Logo Baharu KPM 2013 Huraian dan Rasional


Logo Baharu KPM 2013 Huraian dan Rasional. Pengumuman Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia. Download Logo Baharu KPM 2013. Apakah Rasional dan Huraian Logo KPM Terkini. Merujuk Laman Rasmi Ministry Of Education (MOE), di bawah Unit Komunikasi Korporat telah menyiarkan Pengumuman Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia pada 06 November 2013. Rekabentuk Logo Baru KPM dihasilkan oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia).Click untuk Muat Turun Logo Baharu KPM 2013.

Logo Baharu KPM 2013 Huraian dan Rasional

 

Pengumuman Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia….
Republish from: Logo Baharu KPM 2013 Huraian dan Rasional

Lirik dan Lagu Wake Me Up – Avicii


Lagu Wake Me Up dinyanyikan oleh Avicii Seorang DJ, Remixer, dan Record Producer dari Sweden. Lagu Wake Me Up merupakan single pertama dari Avicii. Watch Original Music Video Wake Me Up released in June 2013. Radio Friendly Song. Semakin hari Wake Me Up semakin Top dan kini menjadi Lagu Inggeris Popular di Malaysia.

Wake Me Up – Avicii – PRMD Universal Island

Feeling my way through the darkness. Guided by a beating heart. I can’t tell where the journey will end. But I know where to start.. ..So wake me up when it’s all over. When I’m wiser and I’m older. All this time I was finding myself. And I didn’t know I was lost..
Lirik Wake Me Up – Avicii

WAKE ME UP LYRICS
Feeling my way through the darkness
Guided by a beating heart
I can’t tell where the journey will end
But I know where to start

They tell me I’m too young to understand
They say I’m caught up in a dream
Well life will pass me by if I don’t open up my eyes
Well that’s fine by me

So wake me up when it’s all over
When I’m wiser and I’m older
All this time I was finding myself
And I didn’t know I was lost

I tried carrying the weight of the world
But I only have two hands
Hope I get the chance to travel the world
But I don’t have any plans

Wish that I could stay forever this young
Not afraid to close my eyes
Life’s a game made for everyone
And love is the prize

So wake me up when it’s all over
When I’m wiser and I’m older
All this time I was finding myself
And I didn’t know I was lost

Didn’t know I was lost
I didn’t know I was lost
I didn’t know I was lost
I didn’t know (didn’t know, didn’t know)

Lirik dan Lagu Wake Me Up – AviciiWake Me Up Official Single Cover
Feeling my way through the darkness. Guided by a beating heart. I can’t tell where the journey will end. But I know where to start.. ..So wake me up when it’s all over. When I’m wiser and I’m older. All this time I was finding myself. And I didn’t know I was lost.. Wake Me Up – Avicii – PRMD Universal Island

Lirik Wake Me Up – Avicii  Seorang DJ, Remixer, dan Record…
Republish from: Lirik dan Lagu Wake Me Up – Avicii

Lagu Tema Hari Merdeka Malaysia Ke-56


Lagu Tema Hari Merdeka Malaysia Ke-56
Lagu Tema Hari Merdeka Malaysia Ke-56

Lagu Tema Merdeka Malaysia 56 Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku. Lirik Lagu Merdeka Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku. Download Lagu Tema Hari Merdeka Malaysia.

Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku

Mara
Kita halilintar tiada gentar
Puncak dunia Malaysia
Sudah bergema

Kita halilintar tiada gentar
Bendera kita terus berkibar
Wira menggempur musuh

Biarpun lumpuh marak api putra putri
Kita terus tempur bawa semangat

Negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu
Tumpah darahku, Tanah tumpah darahku

Mara Kita halilintar
Tiada gentar puncak dunia Malaysia
Sudah bergema kita halilintar
Tiada gentar, bendera kita terus berkibar

Wira, menggempur musuh
Biarpun lumpuh marak api putera puteri
Kita terus gempur
Bawa semangat negara berdaulat

Malaysiaku kepadamu, tumpah darahku
Mara… bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu, tumpah darahku
Tanah Tumpah Darahku (6X)

Lagu: Joe Farizal & Aye
Lirik: YB Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek
Penyanyi: Ahmad Zakaria

Lagu Tema Hari Merdeka Malaysia Ke-56. Semakin lama seamakin hebat lagu tema kemerdekaan. Untuk menyanyikannya? juga memerlukan vokal yang terbilang. Tak hairanlah murid sekolah ketika sambutan hari kemerdekaan lebih suka dan gembira menyanyikan lagu Tanggal 31 Ogos oleh Sudirman.

Read More
Original Article: Lagu Tema Hari Merdeka Malaysia Ke-56
Permalink: http://www.hootoh.my/2013/08/lagu-tema-hari-merdeka-malaysia-ke-56.html

Kata Kemerdekaan – Doodles Merdeka Malaysia


Kata-Kata Kemerdekaan. Google Doodles Hari Merdeka Malaysia Ke-56 – Independence Day 2013. Kontroversi Kata-Kata Kemerdekaan oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad ketika Sambutan Kemerdekaan ke-50. Sambutan Hari Merdeka aktiviti berusaha dan cuba bayangkan, proses yang berulang puluhan tahun. Namun demi Kemerdekaan ke 56 1Malaysia, Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku. Ulasan Merdeka oleh Hootoh Tudia

Kata Kemerdekaan - Doodles Merdeka Malaysia
Doodles dari Google sempena Hari Merdeka Malaysia ke 56
Salam Merdeka 1Malaysia. Sudah 56 Tahun Malaysia Merdeka. Sudah 56 kali Tema Kemerdekaan dan Logo Hari Merdeka silih berganti. Sejak http://en.wikipedia.org/wiki/Yasmin_Ahmad kecil hingga kini, sudah berpuluh tahun meraikan Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia. Setiap Tahun juga HT mengenang perjuangan Tokoh Kemerdekaan Negara yang sama dalam puluhan kali. Pejuang Negara Bekorban demi Kemerdekaan, cuba bayangkan penderitaan mereka menentang Inggeris dan Komunis. Dalam puluhan kali juga HT pejamkan mata dan cuba membayangkan penderitaan mereka. Belum sempat membayangkan sepenuhnya, ia terganggu bila disuruh membayangkan penderitaan mereka yang dulu hanya makan ubi kayu. Namun HT tetap mencuba. Drama ini akan berulang dan berterusan beberapa puluh tahun lagi, selagi di Izinkan Allah. Namun setiap puluhan kali  itu jugalah setiap  tahun itu berakhir berakhir dengan kata keramat berikut
“Anak Muda tidak akan faham dan dapat bayangkan penderitaan dan kesengsaraan Generasi lalu memperjuangkan Kemerdekaan. Hanya generasi tua di era perjuangan kemerdekaan saja yang merasakan kesengsaraan ini”

Kata-Kata Sempena Kemerdekaan

Terkenang HT pada Kata-Kata Kemerdekaan oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad ketika Sambutan Kemerdekaan ke-50. Walaupun menumbukan kontroversi, tetapi jika kita dalam keadaan tenang dan cuba memahami apa yang cuba dizahirkan dari kata-kata kemerdekaan itu ada jiwa dan roh kemerdekaan yang lebih habat dari aktiviti berusaha dan cuba bayangkan yang telah HT lakukan dalam puluhan tahun ketika menyambut Kemerdekaan. Berikut ialah petikan Kata-Kata Kemerdekaan Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Al-Fatihan kepada beliau dan pejuang kemerdekaan negara yang tekorban. Salam Merdeka dari  Hootoh Blog

Anak muda sekarang dianggap buruk oleh orang tua. Saya malah sebaliknya, mengapresiasi generasi sekarang. Anak muda sekarang dituduh tidak menghargai perjuangan 1957, saya pikir ini bagus. Cukuplah generasi tua saja yang merasakan kesengsaraan masa itu. Mengapa generasi muda dipaksa merasakannya juga? Itu bukan tujuan kemerdekaan. Kalau anak muda melupakan perjuangan, itu bagus. Karena mereka punya perjuangannya sendiri. Ya! Mereka lebih pintar, dan lebih bagus penampilannya.
— Yasmin Ahmad 

Read More
Original Article: Kata Kemerdekaan – Doodles Merdeka Malaysia
Permalink: http://www.hootoh.my/2013/08/kata-kemerdekaan-doodles-merdeka.html

Rahsia dan Misteri Peti Tabut


Peti Tabut atau The Ark of Covenant. Rahsia dan Misteri Peti Tabut, sejarah dan kisah yang bermula semenjak zaman Nabi Musa a.s dan Nabi Harun. Hingga kini, PETI TABUT menjadi rahsia kuasa yang dicari-cari oleh Yahudi semenjak Peti Misteri Tabut  lenyap dan hilang di antara tahun 620 sebelum Masihi di bawah jagaan anakandanya Nabi Sulaiman. Begitulah menurut catatan dalam perjanjian lama. Rahsia dan Misteri Peti Tabut. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya. Wallahu’alam bissawab.

Rahsia dan Misteri Peti Tabut
Peti Tabut gambaran Yahudi

Kisah Peti Tabut dalam Al-Quran

Kisah PETI TABUT di dalam Al Quran atau mengenai The Ark Of Covenant hanya sekali disebut dan diterangkan dalam Al-Quran. Cerita mengenai PETI TABUT terdapat dalam Surah Al-Baqarah ayat 248. Firman Allah swt bermaksud.

Dan nabi mereka berkata kepada mereka; Sesungguhnya tanda kerajaan itu ialah datangnya PETI TABUT yang mengandungi sakinah daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan Keluarga Musa dan Keluarga Harun, dibawa oleh Malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman
Al-Baqarah ayat 248

Inilah satu-satunya Kisah Peti Tabut dalam Al-Quran yang menyebut tentang TABUT secara langsung. Tiada terdapat perkataan TABUT lagi di dalam ayat-ayat yang lain, selain dari Surah Al-Baqarah ayat 248.

Apakah Rahsia dan Misteri Peti Tabut

Apakah Peti Tabut? Apakah isi di dalam Peti Tabut yang dipercayai mempunyai banyak rahsia dan keistimewaannya itu. PETI TABUT adalah sebuah peti yang mengandungi dua buah Batu Loh yang tertulis penulisan Kitab Taurat Nabi Musa a.s, sebatang tongkat Nabi Musa a.s yang digunakan untuk membelah lautan semasa dikejar Firaun, serban Nabi Harun a.s dan sedikit makanan yang diturunkan dari langit untuk Nabi Musa a.s dan pengikutnya ketika mereka tersesat di padang pasir Manna.Terdapat ukiran patung dua malaikat yang membuka sayapnya di bahagian atas peti itu. Peti itu berukuran dua setengah hasta panjang, satu setengah hasta lebar dan tinggi. Ia diperbuat dari kayu keras jenis Akasia (penaga), bahagian dalam dan luarnya disepuh dengan emas murni. Di sudut-sudut Tabut ada 4 cincin/gelang emas, penutupnya dari emas murni, kayu pengusungnya juga disepuh dengan emas murni. Hingga kini Peti Tabut tetap menjadi Rahsia dan Misteri. Koleksi Kisah Agama di Hootoh Blog ᴴᴼᴼᵀᴼᴴ ᴮᴸᴼᴳ ᵀᵁᴰᴵᴬ ™. Baca juga Siapakah Nabi Yushwa’ bin Nun.
Rahsia dan Misteri Peti Tabut
Bani Israel percaya bahawa Rahsia dan Misteri Peti Tabut  mempunyai banyak keistimewaannya. Mereka percaya bahawa sesiapa yang berjaya memiliki Peti Tabut akan mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah swt. Jika dibawa berperang, ia boleh memberikan ketenangan, ketenteraman dan semangat serta mampu mengalahkan musuh.

Sehingga kini, PETI TABUT telah hilang ditelan masa, namun Rahsia dan Misteri Peti Tabut tidak pernah lenyap bersama sejarah. Walaupun tiada siapa yang tahu di mana Peti Misteri Tabut itu berada, melainkan mereka yang diizinkan Allah swt, namun di luar sana beberapa bangsa termasuk Yahudi sedang mencari kembali Peti Tabut demi Rahsia dan Kuasa.
والله أعلمُ بالـصـواب

Read More
Original Article: Rahsia dan Misteri Peti Tabut
Permalink: http://www.hootoh.my/2013/08/rahsia-dan-misteri-peti-tabut.html

Pantun Merdeka Malaysia


Pantun Merdeka Malaysia. Koleksi Pantun Merdeka sempena Sambutan dan Aktiviti Hari Kemerdekaan Malaysia. Pantun Hari Merdeka sesuai dijadikan selingan dalam Ucapan Hari Kebangsaan sempena Acara Sambutan Merdeka yang disambut di peringkat sekolah atau jabatan. Pantun Tema Kemerdekaan Malaysia ke-56, Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku. Info tambahan mengenai Tema, Logo dan maksud Kemerdekaan Malaysia ke 56, sila ke Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 56
Pantun Merdeka Malaysia

PANTUN MALAYSIA MERDEKA KE 56

Bendera berkibar di rumah Pak Agos
Di halaman rumah pasang pelita
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos
Tarikh kemerdekaan negara kita

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia
Bumi bertuah indah permai
Lima Puluh Enam tahun kita merdeka
Tanah Tumpahnya Darahku aman damai

Setiap tahun menyambut merdeka
Jalur gemilang berkibar megah
Sejarah negara jangan dilupa
beratus tahun kita dijajah

Kaum melayu, Cina dan India
Hidup sejahtera bersatu padu
Jasa pemimpin jangan dilupa
Malaysiaku Berdaulat negara maju

Para pemimpin silih berganti
Kini Dato Najib di tampuk kuasa
Kita isi kemerdekaan ini
membina peradaban negara tercinta

Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat
Bersama kita menyambut merdeka
Bersatu berazam penuh semangat
Mari pertahankan kemerdekaan kita.

Ubahsuai dari karya: Abdullatip

MALAYSIA MERDEKA

Indah sungguh bunga seri pagi
Disimbah mentari kembanglah ia
Terasa bertuah diri ini
Karna dilahirkan di bumi Malaysia

Tersusun tari lemah gemalai
Mengikut irama chuk chuk kendung
Bumi Malaysia aman dan damai
Sehingga menggamit ramai pelancung

Lincah si gadis menganyam ketupat
Bersama rendang enak dicicah
Merdeka negara lebih setengah abad
Minda dan tingkahlaku masih terjajah

Megah mentari memayungi bumi
Tumbuh tumbuhan hijau melata
Sumber rezki kepada insan
Wahai generasi masa kini
Usah hanya sambut merdeka
Hayati jua sejarah kemerdekaan

Manis dara berbaju kebaya
Keronsang emas menjadi hiasan
Kepada semua rakyat Malaysia
Salam merdeka hamba hulurkan

Karya: Mamahaikal

PANTUN HARI MERDEKA

Sambut merdeka sekali setahun
Keringat tercurah pejuang berjasa
Malaysiaku merdeka 56 tahun
Itulah sejarah perjuangan bangsa

Musim perayaan terlebih makan
Bergelimpangan di jalan mangsa tembakan
Semangat Kebangsaan perlu disuburkan
Prinsip keadilan kita tegakkan

Tulisan rumi bacaan dewasa
Memenuhi laman setiap terbitan
Berjuanglah demi memartabatkan bangsa
Diskriminasi perkauman cuba elakkan

Asap jerami berkepul di titi
Di hujung paya mengail toman
Kestabilan ekonomi menjadi bukti
Malaysia kini melangkaui zaman

Bunga raya bunga kebanggaanku
Jatuh terjemur kelopak merata
Majulah Malaysia tanahairku
Semoga makmur dari sengketa

Karya: CT Nurza

Pantun Merdeka Malaysia Entri Himpunan Koleksi Pantun Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Sesuai dijadikan selingan ketika ucapan dalam Aktiviti Hari Merdeka. Semoga bermanfaat, Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku. Salam Kemerdekaan, Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2013.

Read More
Original Article: Pantun Merdeka Malaysia
Permalink: http://www.hootoh.my/2013/08/pantun-merdeka-malaysia.html

Guru Malaysia vs Guru Mexico


Guru Malaysia vs Guru Mexico. Demonstrasi Guru di Mexico. Bila guru berdemonstrasi menentang pembaharuan pendidikan. Guru Malaysia Berhemah Tinggi. Entri ini bukan untuk membanding-bandingkan tugas seorang guru di sesebuah negara. Ketika terbaca mengenai Beribu-ribu guru Mexico melancarkan demonstrasi, ia amat mengejutkan. Tetapi HT agak biasa dengan cara sesuatu berita ditulis, selalunya ia lebih sensasi dari yang sebenar.

Guru Malaysia vs Guru Mexico

Di Malaysia, belum pernah berlaku peristiwa Demonstrasi Guru sebegini, tidak mungkin akan berlaku. Walau apa jua perbezaan sisitem pendidikan sekalipun, tugas guru yang tabah mendidik anak bangsa tetap HT hormati dan hargai. Bila terbaca isu-isu mengenai guru yang mula di umumkan oleh pihak akhbar, HT sentiasa ingatkan diri sendiri dengan pantun

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Demonstrasi Guru Mexico

Beribu-ribu guru Mexico melancarkan demonstrasi demi menggagalkan pembaharuan pendidikan dengan menghalang laluan utama ke lapangan terbang antarabangsa Mexico City. Polis terpaksa dikerah untuk menghalang perarakan tersebut setelah para guru berikrar untuk merampas terminal itu.
Beratus-ratus guru itu pada bertempur dengan polis di bangunan Kongres sebelum menyekat beberapa laluan di sekitar bangunan itu, sekali gus memaksa anggota Parlimen mengadakan mesyuarat di tempat lain bagi mengundi rang undang-undang pembaharuan pendidikan yang telah diluluskan di dewan rendah. Sumber

Guru Malaysia vs Guru Mexico

Guru Malaysia Berhemah Tinggi

Guru Malaysia Berhemah Tinggi. Guru Malaysia vs Guru Mexico. Jika dibandingkan dengan guru-guru di Malaysia, tidak pernah berlaku peristiwa dimana para guru atau warga pendidik menentang dasar yang diputuskan oleh pihak atasan mereka. Mereka akur dengan Aku Janji dan sentiasa dengan Kami Menurut Perintah. Warga Pendidik Malaysia sentiasa akur dan tabah memikul segala tanggung jawab untuk semua perubahan dan pembaharuan pendidikan, ia merangkumi kesan dan akibatnya sekali.
Cuma mungkin ada sedikit luahan dari para guru mengenai sistem yang berkaitan dasar baru pendidikan KSSR seperti SPPBS Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Itupun disebabkan para guru amat khuatir dan bimbang mengenai pembelajaran murid mereka. Guru-guru ini mulai risau bila fokus dan tumpuan mereka mengajar murid di dalam kelas terjejas kerana menguruskan dasar KSSR yang baru diperkenalkan itu.

Read More
Original Article: Guru Malaysia vs Guru Mexico
Permalink: http://www.hootoh.my/2013/08/guru-malaysia-vs-guru-mexico.html

Beza Bunga Api Dunia vs Bunga Api Neraka


Perbezaan Bunga Api Dunia vs Bunga Api Neraka. Kisah Bunga Api dalam Al Quran. Beza antara Pertunjukan Bunga Api di Dunia dan Bunga Api di Dunia. Kisah Bunga Api dalam Al Quran. Dalam suasana Hari Raya yang masih terasa, terkenang HT satu masa, ketika menonton Pertunjukan Bunga Api. Hampir 5 tahun masa berlalu, teringin pula berada di bawah Percikan Bunga Api. Lalu, without wasting time, HT terus membuat carian penuh kemeriahan mengenai Acara dan Pertunjukan Bunga Api di Malaysia melalui Google Search Engine. Namun, semangat hebat percikan api-api di angkasa tiba-tiba padam. Setelah HT terjumpa dan membaca satu info mengenai Bunga Api dalam Al Quran.

Beza Bunga Api Dunia vs Bunga Api Neraka

Bunga Api dalam Al Quran

Bunga Api dalam Al Quran. Merujuk Surah Al-Mursalaat Ayat 30 dan Ayat 32. Kisah Bunga Api dalam Al Quran bukan mengenai Pertunjukan Bunga Api. Malah bukan juga seperti Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Ogos ini. Bunga Api yang dinyatakan dalam Al Quran ialah 3 cabang naungan. Naungan yang ini adalah tiga jenis asap Jahanam, iaitu Bunga Api yang berwarna Hijau, Hitam, dan Kuning yang percikan meninggi di saat Neraka dinyalakan iaitu dari Kanan, Kiri dan Atas. Ia merupakan azab yang mengepung orang-orang kafir dari segala penjuru.

Perbezaan Bunga Api di Dunia dengan Bunga Api Neraka

Berbeza dengan Pertunjukan Bunga Api di Dunia yang bertujuan memeriahkan sesuatu perayaan, majlis atau acara-acara besar. Selain itu Acara Bunga Api selalunya untuk meraikan sesuatu dan menghiburkan penonton atau orang ramai. Kemeriahan amat terasa disaat manusia-manusia mendongak kelangit sambil bersorak gembira dan bertepuk tangan. Tidak seperti Bunga Api di Neraka yang berwarna Hijau, Hitam, dan Kuning. Percikannya  merupakan azab yang mengepung orang-orang kafir dari segala penjuru. Ketika itu tiada lagi kedengaran sorakan dan bunyi bertepuk tangan.

Surah Al-Mursalaat Ayat 30 [1]
Pergilah kamu mendapatkan naungan yang mempunyai tiga cabang

Menurut huraian ahli tafsir, yang dimaksud dengan “naungan” di sini bukanlah naungan untuk berteduh akan tetapi asap api neraka yang mempunyai tiga gejolak, yaitu di kanan, di kiri dan di atas. Ini berarti bahwa azab itu mengepung orang-orang kafir dari segala penjuru. Menurut Mujahid, naungan yang dimaksud pada ayat ini adalah tiga macam asap Jahanam, yakni bunga api yang berwarna hijau, hitam, dan kuning yang meninggi saat neraka dinyalakan.

Surah Al-Mursalaat Ayat 32 [2]
Sesungguhnya neraka itu melontarkan bunga api sebesar dan setinggi istana

Menurut huraian ahli tafsir, mereka menganggap bahawa bunga api itu dilontarkan oleh neraka seperti bahagian pangkal pohon yang meninggi dan memanjang. Bunga api neraka itu setinggi istana diumpamakan pangkal pohon yang besar puncak pohon dan gunung.


والله أعلمُ بالـصـواب Wallahu’alam bissawab!  and Allah knows the right!
Segala ilmu dan informasi mengenai hukum-hukum Agama di internet dan bahan bacaan sekadar perkongsian ilmiah. Sebelum menerima dan mengamalkannya, diharap mendapat pencerahan secara terus dari ustaz dan ilmuan Islam terlebih dahulu. In Sya Allah

Beza Bunga Api Dunia vs Bunga Api Neraka. Merujuk Artikel asal Air, Udara, Asap, Bunga Api dan Bara Neraka Jahanam oleh Road to Hell.  Beza Bunga Api Dunia vs Bunga Api Neraka, Kisah Bunga Api dalam Al Quran, Acara dan Pertunjukan Bunga Api di Malaysia, acara Bunga Api, pertandingan Bunga Api, pertunjukan bunga api Malaysia, gambar bunga api, pertandingan bunga api. by Hootoh Blog ᴴᴼᴼᵀᴼᴴ ᴮᴸᴼᴳ ᵀᵁᴰᴵᴬ ™

Read More
Original Article: Beza Bunga Api Dunia vs Bunga Api Neraka
Permalink: http://www.hootoh.my/2013/08/beza-bunga-api-dunia-vs-bunga-api-neraka.html

Dorongan Kata Semangat Sebelum Peperiksaan


Kata-kata Semangat menghadapi Peperiksaan atau ujian. Dorongan Kata Semangat Sebelum Peperiksaan meningkatkan Motivasi Diri agar melakukan yang terbaik dalam sesuatu ujian dan terus berusaha dalam pelajaran. Kata-kata hikmah merangsang keyakinan diri dan meningkatkan keazaman untuk cemerlang dalam peperiksaan. Bahan bacaan inspirasi dan santai untuk Rehat Minda. Sesuai untuk calon peperiksaan dan pelajar sebagai Persediaan Akhir Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM agar lebih tenang di hari-hari terakhir sebelum menduduki peperiksaan atau ujian.

Dorongan Kata Semangat Sebelum Peperiksaan

Prepare for the best, plan for the worst and expect to be surprised.

Kadang-kadang kita sering putus asa dan tidak yakin pada diri sendiri. Bertenang dan Ingat kata-kata ini, jika kita telah melakukan yang terbaik, di samping tawakal dan redha jika diuji dengan kegagalan, maka bersedialah untuk satu kejayaan yang luarbiasa dan mengejutkan.

I cannot fail.

Dalam melakukan sesuatu kita harus yakin kita akan berjaya. Kalau kita yakin 100% akan berjaya, maka kita pasti akan menjayakannya.

If i never try, I’ll never know.

Usah ragu-ragu jika berdepan dengan sesuatu peluang. Jangan ragu-ragu untuk mencubanya. Apa saja hasilnya, yang pasti ia tindakan yang tepat. Smaada kejayaan atau kegagalan, bukannya perkara utama, kerana  pengalaman itu merupakan pelajaran yang lebih beharga dari segala-galanya. Ia tidak dapat dijual beli dan pengalaman itu yang mendewasakan kita.

Today is not a good day to give up.

Selalu berfikiran positif. Yakin bahawa hari ini merupakan hari bertuah dan ia bukan hari yang sesuai untuk mengalah. Menurut kata-kata nasihat Tokoh yang berjaya. Jalan menuju kejayaan, bukan untuk orang yang mudah mengalah.

If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes.

Orang-orang berjaya di dunia ini, pada awalnya bermula dengan satu harapan dan impian. Demi harapan dan impian, mereka mula berusaha untuk membuktikannya. Sehingga mereka berjaya mencapai kejayaan. Impian mnjadi realiti.

Life is either a daring adventure or nothing.

Bukankah hidup adalah cabaran yang memerlukan keberanian, jika bukan ia tidak dinamakan kehidupan.

Every artist was first an amateur.

Setiap Tokoh Terhebat pada asalnya, hanya insan biasa. Jelas, sesiapa sahaja boleh menjadi sehabat tokoh lagenda di dunia ini. Mungkin dia, saya atau anda.

Kata-kata Semangat menghadapi Peperiksaan

Dorongan Kata Semangat Sebelum Peperiksaan

Apabila kita melakukan sesuatu dengan bersusah payah dan tidak mudah putus asa, Allah akan memberikan ganjaran yang lebih besar kepada kita berbanding orang yang senang untuk mendapatkan sesuatu. Semakin susah Allah uji kita Semakin Banyak ganjaran yang Allah nak berikan kepada kita.

Selagi mana kita tidak berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran selagi itu Allah tidak akan bagi yang terbaik untuk kita. Apa yang kita dapat dalam peperiksaan semua bergantung kepada usaha kita dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah s.a.w. Selepas kita berusaha bersungguh-sungguh bertawaklah kepada Allah. Seperti Firman Allah:

فًإِذًا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَهِ إِنَّ اللَهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلِينَ

“sekiranya kamu telah membulatkan tekad , bertawakallah kepada Allah.sesungguhnya Allah suka kepada orang yang Bertawakal.”
— Surah Ali’Imran ayat 159

Dorongan Kata Semangat Sebelum Peperiksaan. Baca juga Cara atasi Gemuruh dan Panik ketika Peperiksaan. Segala yang buruk itu semuanya dari kekurangan diri HT sendiri dan sesuatu yang baik itu pula segalanya berpunca dari Allah dan dengan izinNya. Kata-kata untuk saya sendiri untuk terus menaikan semangat saya dalam pelajaran. Semoga kata-kata hikmah ini bermanfaat untuk kita semua dan membakar semangat dan motivasi calon-calon yang akan menduduki peperiksaan.  

Read More
Original Article: Dorongan Kata Semangat Sebelum Peperiksaan
Permalink: http://www.hootoh.my/2013/08/dorongan-kata-semangat-sebelum.html

Lirik dan Lagu Ambemuami – Art2Tonic


Lirik dan Lagu Ambemuami – Art2Tonic. Lagu terbaru dari Band Art2Tonic dan Kontroversi Lagu  Ambemuami. Kumpulan Muzik dari Makassar Indonesia yang unik dan Lagu Ambemuami mempunyai unsur kacindan namun penuh nasihat dan nilai kesedaran mengenai masalah-masalah sosial semasa.

Lirik dan Lagu Ambemuami - Art2Tonic

Kontroversi Lagu  Ambemuami

Lagu Kontroversi – Ambemuami disekat dengan beberapa alasan tidak dapat diterima dan tidak mendapat kebenaran secara sah untuk disiarkan kepada umum. Sila rujuk [Ulasan Art2Tonic]. Lirik lagu Ambemuami adalah dalam Bahasa Makassar, namun sejak pertama kali mengenali Kumpulan Muzik Pop Indonesia ini, ketika itu dengan Lagu Makassar Bisa Tonji, sejak itu HT mula mengikuti perkembangan lagu-lagu hebat mereka.

Lagu Makassar Indonesia

Makassar Bisa Tonji. Ya! Lagu orang Makassar, Lagu inilah lagu pertama yang mencuri jiwa ritma muzik +Hootoh Tudia, tambahan pula ia diperkenalkan oleh seorang awek yang.. aduyai taknak la aku cerita Kisah Memori Lama ni. Hooyah! Lirik dan Music Video Makassar Bisa Tonji di Art2tonic Makassar Bisa Tonji.

Seperti dinyatakan di Facebook Art2Tonic, Mereka adalah Band Musik yang berfikir sederhana, menuangkan idea yang sederhana menjadi musik yang sederhana namun tidak bermakna sederhana. Hootoh sangat bersetuju dan sentiasa menantikan lagu-lagu dari Art2Tonic. Berikut adalah Music Video Ambemuami, iaitu lagu terbaru dari Art2Tonic.

Ulasan Isu Kontroversi Musik Indonesia

Lirik dan Lagu Ambemuami – Art2Tonic, Lagu terbaru dari Kumpulan Muzik #Art2Tonic dan Ulasan #Isu Kontroversi Ambemuami, Lagu #Makassar Indonesia dan Kisah disebalik lagu Makasar Bisa Tonji. http://www.hootoh.my/2013/08/lirik-dan-lagu-ambemuami-art2tonic.html. Berikut ialah ulasan Art2Tonic mengenai Kontroversi lagu mereka.1

Sampai hari ini kami belum melepaskan AMBEMUAMI kerana banyak yang bilang lagu ini terlalu “keras” memojokkan seseorang, padahal sebenarnya kami tidak bermaksud menyinggung ataupun bercerita tentang seseorang, kami bercerita tentang realiti yang terjadi dalam masyarakat hari ini.              — Art2Tonic

Read More
Original Article: Lirik dan Lagu Ambemuami – Art2Tonic
Permalink: http://www.hootoh.my/2013/08/lirik-dan-lagu-ambemuami-art2tonic.html