beberapa perkiraan menggunakan formula rumit dilakukan, ia menunjukkan Rakyat Malaysia akan Kaya Raya. Sungguh, tolonglah percaya. Katanya rakyat yang tak padai kira-kira tak boleh faham formula rumit ini.

Source: Keanehan GST Malaysia Semakin Nanar
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/keanehan-gst-malaysia-semakin-nanar.html

Gol Terpantas World Cup 2014 (Saat ke 30) Clint Dempsey


Gol Terpantas World Cup 2014 Saat ke 30 Clint Dempsey
Jaringan Gol Terpantas World Cup 2014 pada 30 saat pertama perlawanan dimulakan. Jaringan Clint Dempsey Fastest goals in 2014 FIFA World Cup. Tonton Gol 30 saat jaringan Clint Dempsey yang juga menduduki tempat ke 5 dalam Rekod The Fastest goals in World Cup history oleh FIFA. Extra: 10 Rekod Jaringan Terpantas dalam sejarah Bola Sepak Dunia.

Aksi Gol Terpantas World Cup 2014

10 Gol Terpantas dalam Sejarah World Cup

  • 11 seconds: Hakan Sukur of Turkey (2002) Vs South Korea
  • 16 seconds: Vaclav Masek of Czechoslovakia (1962) Vs Mexico
  • 25 seconds: Ernst Lehner of Germany (1934) Vs Austria
  • 27 seconds: Bryan Robson of England (1982) Vs France
  • 29 seconds: Clint Dempsey of USA (2014) Vs Ghana
  • 30 seconds: Bernard Lacombe of France (1978) Vs Italy
  • 35 seconds: Emile Veinante of France (1938) Vs Belgium
  • 35 seconds: Arne Nyberg of Sweden (1938) Vs Hungary
  • 50 seconds: Florian Albert of Hungary (1962) Vs Bulgaria
  • 50 seconds: Adalbert Desu of Romania (1930) Vs Peru

Jaringan Terpantas Gol Clint Dempsey pada 30 saat pertama

Jaringan Gol Clint Dempsey pada 30 saat pertama perlawanan antara USA vs Ghana adalah Jaringan Terpantas di Piala Dunia 2014. Sepakan kencang kaki kiri sebaik sahaja melepasi pertahanan Ghana tepat menembusi gawang pasukan lawan. Perlawanan peringkat kumpulan 2014 FIFA World Cup itu berkesudahan dengan kemenangan di pihak USA dengan 2-1. Aksi Gol Piala Dunia 2014 Brazil.

Source: Gol Terpantas World Cup 2014 (Saat ke 30) Clint Dempsey
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/gol-terpantas-world-cup-2014-saat-ke-30.html

Maksud Merah Jambu Warna Syahwat


Apa itu Warna Syahwat dan maksudnya? Merah Jambu menurut kata Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, Warna Pink ini merupakan Warna Syahwat. Wah! kali pertama mengetahuinya. Adakah Pink warna Lucah? atau bermaksud Keghairahan Seksual? Stop! Aduyai.. nanti Geng Pinky sentap weh! Warna Syahwat yang dimaksudkan adalah Semangat Dalaman dan bukan nafsu yang mendorong ke arah seksual. 

Maksud Merah Jambu Warna Syahwat

Oh! Macamtu rupanya. Ingat Pink, ingat Syahwat! Ya, Warna Syahwat itu adalah warna semangat. Oleh itu Marilah kita berpakaian bewarna Merah Jambu untuk meningkatkan tahap semangat dalam kehidupan.

Pink Warna untuk Berkasih Sayang

Dari Kata-Kata Ceramah Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, Warna (pink) Merah Jambu akan meningkatkan motivasi kerja seseorang. Pink juga sinonim dengan warna berkasih sayang. Satu warna istimewa yang memiliki pesona yang mampu melembutkan jiwa seseorang. Manakala Ruang bewarna Merah Jambu diakui mampu mewujudkan suasana romantik.

Maksud Merah Jambu Warna Syahwat

Merah Jambu Aura Feminin

Merah Jambu merupakan warna kuat aura femininnya dan telah didominasi oleh kaum hawa secara total sehinggakan kaum lelaki segan untuk mengenakan warna pink dalam kehidupan seharian mereka. Walaupun ada lelaki yang berani mencuba namun aura feminin dalam Kelembutan Merah Jambu segera menarik tumpuan ramai hingga timbul rasa tidak selesa. Ia diakui oleh Fahrin Ahmad yang gemar Baju bewarna Pink ini. Tiba-tiba rasa nak dengar Lagu Kumpulan Feminin pulak.. Oh Memori. Maksud Merah Jambu Warna Syahwat.

Source: Maksud Merah Jambu Warna Syahwat
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/06/maksud-merah-jambu-warna-syahwat.html