Menggeleng Namun Hati Tak Berpaling


Mengangguk tapi Hati tak Tunduk. Ada masanya, lebih baik Menggeleng namun Hati tak Berpaling. Sudah adat dunia, yang tak tabah mudah kalah dan yang tak tenang cepat kecundang. Oleh itu, sebelum berkata-kata bertenanglah di sebalik sabar agar minda bisa mencipta ilham dengan izin-Nya. Sesiapa saja cepat Hilang Sabar Bila Keistimewaan menjadi Keutamaan kerana kita adalah manusia.
Menggeleng Namun Hati Tak Berpaling
Dalam menempuh Kehidupan Bermasyarakat, jangan selalu berlakunya Terlajak Kata kerana jika patah kaki jalannya tempang dan jika patah hati jalannya pasti menyimpang. Biar lah buruk perut jangan buruk mulut dan biar buruk kaki jangan busuk hati. – Abdul Rashid Abdul Majid
Ini Era Globalisasi gaya Pesanan Ringkas Inspirasi Kehidupan Pantas. Berita dan segala maklumat bertali arus tersebar luas. Fitnah Akhir Zaman yang amat Halus. Banyak didengar sedikit yang benar dan banyak ditimbul sedikit yang betul hingga berlakunya pertelingkahan sesama kita. Sungguh tidak berguna jika kita Bertengkar saling mengaku benar dan berbalah saling menuduh salah. Terpandang baik bawa berbincang dan terlihat baik bawa muafakat. Bersederhanalah, Bersungguh mudah berbuat tetapi terpengaruh mudah terlibat.

Menggeleng Namun Hati Tak Berpaling

Inspirasi dari Puisi Patah Minat Hilang Patah Hati Hilang Berani yang ditulis oleh Aram Seriteratai. Short saying drawn from long experience. One man’s wit is all men’s wisdom.

Source: Menggeleng Namun Hati Tak Berpaling
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/04/menggeleng-namun-hati-tak-berpaling.html

Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Usahawan Muda Malaysia (MaGIC)


MaGIC Malaysian Global Innovation & Creativity Centre. Jika kita mahu mengubah dunia, kita perlu bermula dengan anak-anak muda. Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) kini  menyediakan peluang kepada usahawan muda Malaysia merealisasikan impian mereka. Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama merasmikan Pelancaran MaGIC Pusat Inovasi Dan Kreativiti Malaysia di mana Usahawan (1MET) 1Malaysia Entrepeneurs diberi bimbingan lanjutan. Additional Article: Hubungan Malaysia Amerika seperti Adik beradik. Mesti baca!
Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Usahawan Muda Malaysia MaGIC

Apa itu MaGIC (Malaysian Global Innovation & Creativity Centre)

Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) penggalak Usahawan Bumiputra. Ia merupakan ekosistem atau pusat yang membolehkan Usahawan Muda Malaysia menyalurkan semangat dan menghasilkan idea dan membangunkan idea-idea mereka kepada usaha perniagaan yang berjaya.
MaGIC (Malaysian Global Innovation & Creativity Centre) ultimately aims to transform Malaysia into a dynamic entrepreneurial nation by enabling domestic and international entrepreneurs to successfully start and grow their businesses. It will create a full-service ecosystem to attract the best global and local talent and inspire a new wave of entrepreneurs.
MaGIC is designed to become a one-stop centre for entrepreneurs, which will provide every facility an entrepreneur will need – from obtaining funding from banks or venture capitalists to providing incubators for developing start-ups to improve their products or services. It will also help with intellectual property registration and provide facilities for training, coaching and mentoring.
Malaysian Global Innovation & Creativity Centre

Najib Razak dan Barack Obama Pelancaran MaGIC Malaysia

Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC). Di sinilah peranan kerajaan. Kerajaan telah menyediakan ekosistem untuk Usahawan Muda Malaysia. Jika Malaysia mahu berubah menjadi negara berpendapatan tinggi, negara memerlukan orang yang boleh mengubah idea-idea untuk menjana kekayaan.

Source: Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Usahawan Muda Malaysia (MaGIC)
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/04/pusat-inovasi-dan-kreativiti-global.html

Gubal Akta Baharu Rokok dan Peraturan Produk Tembakau


Akta Baharu Untuk Perokok dan Hasil Produk Tembakau akan diperkenalkan tidak lama lagi. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggubal Akta Baharu ini mungkin kerana Akta sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983 di dapati tidak lagi menguntungkan Kerajaan Malaysia yang bakal melaksanakan GST tidak lama lagi.
Gubal Akta Baharu Rokok dan Peraturan Produk Tembakau
Tergiang lagu perihal rokok, Longview dari Album Dookie oleh Band Green Day

I’m so damn bored, I’m going blind and I smell like shit
I’ve got no motivation. Where is my motivation?
No time for the motivation. Smoking my inspiration 

Itulah rangkap lagu yang selalu tergiang apabila Isu Rokok diperkecohkan oleh pihak-pihak tertentu yang kononnya mementingkan kesihatan lebih dari segala-galanya. Sedangkan poster Kempen Anti Rokok pun masih bergambar sama untuk beberapa tahun. Tagline “Katakan Tak Nak” pun sudah mula lusuh ditelan masa. I’ve got no motivation. Where is my motivation?

Kenaikan Harga Minyak, Penghapusan Subsidi dan Menaikkan Cukai Tembakau mungkin tidak mampu menampung ketirisan yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Berlakunya perubahan pasitif tabiat perokok biasa ke rokok elektronik sepatutnya mendapat sokongan Kementerian Kesihatan sekiranya mereka jujur dan ikhlas memikirkan keadaan kesihatan masyarakat Malaysia. Malangnya Kumpulan kecil perokok elektronik ini ditentang pula oleh Pengamal Perubatan di Malaysia.
Gubal Akta Baharu Rokok dan Peraturan Produk Tembakau
Peningkatan penyeludupan rokok akibat kenaikkan harga yang dilakukan sewenang-wenangnya di Malaysia mula memberi kesan buruk. Hasil Cukai Rokok tidak seperti diharapkan. Situasi semakin mendesak setelah diduga dengan Tragedi MH370. Demi menjaga kesinambungan plot-plot manggis, serpihan, aksi bomoh, kotak hitam, signal ping, ribut taufan, konsert liar dan berbagai-bagai lagi. Malaysia terpaksa membelanjaan sejumlah yang amat besar wang dalam Misi SAR mencari dan menyelamat MH370. Oleh itu, setiap sektor mesti bertindak.
Gubal Akta Baharu Rokok dan Peraturan Produk Tembakau
Kementerian Kesihatan sedang menggubal Akta Baharu khusus untuk Perokok dan Hasil Produk Tembakau supaya Tabiat Merokok dapat dikurangkan dalam kalangan masyarakat. Draf Akta Baharu Untuk Perokok kini diteliti oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam dan akan dibawa ke Jabatan Peguam Negara dan Jemaah Kabinet sekiranya bersesuaian. Secara peribadi, Akta baharu ini mungkin isyarat awal untuk kenaikan harga rokok dan seterusnya barangan-barangan lain.

Gubal Akta Baru demi Kurangkan Tabiat Merokok

Kementerian Kesihatan sedang menggubal Akta Baharu khusus untuk Perokok dan Hasil Produk Tembakau supaya Tabiat Merokok dapat dikurangkan dalam kalangan masyarakat. Sempena Kempen Tak Nak Merokok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) timbalan menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya masih tetap mengulangi kata-kata yang sama sejak bertahun dahulu
Akta Baharu Rokok dan Peraturan Produk Tembakau
Di Malaysia, 10 hingga 12 peratus punca kematian di Malaysia adalah akibat amalan merokok, dengan anggaran 10,000 kematian setahun. Enam juta kematian direkodkan di seluruh dunia pada setiap tahun akibat wabak tembakau dan dijangka boleh membunuh lapan juta orang setiap tahun menjelang 2030.
Tersentuh dengan kata-kata itu. In Sya Allah, sebagai hamba Nya, Hootoh sentiasa mengingati mati setiap masa dan ketika. Malah ketika menaiki Kapal Terbang pun maut boleh datang menjemput. Ilmu pengetahuan yang ada pada manusia adalah amat sedikit. Hanya Allah maha mengetahui akan segala-galanya.

Source: Gubal Akta Baharu Rokok dan Peraturan Produk Tembakau
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/04/gubal-akta-baharu-rokok-dan-peraturan.html

Dokumen Panduan Pengurusan (PBS) Pentaksiran Berasaskan Sekolah


Download Buku Panduan Pengurusan PBSPentaksiran Berasaskan Sekolah  2014 yang dikeluarkan (KPM) Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rujukan para guru di sekolah rendah atau sekolah menengah di seluruh Malaysia. Semoga Perkongsian link Muat Turun Dokumen Panduan PBS dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik sebagai Panduan Pelaksanaan PBS iaitu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Dokumen Panduan Pengurusan (PBS) Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Click Panduan Pengurusan PBS untuk Muat Turun

Dokumen Panduan Pengurusan PBS (E-Book)

Versi Penuh Dokumen Panduan Pengurusan (PBS) Pentaksiran Berasaskan Sekolah 2014 Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)yang menjalankan tugas penataran dan pemeriksaan. Manakala ibu bapa boleh menggunakan dokumen ini sebagai rujukan.

Source: Dokumen Panduan Pengurusan (PBS) Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/04/dokumen-panduan-pengurusan-pbs.html

Kata-kata yang dibenci Peminat Drama Korea


Pertanyaan dan Kata-kata yang dibenci Peminat Drama Korea. Jika Anda Peminat K-Drama, Apa yang akan anda lakukan bila… Tapi, sebelum itu, sedarkah kita, hari ini rata-rata rakyat Malaysia begitu obses dengan siri drama dari negara Korea. Malah mungkin ramai yang tidak tahu kesan buruk apabila menonton Drama Korea secara berlebihan. Siapa sangka tonton K-Drama juga boleh memberikan Tekanan Emosi dan Ketegangan dalam Kehidupan seharian kita semua.
Kata-kata yang dibenci Peminat Drama Korea
Tidak semua diantara kita yang meminati permainan emosi dari sesebuah drama. Oleh itu adalah sukar untuk mereka memahami obsesi golongan yang menjiwai K-Drama ini. Berikut adalah beberapa Pertanyaan dan Kata-kata yang boleh memberikan Tekanan Emosi mengejut kepada Peminat Drama Korea ini. Oleh itu cubalah untuk tidak bertanya atau berbicara mengenainya terutama ketika siri drama tersebut sedang popular.

Jika Anda Peminat Drama Korea
Apa yang akan anda lakukan bila…

Sekiranya anda peminat setia Drama Korea, cuba bayangkan rakan dan saudara mara anda bertanya dan mengucapkan kata-kata berikut disaat anda syok menonton K-Drama yang paling anda minati. Apa yang akan anda lakukan?

Me when someone says, Aren’t those just like soap operas? (From Heirs)

Pertanyaan dan Kata-kata yang dibenci Peminat Drama Korea

When my mom says, That guy looks like a girl. (From I Need Romance 3)

Kata-kata yang dibenci Peminat Drama Korea

What I do when someone says, Anything with subtitles is too boring. (From Protect the Boss)

What I want to do when someone says, American shows are way better. (From Take Care of the Young Lady)

Me when my best friend says, You should come out this weekend and meet real people! (From The Master’s Sun)

sedarkah kita, hari ini rata-rata rakyat Malaysia begitu obses dengan siri drama dari negara Korea

How I feel when someone says, Why are you learning Korean? You’re never going to Korea. (From Dream High)

Me when someone asks, Why are you so worked up over a fictional character? (From Heirs)

When someone asks, Is that the same character? Everyone looks the same! (From Emergency Couple)

Siapa sangka tonton K-Drama juga boleh memberikan Tekanan Emosi dan Ketegangan dalam Kehidupan seharian kita semua

What I say when someone nags, How long have you been watching that show? Shouldn’t you do something productive? (From I Need Romance 3)

But then, that magical moment when you discover someone else who watches Korean Dramas

Di Laman DramaFever, beberapa kali +Hootoh Tudia cuba untuk menonton drama korea ini, namun masih belum ada satu drama pun yang berjaya ditonton melebihi episode 5. Kenapa Api Drama dalam diri ini selalu saja pudar sebaik saja episode 1 habis ditonton.
Semalam mula menonton Drama The Hours of My Life yang dibintangi Miura Haruma and Tabe Mikako. Dari posternya nampak  bagus tapi Hootoh terpaksa berhenti di minit ke 40 sebab tiba-tiba aje rasa terlalu mengantuk dan esok aje aku sambung

Source: Kata-kata yang dibenci Peminat Drama Korea
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/04/kata-kata-yang-dibenci-peminat-drama.html

Reka Cipta Logo Hari Kemerdekaan Ke-57


Pertandingan Reka Cipta Logo Hari Kemerdekaan Ke 57 dengan Tema Kenegaraan iaitu berkonsepkan Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Semua warganegara Malaysia dipelawa menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo yang akan digunakan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2014 Malaysia pada bulan Ogos nanti.

Reka Cipta Logo Hari Kemerdekaan Ke-57

Penyertaan Pertandingan Cipta Logo Hari Kemerdekaan 57 bermula pada 14 April dan Tarikh tutup adalah pada 14 Mei 2014. Pemenang Reka Cipta Logo Hari Merdeka 2014 akan menerima Hadiah utama iaitu RM7,000. Manakala Hadiah Saguhati wang tunai RM1,000 akan diberikan kepada 10 ciptaan logo kemerdekaan yang terbaik.

Malaysiaku Merdeka. Kemerdekaan ini adalah anugerah adalah warisan dan amanah yang mesti dipertahankan walau darah dan nyawa menjadi taruhan.
– Shamsudin Puteh

Untuk menyertainya, sila ke pautan Peraturan dan Borang Pertandingan Reka Cipta Logo Hari Kemerdekaan 57 untuk mendapatkan borang dan peraturan penyertaan. Untuk maklumat lanjut dan update terkini sila ke Portal Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) atau Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) atau Laman Malaysia Merdeka dan juga boleh emelkan ke tanyalogo@ipptar.gov.my. Semoga Sambutan Hari Kemerdekaan 2014 lebih dihati. Sayangi Malaysia. Hargai kemerdekaan ini. Bersama kekalkan keamanan negara.

Source: Reka Cipta Logo Hari Kemerdekaan Ke-57
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/04/reka-cipta-logo-hari-kemerdekaan-ke-57.html

Jadual UPSR 2014 Draf oleh KPM


Jadual UPSR 2014 Draf oleh KPM

Perubahan Jadual Peperiksaan UPSR 2014 Draf oleh KPM – Kementerian Pelajaran Malaysia. Perubahan susunan mata pelajaran dalam Jadual #UPSR2014 Ujian Penilaian Sekolah Rendah Tahun 2014 yang dilakukan pembaharuan adalah merujuk Draf Awal UPSR yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran telah berlaku perubahan bagi susunan mata pelajaran peperiksaan UPSR 2014 tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Perkongsian dan makluman ini merujuk Draf Jadual Waktu Peperiksaan dan ulasan dari laman cikgushamsudin. Untuk lebih terperinci sila ke Takwim dan Tarikh Peperiksaan Awam 2014 Malaysia.

Draf Jadual UPSR 2014

  • Hari pertama ialah kertas BI dan Matematik kertas 1
  • Hari kedua ialah kertas BM dengan Matematik kertas 2
  • Hari ketiga ialah kertas Sains dan ujian Aptitude

Draf jadual waktu perubahan susunan mata pelajaran dalam jadual waktu UPSR ini adalah makluman tidak rasmi untuk para guru, ibu bapa dan murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan penilaian sekolah rendah (UPSR) 2014 tidak lama lagi. Perubahan Jadual waktu masih dalam bentuk draf dan untuk sebarang urusan rasmi, sila nantikan Jadual dan Tarikh rasmi UPSR yang akan dikeluarkan oleh KPM. Click Draf Awal UPSR untuk draf penuh.

Source: Jadual UPSR 2014 Draf oleh KPM
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/04/jadual-upsr-2014-draf-oleh-kpm.html

Tiada sekatan Facebook dan Twitter di Sekolah Seluruh Malaysia


Tiada lagi sekatan Facebook dan Twitter di Sekolah-sekolah Seluruh Malaysia. Syarat dan Peraturan penggunaan laman sosial di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Perkara ini merujuk Surat Pekeliling, Pemberitahuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam Malaysia. Penggunaan Facebook, Twitter dan media jaringan sosial lainnya tidak lagi disekat  penggunaannya di Sektor Awam Malaysia. Warga pendidik tidak lagi sukar berkongsi bahan ilmiah dan proses muat turun bahan-bahan pendidikan menjadi lebih pantas. Terima kasih KPM atas sikap terbuka dan membenarkan penggunaan laman Facebook dan Twitter di sekolah-sekolah seluruh Malaysia

Tiada sekatan Facebook dan Twitter di Sekolah Seluruh Malaysia

Pada akhir 2013, sempena meningkatan pengunaan VLE Frog 1Bestarinet oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, penggunaan media jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter telah disekat oleh KPM di seluruh kementerian pelajaran, sekolah-sekolah dan sektor awam yang menggunakan perkhidmatan 1Bestarinet umpama dipaksa menggunakan media Frog VLE yang tidak mesra pengguna. Sekatan mengejut itu memberi impak yang merumitkan dalam perkongsian bahan ilmiah antara warga pendidik di Malaysia. Pelbagai masalah timbul akibat sekatan penggunaan media jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter yang dilakukan itu.

KPM tidak lagi menyekat Facebook dan Twitter

Setelah menyedari tindakkan yang dilakukan itu amat merugikan, pihak KPM telah mengeluarkan satu pekeliling yang merupakan Pemberitahuan mengenai Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam.
Setelah Mesyuarat  Jawatankuasa   IT  dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 2 Tahun 2009 bertarikh 6 Ogos 2009 telah  memutuskan  bahawa  penggunaan media   jaringan  sosial dalam sektor  awam tidak disekat  penggunaannya, namun begitu ia perlulah dikawal dengan memberi perhatian kepada  perkara­ perkara berikut:
  • Mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Silo 1 Tahun 2003 “Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Keraiaan.
  • Sebarang bentuk maklumat yang dikongsi dan disebar melalui media sosial tidak menjejaskan kepentingan perkhidmatan awam dan kedaulatan negara.
  • Tidak melibatkan penyebaran maklumat dan dokumen terperingkat.
Kakitangan Sektor Awam hendaklah memastikan    semua   maklumat  Kerajaan  hendaklah  dikendalikan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.   Sebarang perbuatan mendedahkan  maklumat jabatan adalah bertentangan dengan    Pekeliling  Am   Bil.  3  Tahun  2000  iaitu  Rangka  Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan juga Arahan Keselamatan.
Perubahan yang dilakukan dalam Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam ini amatlah dinantikan kerana penyekatan penggunaan teknologi ini telah memberi kesan yang amat ketara kepada komunikasi berkesan antara kakitangan kerajaan.Tiada sekatan Facebook dan Twitter di Sekolah Seluruh Malaysia.

Source: Tiada sekatan Facebook dan Twitter di Sekolah Seluruh Malaysia
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/04/tiada-sekatan-facebook-dan-twitter-di.html

Tema Hari Guru 2014, Maksud dan Huraian


Tema Sambutan Hari Guru Kali ke 43 Tahun 2014 ialah Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Pemberitahuan Tema Hari Guru 2014 serta Maksud dan Huraian ini merujuk surat Datuk Dr. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang bertarikh 08 April 2014. Pemilihan tema ini telah dipersetujui oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia. Semoga makluman ini dapat dikongsikan kepada semua warga pendidik di Malaysia. Untuk makluman, Logo Hari Guru 2014 akan dikemaskini.

Tema Hari Guru 2014, Maksud dan Huraian

Apakah Maksud Tema Hari Guru 2014

Merujuk Surat Pemberitahuan KPM. Maksud, Definisi dan Huraian Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi iaitu Tema Hari Guru tahun ini ialah seperti berikut

DEFINISI: GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVAS

  • GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
  • PENCETUS: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
  • KREATIVITI: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
  • PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.
  • INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.

Huraian Tema Hari Guru 2014

Tema Hari guru Tahun 2014 dicadangkan iaitu Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovatif adalah selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya agar menjadi generasi gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif dan inovatif; kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional. Hal ini sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid.
Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran luas dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia.
Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekitaran yang kompetitif secara global. Keupayaan warga pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan masalah, kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan persekitaran kehidupan sebenar.
Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif. Justeru peranan guru sebagai penggerak generasi yang intelek dan berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang dengan memperkukuh am alan terbaik dalam pendidikan.

Source: Tema Hari Guru 2014, Maksud dan Huraian
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/04/tema-hari-guru-2014-maksud-dan-huraian.html

Girlfriend Gila Shopping Boyfriend Bunuh Diri


Gara-gara Girlfriend yang Gila Shopping, akhirnya Boyfriend Bunuh Diri. Gambar Bunuh Diri seorang lelaki terjun dari pasaraya kerana tidak tahan dengan sikap teman wanitanya yang Shopaholic. Satu tragedi dan penyakit membeli-belah yang melampau.

Girlfriend Gila Shopping Boyfriend Bunuh Diri

Sepatutnya kaum lelaki harus sedar, kebanyakan wanita akan mengambil masa lebih dari 4 jam ketika membuat keputusan untuk membeli sesuatu barang. Jumlah masa ini akan berganda ketika adanya jualan murah atau sempena musim perayaan. Oleh itu ada baiknya, kaum lelaki membuat persiapan awal sebelum melangkah keluar ke pusat membeli-belah bersama insan tersayang.

Usah biarkan isteri atau teman wanita mengetahui membeli belah bersamanya merupakan dugaan getir dalam hidup seseorang lelaki. Itulah pengorbanan besar yang terpaksa dilakukan kebanyakan lelaki demi keseimbangan emosi seorang wanita.

Shopaholic penyakit membeli-belah melampau

Girlfriend Gila Shopping Boyfriend Bunuh Diri

Seorang lelaki mati selepas terjun dari tingkat tujuh sebuah pusat membeli-belah di Bandar Xuzhou di Jiangsu, China, pada 7 Disember 2013. Ketahanan mental Lelaki tersebut tidak lagi mampu untuk meneruskan aksi pegang, cuba, bertanya harga, tawar menawar dan beredar ke premis lain secara berulang-ulang ketika menemani teman wanitanya membeli-belah. Selepas lima jam, menempuh aksi berulang-ulang itu dari sebuah kedai ke kedai yang lain, akhirnya dia mahu pulang ke rumah tetapi teman wanitanya masih bertenaga super dan terus membeli-belah tanpa menghiraukannya.
Akhirnya, Satu pertengkaran berlaku dan ia disahkan oleh Video keselamatan CCTV. Menurut saksi yang ada ketika itu Lelaki itu menjerit, “Anda mempunyai kasut yang lebih dari cukup untuk dipakai untuk sepanjang hayat. Kenapa masih mahu ke kedai kasut yang lain?”. Wajah lelaki itu sungguh marah dan tertekan. “Ah! Lelaki yang tiada gaya. Jangan cuba musnahkan semangat Krismas aku” balas teman wanitanya ringkas. 
Siapa sangka itulah kata-kata yang terakhir yang telah diucapkan kepada teman lelakinya yang sudah 6 Tahun bersabar dengan karenah membeli belahnya. Girlfriend Gila Shopping Boyfriend Bunuh Diri
Lelaki itu sangat marah dan benar-benar kecewa sekali dengan tabiat buruk kekasihnya. Lalu menghempaskan semua beg membeli-belah teman wanitanya yang dibawa itu ke lantai dan melompat ke atas pagar tingkat tujuh pusat membeli-belah itu. Langsung tidak menoleh kepada teman wanitanya, lelaki itu terus terjun yang akhirnya bunyi hentaman telah mengejutkan pelanggan tingkat pertama yang sesak itu. Seorang lelaki dengan darah merah mengalir dari kepala didapati terbaring berhampiran hiasan Krismas dan dia telah mati.

Girlfriend Gila Shopping Boyfriend Bunuh Diri

Shopaholic Penyakit Membeli-belah Melampau

Hidup merupakan gabungan Tragedi dan Komedi. Dalam kelangsungannya ada ketika kita terpaksa melalui masa-masa yang banyak tekanan. Bukan aksi Bunuh Diri yang HT utamakan dalam entri Girlfriend Gila Shopping Boyfriend Bunuh Diri ini. Sikap bertolak-ansur dan hormat menghormati merupakan nilai murni yang mesti ada dalam dalam diri manusia. Itu nilai pengajaran utama yang mungkin diabaikan ketika ghairah shopping menyala pada seseorang wanita dan disaat Ego seorang lelaki mengeras seperti batu. Kedua duanya ada tahap tersendiri. Membakar diri dan Pecah berkecai. Sila bertenang apabila membeli-belah.

Source: Girlfriend Gila Shopping Boyfriend Bunuh Diri
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/04/girlfriend-gila-shopping-boyfriend.html