Buku Pelan PPB Guru dan Pemimpin Sekolah


Download Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) Guru dan Pemimpin Sekolah Edisi 2014. Merujuk Portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Pemberitahuan  mengenai Pautan Muat Turun Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan.

Buku Pelan PPB Guru dan Pemimpin Sekolah

Panduan Muat Turun  Buku Pelan PPB

Warga Pendidik dikehendaki Memasukkan No. Kad Pengenalan dan Klik Butang Hantar untuk pengesahan sebelum ke paparan seterusnya bagi proses Download Buku Pelan PPB dan Power Point Slide PPB. Bersama-samalah kita memperkasa profesion keguruan. Sila ke Pautan Tambahan Pelan Pembangunan Profesional Berterusan untuk memulakan proses Muat Turun.

Download Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Apa itu Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Secara ringkasnya #PPPB ialah usaha untuk melengkapi pembangunan profesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan pembangunan profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan. Semua bahan dan maklumat adalah sepertimana yang diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Guru Malaysia.


Source: Buku Pelan PPB Guru dan Pemimpin Sekolah
Permalink: http://www.hootoh.my/2015/01/buku-pelan-ppb-guru-dan-pemimpin-sekolah.html

25 Contoh Penulisan Refleksi Selepas Sesi P&P


Panduan dan Cara menulis Refleksi dalam Buku RPH. Contoh Penulisan Refleksi selepas tamat sesi (P&P) Pengajaran dan Pembelajaran dalam Buku Rekod Pengajaran Harian (RPH). Untuk Muat Turun sila ke Pautan Download Contoh Penulisan Refleksi Selepas Sesi P&P.

25 Contoh Penulisan Refleksi Selepas Sesi P&P

Contoh Refleksi di akhir Sesi P&P

  1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ……..
  2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / ……..
  3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
  4. Murid berjaya menguasai konsep ……..
  5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
  6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.
  7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
  8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
  9. Perlu memberikan lebih  masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan baru.
  10. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
  11. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
  12. Periksa sama ada murid membawa ……… ke dalam kelas.
  13. Cari lebih banyak contoh ……… untuk membantu murid lebih memahami ………
  14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.
  15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan …….. semasa pengajaran.
  16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
  17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang.
  18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
  19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
  20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.
  21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.
  22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan ……..
  23. Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ………
  24. Gerakan ……… dan ……… ke hadapan pada P&P akan datang.
  25. Beri pujian ……… kerana usaha yang bersungguh-sungguh.

Panduan Menulis Refleksi Selepas P&P

Contoh-contoh Penulisan Refleksi Selepas Sesi P&P ini adalah merujuk bahan-bahan pendidikan yang dikongsikan di Laman Linguistik. Cara penulisan mungkin tidak lagi releven seandainya berlaku perubahan baharu dalam sistem pendidikan di masa akan datang. Warga pendidik disarankan terlebih dahulu memastikan bahan perkongsian ini sesuai mengikut peraturan dan ketetapan yang dibuat di institusi masing-masing.


Source: 25 Contoh Penulisan Refleksi Selepas Sesi P&P
Permalink: http://www.hootoh.my/2015/01/25-contoh-penulisan-refleksi-selepas.html

Kerosakan Banjir Sekolah di Terengganu RM14 juta


Kerajaan Negeri Terengganu menganggarkan nilai kerosakan barangan dan infrastruktur sekolah yang dilanda Banjir 2014 di negeri ini lebih daripada RM14 juta. Kesan Kerosakan Banjir tersebut melibatkan kerosakan seperti tandas, bangunan pejabat, kelengkapan perabot, buku teks, pendawaian eletrik serta peralatan eletrik melibatkan 192 sekolah yang ditenggelami air dan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan. sekolah di tiga daerah yang paling terjejas iaitu Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun.

Kerosakan Banjir Sekolah di Terengganu RM14 juta
Keadaan di SMK Manek Urai Kelantan

Nilai Kerosakan Prasarana, Barangan dan Infrastruktur Sekolah terlibat banjir di Terengganu yang dianggarkan melebihi RM14 juta hanyalah anggaran awal. Penilaian sebenar jumlah kerosakan masih dalam proses perlaksanaan dan Laporan kerosakan akibat banjir secara terperinci akan siap tidak lama lagi. Sumber: Terengganu anggarkan nilai kerosakan prasarana dan barangan sekolah lebih RM14 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib melalui Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu akan membuat permohonan segera untuk membaik pulih kerosakan secepat mungkin kepada Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyediakan Keperluan Sesi Persekolahan 2015 yang akan bermula tidak lama lagi.


Source: Kerosakan Banjir Sekolah di Terengganu RM14 juta
Permalink: http://www.hootoh.my/2015/01/kerosakan-banjir-sekolah-di-terengganu.html

DSKP dan Template Offline Tahun 3


Download DSKP Tahun 3 dan Borang Pelaporan (Template Offline) Tahun 3 untuk semua Mata Pelajaran. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Template Pelaporan Offline Tahun 3 mengikut Subjek dan Mata Pelajaran KSSR sekolah rendah kebangsaan di seluruh Malaysia. Bahan Muat turun merujuk sumber dari Kementerian Pendidikan sepertimana berikut

DSKP dan Template Offline Tahun 3
Entri Berkaitan

Download DSKP Tahun 3








Download Borang Pelaporan Offline Tahun 3















BAHASA TAMIL (SJK)

BAHASA TAMIL (SK)



Source: DSKP dan Template Offline Tahun 3
Permalink: http://www.hootoh.my/2015/01/dskp-dan-template-offline-tahun-3.html

DSKP dan Template Offline Tahun 2


Download DSKP Tahun 2 dan Borang Pelaporan (Template Offline) Tahun 2 untuk semua Mata Pelajaran. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Template Pelaporan Offline Tahun 2 mengikut Subjek dan Mata Pelajaran KSSR sekolah rendah kebangsaan di seluruh Malaysia. Bahan Muat turun merujuk sumber dari Kementerian Pendidikan sepertimana berikut

DSKP dan Template Offline Tahun 2
Entri Berkaitan

Download DSKP Tahun 2








Download Borang Pelaporan Offline Tahun 2















BAHASA TAMIL (SJK)

BAHASA TAMIL (SK)



Source: DSKP dan Template Offline Tahun 2
Permalink: http://www.hootoh.my/2015/01/dskp-dan-template-offline-tahun-2.html

DSKP dan Template Offline Tahun 1


Download DSKP Tahun 1 dan Borang Pelaporan (Template Offline) Tahun 1 untuk semua Mata Pelajaran. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Template Pelaporan Offline Tahun 1 mengikut Subjek dan Mata Pelajaran KSSR sekolah rendah kebangsaan di seluruh Malaysia. Bahan Muat turun merujuk sumber dari Kementerian Pendidikan sepertimana berikut

DSKP dan Template Offline Tahun 1

Download DSKP Tahun 1








Download Borang Pelaporan Offline Tahun 1















BAHASA TAMIL (SJK)

BAHASA TAMIL (SK)



Source: DSKP dan Template Offline Tahun 1
Permalink: http://www.hootoh.my/2015/01/dskp-dan-template-offline-tahun-1.html

Sesi Persekolahan 2015 Negeri Terjejas Banjir


Penggal Persekolahan 2015 bagi Negeri Terjejas Banjir mungkin ditangguhkan pada tarikh sesuai. Kementerian Pendidikan sedang menimbang Penangguhan Sesi Sekolah 2015 bagi negeri yang terlibat sebagai Pusat Pemindahan Banjir dan Terjejas akibat Banjir susulan banyak sekolah yang terjejas akibat Banjir di Pantai Timur, terutamanya Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Sesi Persekolahan 2015 Negeri Terjejas Banjir

Penggal Persekolahan 2015 Mungkin Ditangguhkan

Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, KPM sedang menunggu laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri sebelum keputusan Menangguhkan Sesi Persekolah 2015 dibuat sebelum memutuskan sekolah akan dibuka pada 5 Januari mengikut Takwim Persekolahan 2015 atau sebaliknya.

Sebahagian besar sekolah di negeri yang terjejas akibat banjir masih dijadikan Pusat Pemindahan Banjir dan tidak sesuai dijadikan tempat untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi guru dan murid-murid. Mengenai kerosakan peralatan di sekolah, kementerian pendidikan belum menerima laporan kerosakan memandangkan banjir masih belum pulih sepenuhnya.


Source: Sesi Persekolahan 2015 Negeri Terjejas Banjir
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/12/sesi-persekolahan-2015-negeri-terjejas.html

Panduan Pelaksanaan SPS 2015


Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 2015. Download Garis Panduan SPS 2015 yang disertakan bersama Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 21. Sistem Pengurusan Sekolah akan dilaksanakan di semua Sekolah Harian di seluruh negara bermula 1 Januari 2015. Sistem SPS  ini mengintegrasikan tiga sistem utama kementerian iaitu EMIS, e-Operasi dan APDM. Sistem Pengurusan Sekolah #SPS2015 boleh diakses melalui alamat apps4.moe.gov.my/sps.

Panduan Pelaksanaan SPS 2015
Download Garis Panduan SPS 2015 (Click Image)

Pengemaskinian Maklumat Sekolah, Guru dan Murid

Semua urusan Pengemaskinian Maklumat perlu dilakukan terlebih dahulu mengikut bahagian-bahagian yang telah ditetapkan. Sebagai panduan untuk proses kemaskini maklumat, sila rujuk tetapan berikut

Modul Pengurusan Sekolah – EMIS
Untuk Perlaksanaan Pengemaskinian Maklumat berkaitan Sekolah
Modul Pengurusan Guru – eOperasi
Untuk Perlaksanaan Pengemaskinian Maklumat berkaitan Guru
Modul Pengurusan Murid – APDM
Untuk Perlaksanaan Pengemaskinian Maklumat berkaitan Murid

Download Garis Panduan Perlaksanaan SPS 2015

Pelaksanaan SPS 2015 adalah merujuk Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21 Tahun 2014 – Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah boleh Dimuat Turun di Panduan SPS 2015 – Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. #SPS2015


Source: Panduan Pelaksanaan SPS 2015
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/12/panduan-pelaksanaan-sps-2015.html

Keputusan Peperiksaan UPKK 2014


Keputusan UPKK Terbaik untuk tempoh tiga tahun. Ujian Penilaian Kelas Kafa 2014 seluruh negeri mencapai keputusan cemerlang dengan Kelulusan 100 Peratus tanpa D. Keputusan peperiksaan UPKK 2014 diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia #Jakim Datuk Othman Mustapha di Putrajaya. #UPKK

Keputusan Peperiksaan UPKK 2014

Semak Keputusan UPKK Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Peperiksaan UPKK 2014 mencatatkan Sebanyak 27,614 orang calon (15.29 peratus) memperoleh agregat 8A pada tahun ini berbanding 22,608 orang calon (12.22 peratus) tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 3.1 peratus. Melaka merupakan negeri tertinggi memperoleh peratus agregat 8A iaitu 26.7 peratus, diikuti Wilayah Persekutuan (23.76 peratus) dan Sabah (21.71 peratus).

Pihak sekolah yang terlibat menjadi pusat peperiksaan UPPK 2014 boleh mengambil keputusan UPKK tersebut selepas tarikh 22/12/2014 tersebut di Pejabat Agama Daerah masing-masing.

Mata pelajaran Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 100 peratus, diikuti bidang al-Quran mencapai 99.36 peratus lulus. Tahniah kepada Guru KAFA atas kejayaan Keputusan peperiksaan UPKK 2014 yang mencatatkan pencapaian terbaik bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.


Source: Keputusan Peperiksaan UPKK 2014
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/12/keputusan-peperiksaan-upkk-2014.html

Surat Murid 9 Tahun kepada Guru yang Luar Biasa


Surat seorang murid berumur 9 Tahun kepada seorang guru (Gay) Homoseksual tersebar di internet dan menjadi popular sekelip mata. Luahan Kata-kata seorang murid yang pasti menyentuh hati gurunya. Seluruh dunia terharu dengan surat yang ditulis murid tersebut. Malah ramai yang memuji kehebatan guru tersebut dan menganggap objektif serta nilai murni yang ingin disampaikan Berjaya memupuk sikap Anti Buli dikalangan murid-muridnya.

Surat Murid 9 Tahun kepada Guru yang Luar Biasa

Dear Mr (NAME REMOVED)
Even though you’re gay, I will always treat you the same way as I do now. I still think about you the same way as I used to. You’re a great teacher and these are just some of the word’s that I would describe you as: great, amazing, fantastic, brilliant, awesome and brave.
The reason why I say brave, is because you shared a personal secret, which was very brave. You don’t have to feel scared because I know that everyone in the class feels the same way as I do.
From (NAME REMOVED)
x ❤ x
P.S. Mr (NAME REMOVED), we are all proud of you.

Segalanya bermula apabila Guru Sekolah Rendah tersebut ingin menyampaikan nilai-nilai murni dan memupuk sikap anti-buli di kalangan muridnya. Untuk memberi kesan yang mendalam, guru tersebut memutuskan untuk berdiri di hadapan kelas dan memaklumkan kepada murid-murid bahawa beliau seorang lelaki gay

Semua murid terdiam, mendengar kenyataan dari gurunya. Namun, setelah kelas berakhir, Guru yang mengaku seorang Gay itu menerima sekeping surat dari muridnya, gadis kecil yang ikhlas menyokong gurunya. A 9-Year-Old Girl Sent This Beautiful Letter To Her Teacher menjadi viral di laman maya. Surat Murid 9 Tahun kepada Guru Popular Sekelip Mata.


Source: Surat Murid 9 Tahun kepada Guru yang Luar Biasa
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/12/surat-murid-9-tahun-kepada-guru-yang.html